Saya telah mendengar tazkirah Ustazah Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah pada hari ini untuk tajuk seperti yang dinyatakan di atas. Berikut adalah intipati tazkirah tersebut.
Bagi membentuk Keluarga Syurgawi terdapat TUJUH ASAS UTAMA iaitu :
1) Iman dan Taqwa pada Allah
2) Al Mawaddah wa Rahmah
3) Al Mu’asyarah Bil Maaruf
4) Amanah dan Tanggungjawab
5) Rezeki yang Halal dan diberkati Allah
6) Berdoa
7) Menabur Bakti kepada kedua ibu bapa
1) Iman dan Taqwa kepada Allah
Nabi bersabda Sinarilah Rumah Kamu dengan Solat dan Bacaan Ayat-ayat Al-Quran. Sesungguhnya isteri yang solehah akan jadi bidadari di dalam Syurga dan akan menyambut suaminya. Kebahagiaan sebenar bukan terletak pada harta, pangkat dan wajah yang cantik, tapi kebahagiaan sebenar terletak pada ketenangan hati. Kalau kita tak bahagia dalam keluarga, kita takkan bahagia dalam kehidupan. Lagi cantik bila kita boleh solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak di rumah.
2) Al Mawaddah wa Rahmah
Bermaksud rumahtangga yang berada dalam kasih sayang dan rahmah Allah. Bila kita sayang tunjukkan melalui kata-kata. Nabi SAW panggil Aisyah r.a dengan panggilan manja…..Ya Humaira’ yang bermaksud wahai isteri si merah jambu…….Ustaz buat lawak jangan panggil dengan panggilan Pak Hang, Mak Hang, Bapaknya, Maknya, Si Debab,….cubalah panggil baby ke, darling, sayang keJ
Kasih Sayang kena buktikan melalui perbuatan….Ada kisah apabila Nabi SAW terlupa beli hadiah pada isterinya Aisyah r.a., Nabi SAW tak masuk rumah, patah balik ke supermarket, beli hadiah baru Nabi SAW balik ke rumah….Jadi saling menghadiahi dapat mengeratkan kasih sayang
Pi Honeymoon
3) Al Mu’asyarah bil Maaruf
Apabila pulang ke rumah sentiasa membantu isteri. Nabi SAW pernah jahit butang sendiri. Khadijah r.a akan sambut suami sehingga dengan perbuatan Khadijah r.a ini Allah menyampaikan salam melalui Jibrail dan Allah mendirikan istana di Syurga
Ada 5 S perlu diamalkan iaitu :
1) Salam – Bersalam di antara suami, isteri, anak-anak
2) Salam – Menyampaikan salam Assalamu’alaikum
3) Senyum- Sedekah
4) Sapaan- Tegur menegur di antara suami dan isteri, puji isteri pakai baju cantik (walaupun pakai baju kelawaq saja)
5) Sopan – Tertib – Hidang air untuk suami.
4) Amanah dan Tanggungjawab
Nabi SAW bertanya pada sahabatnya, Siapakah Yang Mandul….Sahabatnya menjawab Orang yang mandul adalah orang yang tidak boleh mengandung. Nabi kemudiannya menerangkan jawapan yang sebenarnya yang mana Nabi berkata bahawa orang yang mandul adalah orang yang mempunyai anak-anak tapi apabila dia meninggal, anak-anaknya tidak memberikan manfaat kepadanya. Maksudnya di sini anak-anaknya tidak dididik dengan baik.
Memberikan nama yang baik pada anak-anak, termasuklah memanggil nama yang baik pada anak-anak, jangan nama Rokiah jadi the Rock pulakJ
Suami jangan lupa isteri adalah amanah Allah dan satu ketika nanti kita PASTI akan disoal oleh Allah di Akhirat kelak.
5) Rezeki yang halal dan diberkati Allah
Ada seorang lelaki mengadu kepada Nabi SAW mengapa doa ditolak
Kemudian Nabi SAW menjawab perbaiki makanan kamu dulu baru doa-doa kamu akan dijawab oleh Allah.
Makanan Halal – Hati Bersih
Makanan Haram- Hati Kotor
Potongan zakat pendapatan dapat membersihkan rezeki….jangan lupa gaji yang diterima itu harus dizakatkan sebanyak 2.5% setahun.
6) Banyakkan Berdoa
Ustaz Akashah menitipkan untuk kita mengamalkan Doa bagi Murah Rezeki dan keputusan yang dibuat adalah keputusan yang tepat
Amalkan Subhanallahwabihamdih
Surah Quraisy – 3 kali
Surah Al- Qasas ayat 24
7) Sentiasa menabur bakti pada kedua ibu dan bapa
Kalau mak bapak tersinggung di atas tingkah laku kita- kita adalah anak derhaka, nak mati pun susah dan tak cium bau syurga
Banggakan mak ayah kita
Marilah kita mengamalkan apa yang telah diajarkan, pesan ini untuk kalian yang telah mendirikan rumahtangga lah, bagi yang belum mendirikan rumahtangga lagi macam saya ini adalah sebagai ilmu berguna di masa akan datang apabila bersuami kelak. Insya Allah Ingatlah bahawa hidup di dunia ini tidak kekal lama, satu hari kita pasti akan menemui ajal dan menghadap Allah. Persoalannya adakah kita bersedia untuk menghadapi kematian? Hanya Iman dan Amal boleh menjawabnya……….
Maafkan saya, segala yang berlaku adalah dari kekurangan saya sendiri……
Wassalam.
No comments:
Post a Comment