Salam,
Dear All,
Starting from tomorrow, I will start my diet program Insya ALLAH. Just bought Herba Life for RM220 (Member Price)
That's all for now.
Adios
Wassalam
Tiada suatu nikmat yang dikurniakan ALLAH SWT kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut, sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan ALLAH SWT akan mengganti yang lebih baik bagi dirinya- Khalifah Umar Abdul Aziz.
Islamic Widget
Wednesday, November 10, 2010
Wednesday, November 3, 2010
KATA-KATA HIKMAH
Jangan minta jauhi dari dugaan. Tetapi minta ketebalan iman apabila menerima dugaan. Jangan kita hidup lalai dan tiada dugaan. Kerana dugaan akan Insya ALLAH mengejutkan daripada kelalaian.
Masih Teringat Kenangan Lalu
Salam,
Hari ini aku half day, low mood, masih belum dapat melupakan ex fiancĂ©e, Berlinangan air mata semasa dalam kereta untuk ke Ofis. Di Ofis kenalah berlakon memaniskan wajah. Sebelum tu masa sampai di car parking, sempat lagi sms pada sahabatku mie “Saya masih tak dapat lupakan bekas tunang”;
Mie membalas dengan mengatakan “Orang yang kita sayang malahan baik pada kita memang sukar kita lupakan, x pe teruskanlah menyayanginya.”
Dan aku membalas kembali : “Benarlah kata mie, tapi apalah gunanya menyayangi orang tapi tiada balasan, hati juga yang sakit, merana.”
Mie membalas lagi : “Xper Aufa…zaman para sahabat dulu mereka amat suka pada masalah, bila mereka tak diuji mereka merasakan ALLAH lupakan mereka jadi para sahabat amat menunggu2 ujian ALLAH SWT pada mereka…teruskan sayang orang, Aufa takkan rugi”
Aku membalas : “ Terima kasih mie kerana begitu memahami”
Mie membalas : “Untuk manusia bersatu dalam saf mesti faham memahami, tapi kerana nafsu manusia bercerai.”
Alhamdulillah hati tu tenang kembali, tadi waktu rehat, keluar sebentar ke Pustaka Mu’min [Jalan TAR] membeli buku tajuknya ‘Bawa Hatimu Kepada Tuhan’. Aku pergi ke kedai buku dengan Kak Aziah, Kak Aziah juga diuji ALLAH dengan perginya anak kesayangan ke Rahmatullah pada tahun ini. Ya ALLAH berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”Al Baqarah 286
Sekembali dari kedai buku, singgah sebentar untuk membeli buah, terjumpa dengan Encik Helmi, beliau bercuti lama kerana sakit kanser kolon, lama juga dari bulan Januari tahun ini. Rawatan Kimoterapi perlu dilaluinya. Mengikut kata Kak Aziah, rawatan kimoterapi ini amatlah menyakitkan seperti kita meletakkan asid dalam badan, rambut akan gugur, badan terasa lemah.
Aku teringat Firman ALLAH yang bermaksud :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan “ Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” Al-Ankabut : 2-3
Sekian, wassalam.

JURNAL SUKSES
Hari ini dalam perjalanan ke ofis, tengah memandu ler, aku mendengar Radio IKIM 91.5, Penceramah motivasinya adalah Tuan Haji Fadhli Yusof [macam nama senior aku di UIAM yang juga seorang penulis buku motivasi]. Beliau telah mencadangkan kita untuk mewujudkan satu JURNAL SUKSES, di dalam jurnal tersebut ditulis our good deeds, jangan ditulis segala bad deeds….contohnya macam hari ni saya berjaya bangun tahajjud, saya telah senyum pada seseorang yang baru saya kenali, saya telah berjaya membantu seorang yang buta melintas jalan, jadi bila rasa susah hati kita buka kembali jurnal tersebut dan lihat apa yang telah ditulis di dalamnya….hmm bagus jugak idea ni kan. Yalah aku ni asyik merintih, mengeluh, menangis mengingatkan orang yang memang dah takkan peduli lagi, lebih baik aku menumpukan perhatian pada kerjaya dan rawatan penyakitku ini.
Semalam pun sahabatku mengatakan aku ada bakat menulis dan minta aku untuk mengarang buku, hu hu hu, rasa macam takda bakat saja, tapi memang aku suka berceloteh dan bercerita panjang. Jangan tak tahu pernah ada satu article aku masuk dalam Harakah dulu tajuknya “Benarkah Malaysia Sebuah Negara Islam”. Tapi buat masa ini biarlah aku menuntut ilmu dan banyakkan membaca dahulu, barulah dapat idea apa boleh ditulis, ingatnya macam nak menulis cerpen dalam majalah ANIS, Insya ALLAH……Bercakap tentang buku, tak sabar nak tunggu big boss di ofisku punya buku yang akan dilancarkan pada Pesta Buku……
*Teringat Kata2 Badrul Amin dalam CD Jangan Bersedih :
“Mustahil Tiada Orang Yang Tidak Pernah Bersedih”
Ok masa untuk memulakan kerja. Bismillahirahmanirrahim

