Islamic Widget

Saturday, February 18, 2012

Percintaan yang tidak diredhai Allah

Assalamu'alaikum

Aku ada mendaftar dengan website mencari jodoh muslima.com.....dan aku berkenalan dengan seseorang Ali namanya (bukan nama sebenar).....dalam website tu dia mengaku dirinya bujang, umur 44tahun, tak kahwin sebab putus tunang...aku pun punyalah tangkap lentok percayakannya siap bersayang sayang lagi, aku terlupa syariat Islam bahawa sayang dan cinta itu hanya untuk suami yang sah.....itulah desperate sangat nak kahwin.....

Kemudian kawan2 kat ofis nasihatkan aku untuk siasat lagi....yalah orang yang bercinta ini kurang akalnya....hati aku tergerak untuk call ofisnya dan dijawab oleh seorang akak ni...pada mulanya dia enggan masuk campur....tapi lepas aku pujuk dan pujuk barulah dia bagitahu bahawa ali ini dah berkahwin.....

Kemudian aku pun confrontlah ali....dia pada mulanya kata kawan2 kat ofis dengkikannya...then baru dia mengaku dia dalam proses penceraian, dah pi counseling pun.....ish kaki kelentong ni
kemudian Allah memberi aku petunjuk lagi, aku berjaya menelefon kakaknya di ofis kakaknya...kakaknya memberitahu untuk menjauhi adiknya kerana adiknya memang pandai mengayat perempuan.....Ya Allah betapa hancurnya hati aku....kenapalah aku ni dungu sangat mudah ditipu dengan lelaki.......nasib baiklah aku tak kahwin dengannya.

Ali memang sangat bengang sebab aku ni macam CSI nak siasat dia.....terus dia block phone..tapi Allah tu Maha Kuasa, semua call yang masuk nak telefon dia masuk dalam telefon aku.....termasuklah isterinya yang dikatakan dalam proses penceraian.....

Alhamdulillah, isterinya telah menceritakan segala-galanya pada aku....dia dah lali dengan sikap suaminya yang suka mengayat perempuan.....sekarang ni pun isterinya TENGAH MENGANDUNG LAGI. Astaghfirullahalazim...sampai hati seorang suami menduakan isterinya dan tidak peduli akan isterinya.....

Akhirnya Ali baru mengaku bahawa beliau kini telah beristeri....tapi beliau kata beliau ingin bersahabat dengan aku....aku rasa aku tak mampu nak bersahabat dengan orang yang telah menipu aku....aku pun cuba nak lupakan beliau.....

Jumaat lepas Ali ada menelefon aku, kita orang sembang macam biasa....tapi mulut aku terlepas cakap mengatakan isteri Ali yang mengeluarkan wang hantaran yang menyebabkan mereka berdua bergaduh......kak fifah isteri Ali sangatlah marah pada aku mengatakan aku ni batu api.....

Ya ALLAH aku tak berniat pun untuk menjadi batu api.....Inilah dugaan yang aku sendiri yang cari.....Ya ALLAH bantulah hambamu untuk menghadapi dugaan ini ....Aku harus pergi untuk selama-lamanya dari hidup Ali dan keluarganya tapi hati ini rindu nak mendengar suaranya.....Itulah penangan bercinta dengan suami orang......aku ni tak serik2 kerana inilah pengalaman kedua bagi aku...dulu pun pernah kena tipu dengan suami orang juga....tapi dulu macam aku terkena ilmu pengasih suami orang tersebut.....

Berilah aku kekuatan ya Allah......

No comments:

Post a Comment