Islamic Widget

Tuesday, November 16, 2010

Salam 'Eiduladha , Maaf Zahir Batin

Salam buat semua yang sudi mendengar celotehku.....

Hari Arafah sudahpun berlalu, esok kita akan menyambut 'Eiduladha....justeru, diriku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 'Eiduladha dan maaf zahir batin...petang tadi sempat menolong ibuku memasak rendang ayam, lodeh tapi bukan tolong teruks sangat pun, tolong potong memotong, goreng ayam.....ni nak solat isya' dan gosok baju untuk esok....

Tadi berborak dengan my ex boyfriend, cool orangnya, takdalah aku perasaan apa-apa pun dia dah kahwin anak 2, tapi kita orang still friends....dia bagi nasihat yang berguna dengan aku, dia kata ego aku tinggi dan kenalah rendahkan sikit, kalau boleh aku kena cari lelaki yang sama level atau tinggi daripada aku, kalau tidak susah, maknanya bekas tunang aku tu tidak sekufu denganku dari segi pekerjaan pun aku lebih tinggi daripada dia dan gaji lebih besar, silap2 aku yang jadi King dalam Rumah, dia berpengalaman banyak dalam bidang syariah sebab tu dia memang nasihatkan aku sangat2 supaya bersabarlah sikit dan tidak tergopoh mencari calon kalau nak kekal lama, my ex tu dah ada Syarikat Guaman sendiri...Alhamdulillah, bertuah isterinya dapat suami yang baik....[aik bunyi macam frust je, hi hi, tak ada jodoh, itulah kuasa ALLAH, bercintalah bertahun-tahun pun, bila ALLAH kata kun fayakun bukan jodoh, bukan jodohlah]

Tadi hantar sms pada bekas tunang aku, hati batu sungguh dia hu hu tak reply pun, sampai ke sudah, sedih terasa hati ini, tapi aku harus kuatkan semangat,kumbang bukan seekor...takpa dah minta tolong ex boyfriend aku carikan, moga-moga dapatlah calon yang beriman dan sekufu denganku.

Ok my dear blog, aku harus menggosok baju dulu, esok nak pi solat raya....bersyukur tahun ni aku, ayahku dan ibuku juga berkorban satu bahagian lembu setiap orang, cuma aku dan ibuku berkorban di kemboja, ayahku di taman kami....

Niatku cuma satu moga ALLAH menyembuhkan penyakitku ini....Amin

Wassalam

No comments:

Post a Comment