Islamic Widget

Saturday, November 13, 2010

Kapak Kepala Mak Nauzubillah

Salam

Ya ALLAH hari ini aku membaca muka hadapan Harian Metro, “Kapak Kepala Mak”. Satu kisah yang tragis tapi penuh dengan teladan. Dalam masyarakat kita, masih belum ada kesedaran tentang bahaya penyakit melibatkan mental. Seperti aku menghadiri Hari Kesedaran Mental Sedunia pada 11/10/2010 di Hospital Selayang, salah seorang penceramah yang juga Dr. Perubatan mengatakan : “No Health Without Mental Health”.
Walaubagaimanapun, adalah tidak dinafikan bahawa terdapat unsur-unsur gangguan makhluk halus kerana sememangnya sebagai umat Islam kita adalah wajib mempercayai bahawa Iblis tidak akan berhenti dari menjerumuskan anak adam ke lembah dosa, justeru, kita haruslah senantiasa berikhtiar, berdoa moga ALLAH melindungi kita dan supaya kita tidak melakukan perkara-perkara bertentangan dengan syariat.
Pengalaman saya sewaktu ditimpa sakit bipolar adalah saya merasakan saya seperti orang lain dan saya seperti sudah berkahwin, mempunyai anak-anak dan saya sampai ada menghantar sms pada kawan saya mengatakan anak-anaknya bukanlah anak sebenar, Mak saya juga memaklumkan masa saya sakit, saya menjerit mengatakan Anwar Ibrahim adalah Peliwat/Nauzubillah kata-kata ini tanpa sebarang niat [Sebenarnya ikon saya adalah Anwar Ibrahim, siap tangkap gambar lagi di Mahkamah bersama dengan isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah, gambar itu telah saya delete semasa saya sedang sakit, hu hu sayangnya!, Moga Keadilan ditegakkan dalam Kes Anwar, Amin] Itu adalah separuh cerita apa yang berlaku semasa saya sedang sakit bipolar, menakutkan bukan! Alhamdulillah saya tidak mencederakan sesiapa walaupun semasa nak dihantar ke hospital, saya meronta-ronta kuat sekali tak mau pi hospital, siap adikku terpaksa menampar wajahku, hu hu….
Saya mendapat rawatan yang baik sekali di Hospital Selayang, Dr. Toh, Dr Lee, Sister Zaharah, Matron Kalijah, semua amat membantu dan memberikan semangat…Adik saya membawakan makanan-makanan yang sedap-sedap, masa sakit tu asyik teringin nak makan makanan arab, sampai boss kesayangan saya Madam Kamalia (bukan nama sebenar) pun membawakan makanan arab pada jam 10 malam!
Malam tadi sembang-sembang dengan mak, mak nak bawa berubat di Zamdurani di Sungai Besi…Insya ALLAH aku akan pergi untuk berubat juga….dalam masa yang sama aku pun perlu kuatkan semangat untuk bangun tahajjud (hai bilalah enjin tahajjud nak start, aku akui lebih utamatkan tilam empuk] Ya ALLAH berilah aku kekuatan untuk bangkit dari kemalasan
Hari ini tiada mood untuk bekerja, tulah aku pi sms pada ex tunang yang sebenarnya aku hanya bertepuk sebelah tangan huh u…tadi waktu tengahari melalak sorang-sorang dan terus call my best friend, Tiara (bukan nama sebenar)…habis dileternya aku, kenapa aku masih call lagi ex tunang aku yang sememangnya dah lupakan aku, kalau dia suka, dah lama dia yang akan call, bukannya aku yang mulakan dulu call atau sms. Kalau aku asyik call atau sms, sampai bila-bila aku takkan dapat nak lupakan dia dan tak dapat nak fokus pada kerjaya, asyik akan menangis dan menangis. Kebetulan best friend aku ni menceritakan nasib kawannya yang telah ditinggalkan oleh kekasih yang pada awalnya memberi harapan, dating ke sana ke mari, dah berkenalan dengan keluarga perempuan ini, tetiba jantan ini kata kalau jumpa lelaki lain, proceedlah dulu,hai bedebah punya jantan, dah dapat mawar yang indah pun diketepikan, rugi-rugi! Sedangkan menurut Tiara, kakak Lina (bukan nama sebenar) ini memanglah baik sangat, cuma umurnya sudah 39 tahun……mungkinlah si jantan ini nak cari pucuk muda kot……….
Untuk pengetahuan kalian semua, aku sudah berkawan dengan best friend aku ni dari umur kami 4 tahun, bersekolah rendah dan menengah yang sama…..Cuma aku ke UIAM dan beliau ke UITM sehingga beliau berkahwin dan aku masih bujang fuyohhh persahabatan yang lama tu, sehingga beliau pernah buat lawak mengatakan persahabatan kita ni seutuh bukit batu caves….jangan tak percaya kami juga mempunyai tarikh hari lahir yang sama iaitu 28 April 1979 dan 28 April 1978 [aku dilahirkan setahun lebih awal]

Kini walaupun sahabatku telah berumahtangga, persahabatan kami makin erat....

Apo den nak tulis lagi ni....

Oklah perlu pi makan dulu

Wassalam

No comments:

Post a Comment