Salam Ukhuwah dan Salam Persahabatan
Dalam aku meluahkan rasa, ingin juga aku bercerita pengalaman silamku....walaupun aku masih dalam rawatan bipolar disorder, aku bersyukur kepada ALLAH kerana aku masih boleh bekerja dengan pendapatan yang agak tinggi, memiliki rumah dan kereta, keluarga yang boleh menjagaku [ni pada 26hb ibu mengajakku ke pusat perubatan zamdurrani, Insya ALLAH aku akan pergi]
Aku pasti ALLAH akan menggantikan kesusahan dengan perkara yang lebih baik...dulu lepas grad aku pernah chambering di satu legal firm [tidak payahlah disebutkan namanya] tapi aku tidak di'retain' kerana KPI yang kurang cemerlang. Memang pada mulanya menangis tapi selepas itu aku bekerja di sebuah legal firm dengan gaji RM1,800.00...masa tu agak berlagak jugak dengan pakai kasut tinggi, blouse ikut badan..kemudian aku bekerja di sebuah badan berkanun. Itulah ketikanya
ALLAH uji dengan sakit bipolar disorder, then masa itu barulah kesedaran datang...kembali pada fitrah untuk aku membaca ma'thurat, dalam hospital tiap2 hari aku Qiyamullail.
Sekarang ni aku menerima hakikat dan perlu menghargai apa yang ada, ya aku telah putus tunang, dan tunang aku tidak akan kembali lagi, keputusan dia adalah muktamad
Insya ALLAH aku akan menunaikan Umrah pada Bulan Februari tahun hadapan, moga ALLAH permudahkan...doakan ya!
Kesimpulannya, dulu aku pernah putus asa apabila mendapat gaji rendah dan bekerja macam kuli, elaun hanya RM1,000.00 tapi akhirnya ALLAH menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik Alhamdulillah....
Wassalam
No comments:
Post a Comment