Saturday, October 30, 2010
Setiap penyakit ada ubatnya
Salam,
Terkadang aku mengimbau memori di zaman aku belajar di UIAM sehingga tamat pengajian, aku tidak pernah tahu apa itu bipolar. Apabila bekerja di sebuah badan berkanun pada tahun 2005, aku telah didiagnosed oleh doktor berikutan simptom seperti ada yahudi mahu membunuhku. Doktor kata penyakit aku namanya bipolar mood disorder dan setakat hari ini belum bertemu penawarnya kerana aku perlu makan ubat untuk control sehingga akhir hayatku. Itu kata doktorlah, tapi takdir Ilahi mengatasi segalanya.
Tapi dalam hati 'I back to defer' kerana Rasulullah SAW berkata bahawa tiada penyakit yang tiada ubatnya kecuali mati.
Aku juga berubat dengan Ustaz Hanafi - terima kasih Ustaz. Ustaz kata aku ada kecelaruan hormon di otak termasuk gangguan makhluk halus [hmm dr. mana nak percaya semua tu. lagi pulak dr. aku ni dr. cina]
Hari itu ada berselisih faham sikit dengan bondaku, kasihan bonda, maafkan ku bonda, yalah bonda betul2 teringin nak menimang menantu dan bekas tunangku pula memanglah datang dari keluarga yang baik2, ibunya guru mengaji, tapi dek kerana sakit aku sendiri yang meminta untuk memutuskan tali pertunangan, no one to be blamed dalam hal ini. Mak sedih sebab mak kata rumah dah bercat, dewan bapak dah tempah, goodies pun dah buat.....tapi mak, segalanya adalah ketentuan ALLAH.
Aku tidak mahu memikirkan lagi soal kahwin buat masa inilah walaupun ada yang menunggu [ tapi aku tak dapat terima sbb ayahku dah tetapkan syarat orang itu mestilah ada kerja tetap] aku harus terima hakikat bahawa aku sakit dan aku kini berseorangan untuk menghadapi segala yang datang, walaubagaimanapun Alhamdulillah aku ada kawan2 yang sedia mendengar. What is my goal now? My goal adalah untuk bekerja dengan tekun, makan ubat mengikut nasihat doktor....dalam pada masa yang sama berusaha dan berusaha untuk pulih sepenuhnya.
Jodoh tu bak kata kawan baikku Shidah, ada lagi 19 tahun sebelum aku menopous untuk aku berusaha mencarinya hi hi entahlah siapalah nak dekat aku yang sakit ini...memang luaran nampak sihat sekali dia datang attack, tak larat nak jago, takut aku diceraikan saja, nauzubillah, jadi aku perlu mencari seseorang yang boleh terima aku seadanya....hu hu hu
Ok aku berhenti disini untuk solat zuhur.

Friday, October 29, 2010
Jodoh itu satu ketentuan atau kita perlu usaha?

Assalamu 'alaikum wrt. wbt.
Apabila berbicara soal jodoh, adakah ini satu ketentuan ALLAH atau kita perlu usaha. Kebetulan saya mendengar RADIO IKIM 91.5 dan saya sendiri yang menelefon IKIM dan mengajukan soalan kepada Dato' Dr Zaleha Kamaruddin Timbalan Ketua Pengarah IKIM, beliau menyatakan bahawa jodoh ini memang kita perlu usaha dan tidak boleh serahkan pada taqdir semata-mata kerana ALLAH telah beri kita akal untuk memilih. Yalah kalau kita pilih mat rempit, penagih dadah, pesakit HIV, pesakit bipolar macam saya, takkan nak salahkan taqdir pula.....
Berdoalah agar jodoh kita diredhai ALLAH
Wassalam
Tuesday, October 19, 2010
AKU REDHA YA ALLAH
Assalamu 'alaikum
Hari ini seperti biasa melangkahkan kaki ke Ofis, berjumpa rakan sepejabat yang memang englishnya berabuk macam cakap dengan mat saleh, best sangat, di whiteboard nya akan tertulis quote of the day, baguslah memberi inspirasi pada ku. Alhamdulillah rakan-rakan di ofis memang very supportive. 'Ditampilkan' kata-kata daripada sahabatku ini:
"Respect is not something you are gifted or born with. Its something u earn and for u to earn is for you to give"
"Today's part of tomorrow and the past forms the future"
"There are thousands of flaws along the way towards perfection"
Aku telah menguatkan tekad untuk tidak menelefon lagi bekas tunang, yalah beliau seorang yang baik hati dan tidak mahu memberi harapan, telefon pun beliau takkan angkat hu hu hu, mulanya agak sedih juga, siapalah yang tak sedih, tarikh pernikahan ku dijadualkan pada 23 Oktober 2010, kad pun dah ditempah, baju nikah pun dah siap, Ya ALLAH besarnya dugaan buat hambamu yang kerdil lagi hina ini. Ditambah lagi dengan sebulan aku relapse and hospitalised for bipolar - the third attack.....Doktor mengatakan puncanya sebab aku tak makan ubat, tapi dalam hati aku ini adalah dugaan ALLAH untuk menguji HambaNYA. Tapi aku belajar dari kesilapan, seperti dalam radio IKIM.FM pagi tadi melalui kata-kata hikmah, lupakan musibah tapi jangan lupakan pengajaran dari musibah......Aku akui aku alpa maklumlah darah manis, ditambah pula dengan prestasi yang makin baik di ofis menyebabkan terkadang solat pun lambat, jadi inilah ujian ALLAH buatku.....AKU REDHA YA ALLAH
Opps, masa untuk membaca AL-QURAN...Jom Mengaji!

Subscribe to:
Posts (Atom)