Tiada suatu nikmat yang dikurniakan ALLAH SWT kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut, sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan ALLAH SWT akan mengganti yang lebih baik bagi dirinya- Khalifah Umar Abdul Aziz.
Islamic Widget
Monday, May 28, 2012
Pelaburan Emas
Aku tak dapat tidur malam ni...entah kenapa...nak kat dapat jadi calon PRU 13 tak juga.....tapi asyik teringatkan bisness yang bakal aku ceburi...Insya Allah aku akan menjadi agent hana gold dan public gold.....tengah hari tadi aku pi pajak kan (dekat Ar Rahnu Express-anak syarikat Habib Jewel) emas yang aku ada, dapat lah dalam RM7680.00...untung tu....so aku decide esok tengahari aku nak pi hanagold dekat medan mara tu...aku nak jadi dealer dia....kata staff hanagold tu...untuk jadi dealer perlukan RM2,000.00 fees (dapat discount RM1,000.00) dan beli emas 20gm
Dalam pada waktu yang sama aku buat personal financing RM20k....untuk jadi agent public gold pulak...
So sesiapa yang berminat untuk membeli emas dan berkongsi maklumat tentang emas...bolehlah menghubungi aku.......013-2656596.......cuma emas ni kena berurusniaga dalam masa 3 hari ikut syariah...
Wassalam.....
Sunday, February 19, 2012
Lelaki Kristian/Christian Guy yang ingin masuk Islam
Saturday, February 18, 2012
Percintaan yang tidak diredhai Allah
Wednesday, February 15, 2012
Keluarga Syurgawi
Saya telah mendengar tazkirah Ustazah Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah pada hari ini untuk tajuk seperti yang dinyatakan di atas. Berikut adalah intipati tazkirah tersebut.
Bagi membentuk Keluarga Syurgawi terdapat TUJUH ASAS UTAMA iaitu :
1) Iman dan Taqwa pada Allah
2) Al Mawaddah wa Rahmah
3) Al Mu’asyarah Bil Maaruf
4) Amanah dan Tanggungjawab
5) Rezeki yang Halal dan diberkati Allah
6) Berdoa
7) Menabur Bakti kepada kedua ibu bapa
1) Iman dan Taqwa kepada Allah
Nabi bersabda Sinarilah Rumah Kamu dengan Solat dan Bacaan Ayat-ayat Al-Quran. Sesungguhnya isteri yang solehah akan jadi bidadari di dalam Syurga dan akan menyambut suaminya. Kebahagiaan sebenar bukan terletak pada harta, pangkat dan wajah yang cantik, tapi kebahagiaan sebenar terletak pada ketenangan hati. Kalau kita tak bahagia dalam keluarga, kita takkan bahagia dalam kehidupan. Lagi cantik bila kita boleh solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak di rumah.
2) Al Mawaddah wa Rahmah
Bermaksud rumahtangga yang berada dalam kasih sayang dan rahmah Allah. Bila kita sayang tunjukkan melalui kata-kata. Nabi SAW panggil Aisyah r.a dengan panggilan manja…..Ya Humaira’ yang bermaksud wahai isteri si merah jambu…….Ustaz buat lawak jangan panggil dengan panggilan Pak Hang, Mak Hang, Bapaknya, Maknya, Si Debab,….cubalah panggil baby ke, darling, sayang keJ
Kasih Sayang kena buktikan melalui perbuatan….Ada kisah apabila Nabi SAW terlupa beli hadiah pada isterinya Aisyah r.a., Nabi SAW tak masuk rumah, patah balik ke supermarket, beli hadiah baru Nabi SAW balik ke rumah….Jadi saling menghadiahi dapat mengeratkan kasih sayang
Pi Honeymoon
3) Al Mu’asyarah bil Maaruf
Apabila pulang ke rumah sentiasa membantu isteri. Nabi SAW pernah jahit butang sendiri. Khadijah r.a akan sambut suami sehingga dengan perbuatan Khadijah r.a ini Allah menyampaikan salam melalui Jibrail dan Allah mendirikan istana di Syurga
Ada 5 S perlu diamalkan iaitu :
1) Salam – Bersalam di antara suami, isteri, anak-anak
2) Salam – Menyampaikan salam Assalamu’alaikum
3) Senyum- Sedekah
4) Sapaan- Tegur menegur di antara suami dan isteri, puji isteri pakai baju cantik (walaupun pakai baju kelawaq saja)
5) Sopan – Tertib – Hidang air untuk suami.
4) Amanah dan Tanggungjawab
Nabi SAW bertanya pada sahabatnya, Siapakah Yang Mandul….Sahabatnya menjawab Orang yang mandul adalah orang yang tidak boleh mengandung. Nabi kemudiannya menerangkan jawapan yang sebenarnya yang mana Nabi berkata bahawa orang yang mandul adalah orang yang mempunyai anak-anak tapi apabila dia meninggal, anak-anaknya tidak memberikan manfaat kepadanya. Maksudnya di sini anak-anaknya tidak dididik dengan baik.
