Islamic Widget

Sunday, October 11, 2009

Menyangkal hujah-hujah Sisters in Islam dalam Isu Kes Sebatan Kartika

SISTERS IN ISLAM BERKATA :
Hakikat bahawa Kartika sendiri nampaknya ingin hukuman sebat tersebut dijalankan ke atasnya tidak sepatutnya menghalang pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu dengan adil dan penuh belas kasihan dalam semua konteks kes tersebut. Sebagai pembela hak asasi manusia, kami berkomited untuk mendapatkan perlakuan yang melindungi hak asasi beliau serta juga mereka yang lain dalam keadaan yang serupa, serta untuk memastikan bahawa tidak terdapat kemerosotan standard hak asasi manusia di Malaysia.

JAWAPAN AUFA
Kartika sedar dan insaf dengan perbuatannya dan mahu bertaubat. Beliau tahu bahawa hukuman sebatan walaupun sebenarnya pelaksanaan di zaman Rasulullah SAW adalah 40 kali sebatan tetapi di zaman sekarang hanya 6 sebatan dikenakan dan beliau tidak mahu disoal di Padang Mahsyar kelak. SIS, kalian tidak takut dengan azab seksa kubur dan hanya mengagungkan agama baru iaitu hak asasi manusia. Kembalilah pada ajaran AL-Quran dan As-Sunnah. Di dalam Al-Quran telah tercatat bahawa ARAK ADALAH IBU SEGALA KEJAHATAN dan telah dinyatakan secara jelas di dalam hadith bahawa sesiapa yang meminum arak maka hukumannya adalah sebatan.

SISTERS IN ISLAM BERKATA:
Keputusan yang dibuat oleh Kartika boleh dibandingkan dengan keputusan yang dibuat oleh balu beragama Hindu pada masa lampau. Amalan ‘sati’ (kini terlarang di India) di mana balu yang masih hidup dibakar bersama-sama mayat suaminya. Terdapat percanggahan pendapat tentang jika seseorang balu memilih untuk mengorbankan dirinya, mereka yang lain tidak boleh campur tangan. Jelasnya, ini bukanlah satu amalan yang tidak boleh dibiarkan berdasarkan prinsip pilihan bebas.


JAWAPAN AUFA

Berhati-hati dengan apa yang dituturkan kerana khuatir akan boleh tergelincir dari akidah dan membawa kepada murtad. Nauzubillah. Menyamakan analogi sati dengan hukuman sebatan adalah terlalu tidak masuk akal. Sati juga adalah bertentangan dengan Islam. Islam telah meletakkan garis panduan larangan meminum arak telah dinyatakan jelas di dalam Quran, jika melanggar maka hadith pula berkata Hukuman adalah sebatan. Sebatan yang dikenakan pula hanya menggunakan ranting kayu yang kecil dan tidak menyakitkan. Mengapa SIS tidak berjuang dan mengatakan sebatan di dalam hukuman jenayah di bawah kanun acara jenayah lebih menyeksakan dan boleh mengakibatkan kecederaaan serius dan maut?? Hukuman Sebatan dalam Islam kekal sehingga hari kiamat dan bukan boleh diubah-ubah mengikut peredaran zaman macam menukar fesyen pakaian. Bertaubatlah kalian dan ingatlah kita di dunia ini tidak lama, jika bercakap mengikut kehendak nafsu maka tunggulah seksaan pedih di akhirat kerana menafikan Hadith sebagai sumber kedua dalam Perundangan Islam (Islamic Jurisprudence)


