Salam,
Hari ini aku half day, low mood, masih belum dapat melupakan ex fiancée, Berlinangan air mata semasa dalam kereta untuk ke Ofis. Di Ofis kenalah berlakon memaniskan wajah. Sebelum tu masa sampai di car parking, sempat lagi sms pada sahabatku mie “Saya masih tak dapat lupakan bekas tunang”;
Mie membalas dengan mengatakan “Orang yang kita sayang malahan baik pada kita memang sukar kita lupakan, x pe teruskanlah menyayanginya.”
Dan aku membalas kembali : “Benarlah kata mie, tapi apalah gunanya menyayangi orang tapi tiada balasan, hati juga yang sakit, merana.”
Mie membalas lagi : “Xper Aufa…zaman para sahabat dulu mereka amat suka pada masalah, bila mereka tak diuji mereka merasakan ALLAH lupakan mereka jadi para sahabat amat menunggu2 ujian ALLAH SWT pada mereka…teruskan sayang orang, Aufa takkan rugi”
Aku membalas : “ Terima kasih mie kerana begitu memahami”
Mie membalas : “Untuk manusia bersatu dalam saf mesti faham memahami, tapi kerana nafsu manusia bercerai.”
Alhamdulillah hati tu tenang kembali, tadi waktu rehat, keluar sebentar ke Pustaka Mu’min [Jalan TAR] membeli buku tajuknya ‘Bawa Hatimu Kepada Tuhan’. Aku pergi ke kedai buku dengan Kak Aziah, Kak Aziah juga diuji ALLAH dengan perginya anak kesayangan ke Rahmatullah pada tahun ini. Ya ALLAH berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”Al Baqarah 286
Sekembali dari kedai buku, singgah sebentar untuk membeli buah, terjumpa dengan Encik Helmi, beliau bercuti lama kerana sakit kanser kolon, lama juga dari bulan Januari tahun ini. Rawatan Kimoterapi perlu dilaluinya. Mengikut kata Kak Aziah, rawatan kimoterapi ini amatlah menyakitkan seperti kita meletakkan asid dalam badan, rambut akan gugur, badan terasa lemah.
Aku teringat Firman ALLAH yang bermaksud :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan “ Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” Al-Ankabut : 2-3
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment