Islamic Widget

Thursday, October 14, 2010

ALLAH is our first priority not the last resort

Assalamu 'alaikum wrt. wbt.

Aku telah dijemput untuk mendeklamasikan sajak di Hospital Selayang pada hari Isnin 11hb Oktober bersamaan dengan World Mental Health Day peringkat Hospital Selayang. Berikut adalah bait-bait sajaknya

Masih Adakah Sinar
Buatku dalam meniti perjalanan berliku
Menyungkil Hikmah dari ketentuan ALLAH
Melihat dengan mata hati
Perkara yang tersurat dan tersirat
Satu kenyataan, fakta perubatan
Namun ku terima takdir ilahi
Dengan lafaz Alhamdulillah
Terselit rahmat yang hanya Yang Esa mengetahuinya
Hospital Selayang menjadi saksi pemukiman sementara
Para pakar psikiatri menjalankan tugas mereka
Namun penyembuhan total hanya Yang Khaliq penentunya
Sememangnya satu hakikat tidak selamanya langit itu cerah
Terkadang mendung mewarnai perjalanan hari
Namun aku pasrah pada Yang Maha Kuasa
Kerana ia merupakan satu ketentuan
Bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan
Allah pasti akan menggantikan yang lebih baik.


Aku yakin, ALLAH pasti akan menyembuhkan penyakitku ini kerana walaupun doktor mengatakan penyakit ini tiada ubatnya tapi doktor bukanlah penentu segalanya, namun kita hanya berusaha dan bertawakkal kepadanya. Aku juga berubat melalui kaedah perubatan Islam, terima kasih Pak Mud (Perlis), Ustaz Lokman (Perubatan As Syifa Al Hidayah), Ustaz Hanafi (TV9).

Buat ibu dan bapa, maafkan anakmu kerana anakmu ini diuji ALLAH dan bukanlah niatku untuk menjatuhkan maruah kalian, aku tidak pernah pinta untuk sakit, dan bukan aku yang merosakkan tali pertunangan....segala-gala yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun ini adalah benar-benar ujian dan dugaan buat anakmu, dan sungguh anakmu ini kerdil untuk menghadapi ujian ini seorang diri....fahamilah daku, tolonglah mengerti....

Buat bekas tunang yang dihormati, maafkanku dan keluargaku, segala yang berlaku adalah di luar jangkaan, maafkanku juga kerana merahsiakan penyakitku ini.Aku mendoakan dirimu akan bertemu pengganti yang solehah dan menjadi suri hidupmu hingga ke akhir hayat.

ALLAHUMMA AJIRNI FI MUSIBATI WAKHLULI KHAIRAN MINHA, adalah doa ummu salamah semasa Abu Salamah meninggal dunia dan akhirnya Rasulullah SAW yang meminang beliau.

Buat ibu angkatku, kak ami yang tidak putus-putus memberi semangat kepada anak angkatmu ini, Syukran Jazilan, Jazakallahu Khairan Kathira.

Salam Sayang
Aufa Humaira'

No comments:

Post a Comment