SISTERS IN ISLAM BERKATA:
Isu penting di sini adalah kemerosotan standard hak asasi yang digunakan di negeri Pahang. Jika hukuman sebat dilakukan ke atas seorang wanita di bawah undang-undang Syariah, ia akan mewujudkan satu preseden yang buruk di Malaysia – terutama sekali apabila kaum wanita telah dinyatakan dengan jelas - tidak boleh disebat di bawah S289 Kanun Acara Jenayah.
Jika Kartika dikenakan hukuman sebat, persepsi terhadap Malaysia sebagai sebuah negera Islam yang sederhana akan tergugat selama-lamanya.
Kami menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengkaji semula hukuman sebat sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap hukuman sebat dan bentuk hukuman dera yang lain sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan perlakuan yang menjatuhkan maruah.
Dalam kes Kartika, kami berasa amat khuatir kerana prinsip am penjatuhan hukuman tidak digunakan: beliau adalah seorang pesalah kali pertama, beliau berasa sesal dan telah mengaku bersalah, dan tidak terdapat keganasan dalam perbuatan melakukan kesalahan tersebut. Hukuman beliau tidak setimpal sama sekali dengan kesalahan yang dilakukan.
Kami turut menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengadakan kajian semula yang komprehensif ke atas undang-undang kesalahan jenayah Syariah, dengan tujuan memansuhkan undang-undang sedemikian. Pada tahun 1997 dan 2005, SIS telah menyerahkan memorandum kepada pihak Kerajaan tentang kesalahan jenayah syariah, membangkitkan pelbagai isu yang membimbangkan termasuklah peruntukan-peruntukan di dalam undang-undang tersebut yang tidak berasaskan teori dan amalan undang-undang Islam, bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, serta juga bercanggah atau bertindan dengan Kanun Keseksaan dan undang-undang persekutuan yang lain.
Akhir sekali, kami ingin mengingatkan pihak berkuasa yang berkaitan bahawa keadilan hendaklah dilembutkan dengan rasa belas ihsan; dan bukan hanya keadilan dilakukan dengan saksama tetapi ianya hendaklah benar-benar dilakukan secara adil agar masyarakat Malaysia berasa yakin dengan proses di mahkamah Syariah.


JAWAPAN AUFA
Di negara-negara arab yang melaksanakan hudud telah terbukti hukuman ini mampu mengekang jenayah, maafkan saya mungkin SIS menolak rukun Islam iaitu menunaikan haji (pada firasat sayalah) jika SIS pernah menunaikan haji tentu dapat melihat bagaimana gerai-gerai dan kedai-kedai jualan ditinggalkan tanpa perlu dikunci atau dirantai atau memasang penggera, pengawal keselamatan....sedangkan di Malaysia, kedai emas yang mempunyai penggera, pengawal keselamatan lengkap bersenjata pun belum tentu lagi dapat menjamin keselamatan daripada dirompak.....hatta saya menunggu juga berita di kalangan SIS yang diragut beg atau disamun, maka ketika itulah baru kalian akan berkata, kalau perompak ini dipotong tangan maka akan kuranglah kecurian di Malaysia ini. Tapi tidak begitu, tahun demi tahun statistik jenayah makin menakutkan kita......kalian menolak hukum ALLAH, hukuman curi jelas dinyatakan di dalam Al-Quran iaitu dipotong tangan......tapi mengapa kalian cuba menafikan lagi dan menegakkan kanun keseksaan....kalian sedang melancarkan perang terhadap ALLAH! Sekiranya melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agong hukumannya adalah ke tali gantung, maka begitu jugalah apabila melancarkan perang terhadap AYAT-AYAT ALLAH (Pencipta sekalian Manusia) maka hukumannya adalah pancung sehingga mati....ya benar di dunia tiada hukuman ini..tunggulah saja saat kematianmu, masa itu bawalah Perlembagaan Persekutuan, Kanun Keseksaan, Undang-Undang Hak Asasi Manusia sebagai Peguambela untuk membela kalian daripada soal jawab di dalam kubur...
Saya bercakap kerana benar kerana sayangkan kalian yang seakidah, saya sedih kerana kalian menyamakan hukuman hudud dengan sati oleh kaum hindu. Saya terkilan kerana sepatutnya golongan profesional muslimah ini menjadi barisan hadapan mempertahankan Islam dan Hukuman Jenayah Syariah daripada diperlekehkan oleh bangsa dan kaum yang beragama lain, tapi kalian bersekongkongkol dengan menggunakan nama Islam dan menghina hukuman jenayah syariah yang diperintahkah oleh ALLAH dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW kekasih ALLAH, pesuruh ALLAH, Nabi Kita Astaghfirullah

Sehingga ke hari ini hukuman sebatan ke atas Kartika masih belum dilaksanakan....

Ucapan terakhirku yang ikhlas buat saudara seIslam semua Bertaubatlah sebelum kematian datang menjemputmu.


Wassalam.