Memberikan nama yang baik pada anak-anak, termasuklah memanggil nama yang baik pada anak-anak, jangan nama Rokiah jadi the Rock pulakJ
Suami jangan lupa isteri adalah amanah Allah dan satu ketika nanti kita PASTI akan disoal oleh Allah di Akhirat kelak.
5) Rezeki yang halal dan diberkati Allah
Ada seorang lelaki mengadu kepada Nabi SAW mengapa doa ditolak
Kemudian Nabi SAW menjawab perbaiki makanan kamu dulu baru doa-doa kamu akan dijawab oleh Allah.
Makanan Halal – Hati Bersih
Makanan Haram- Hati Kotor
Potongan zakat pendapatan dapat membersihkan rezeki….jangan lupa gaji yang diterima itu harus dizakatkan sebanyak 2.5% setahun.
6) Banyakkan Berdoa
Ustaz Akashah menitipkan untuk kita mengamalkan Doa bagi Murah Rezeki dan keputusan yang dibuat adalah keputusan yang tepat
Amalkan Subhanallahwabihamdih
Surah Quraisy – 3 kali
Surah Al- Qasas ayat 24
7) Sentiasa menabur bakti pada kedua ibu dan bapa
Kalau mak bapak tersinggung di atas tingkah laku kita- kita adalah anak derhaka, nak mati pun susah dan tak cium bau syurga
Banggakan mak ayah kita
Marilah kita mengamalkan apa yang telah diajarkan, pesan ini untuk kalian yang telah mendirikan rumahtangga lah, bagi yang belum mendirikan rumahtangga lagi macam saya ini adalah sebagai ilmu berguna di masa akan datang apabila bersuami kelak. Insya Allah Ingatlah bahawa hidup di dunia ini tidak kekal lama, satu hari kita pasti akan menemui ajal dan menghadap Allah. Persoalannya adakah kita bersedia untuk menghadapi kematian? Hanya Iman dan Amal boleh menjawabnya……….
Maafkan saya, segala yang berlaku adalah dari kekurangan saya sendiri……
Wassalam.
Friday, January 13, 2012
Pelaburan Emas - Gold Investment
Anwar Bebas! Hassan Ali Dipecat
Alhamdulillah, akhirnya Anwar dibebaskan pada 9/01/2012. Satu keputusan yang berani. Tahniah Hakim Mohd Zabidin. Ramai orang berhimpun di Mahkamah. Ayah aku yang pergi ke Mahkamah kata sampai ke Medan Selera kat Bawah Income Tax tu punyalah ramainya orang agaknya dalam 50,000 orang ramainya….Namun kita sebenarnya tidak boleh berasa lega sepenuhnya kerana Pendakwaraya ada 14 hari untuk memfailkan rayuan dan aku pasti Pendakwaraya tidak akan berdiam diri…..takut-takut jadi macam kes Menteri Besar Perak Haji Nizar saja, tup tup bila pergi Mahkamah Rayuan terus kalah.
Yang peliknya Saiful Bukhari tidak hadir ke Mahkamah, aik macam tau tau saja keputusan apa…..dia hanya buat kenyataan dalam twitter. Siap kata ada Mahkamah Akhirat yang akan mengadili….ko tu yang patut takut dengan Allah, buat fitnah pada orang, tak takut neraka Allah.
Kemudian kita dikejutkan pula dengan kisah Hassan Ali dipecat. Memang patut pun beliau dipecat kerana beliau telah mengeluarkan kenyataan yang condong macam orang UMNO….
Aku khuatir juga kedudukan Selangor ni, rasanya takkan tergugat, yalah gaji minimum di Selangor adalah RM1500, dan staff state government dapat bonus 8 bulan….banyak tu….siapa nak pangkah UMNO kalau UMNO sibuk nak mengKAYAKAN KRONI dan tidak pentingkan rakyat….Tengok Khir Toyo pun dah kena penjara kerana rasuah.
Akhir kata moga Pilihanraya Umum Ke 13 ...Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya! Amin
Friday, January 6, 2012
Novelis Islami - Moga cita-citaku akan tercapai
Alhamdulillah, aku mendapat pujian sinopsis yang aku hantar ke PTS mempunyai jalan cerita yang baik....walaupun tidak diterbitkan kerana pengedaran Novel berunsurkan Novela dihentikan buat sementara waktu, namun aku tidak akan mengalah dalam mencari penerbit yang boleh menerbitkan novelku....kemudian aku menghubungi telaga biru...Alhamdulillah ada respon yang baik....cuma aku perlu menyiapkan manuskripku sahaja.....harapnya diterimalah.
