Islamic Widget

Friday, December 30, 2011

Hakim Yang Zalim , Hakim Disanggah


Assalamu'alaikum wrt. wbt. Dear Readers,

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengendalikan kes Fitnah II melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan bahawa terdapat kes prima facie dan Anwar perlu membela diri. Hakim Zabidin juga menyifatkan bahawa Saiful Bukhari Azlan adalah saksi berwibawa walaupun terdapat pelbagai fakta yang telah ditimbulkan oleh peguam Dato’ Seri Anwar untuk mempertikai kredibiliti Saiful. Kita semua mengharapkan Badan Kehakiman yang dapat memastikan kedaulatan undang-undang itu direalisasikan oleh sebuah kerajaan yang berteraskan undang-undang dan bukan kerajaan pemerintah. Kuasa bicara bagi menyelesaikan isu-isu dan pertikaian berkaitan undang-undang sepatutnya diberikan kepada Badan Kehakiman yang perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara berkecuali, berintegriti dan tanpa memihak ataupun dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuklah pemerintah mahupun rakyat.

Allah berfirman di dalam Surah Al Maidah ayat 8 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa-apa yang kamu lakukan.”

Seorang hakim yang berani menegakkan keadilan pada diri sendiri adalah dianggap sebagai puncak segala keberanian sebagaimana pepatah Melayu, “Tiba di dada jangan dibusungkan, tiba di mata jangan dipicingkan dan tiba di perut jangan dikempiskan”.

Mahkamah adalah suatu institusi yang menyelesaikan tuntutan di antara pihak-pihak yang bertikai. Walhasil jika tidak ada mahkamah, tidak akan wujud undang-undang dan jika tidak ada undang-undang, maka kuasa keamanan akan pudar dan mati. Analoginya, hakim adalah orang yang mengintepretasikan undang-undang sebagaimana mufti mengeluarkan fatwa di dalam Islam. Di negara-negara barat, Mahkamah dianggap sebagai benteng untuk melindungi rakyat daripada ketidakadilan pemerintah, manakala para hakim pula dianggap sebagai singa di bawah takhta dan yang menduduki takhta bukanlah Raja mahupun Eksekutif tetapi adalah undang-undang. Hakim juga bukanlah alat kepada pemerintah bahkan hakim akan bertindak sebagai pengawal supaya pemerintah tidak menyalahgunakan kuasa yang dimiliki. Sumpah seorang hakim untuk berlaku jujur dalam menjalankan hukuman di antara manusia adalah bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Al-Nisa Ayat 58 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia. (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat.”

Dalam Islam, semua pihak berkewajipan menegakkan keadilan tidak kira hakim, saksi, pihak-pihak yang bertikai tanpa pilih kasih walaupun ke atas diri sendiri atau kaum keluarga kerana kemenangan dalam perbicaraan bermakna kejayaan menegakkan keadilan dan memberikan hak kepada orang yang berhak dan bukan kemenangan untuk merebut hak daripada orang yang berhak. Allah berfirman di dalam Surah An-Nisa Ayat 135 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, bagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebbakan kamu bertimbang rasa kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada kedua-duanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng daripada keadilan. Dan jika kamu memutarbelitkan keterangan ataupun enggan (menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa-apa yang kamu lakukan.

Seorang hakim hendaklah bersih daripada tuduhan rasuah, bebas daripada sebarang salahlaku, tegas dalam menghadapi Pemerintah (Kuasa Eksekutif), tidak berat sebelah dan mesti menjauhi perkara-perkara yang boleh melunturkan kepercayaan orang ramai kepadanya. Hadith berikut memberikan panduan untuk berlaku adil dalam mengendalikan perbicaraan menurut Riwayat Abu Daud yang bermaksud:

Saidina Ali r.a berkata : Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman untuk menjadi Qadi. Aku pun berkata kepada Rasulullah. Ya Rasulullah, tuan mengutusku sedangkan aku masih muda dan tidak mengetahui tentang kehakiman? Rasulullah SAW berkata ‘ Sesungguhnya Allah akan memberikan hidayat-Nya kepada hati engkau dan menetapkan lidahmu. Jika datang dua orang bertikai duduk di hadapanmu, maka janganlah engkau menjatuhkan hukuman sehingga engkau mendengar (hujah dan keterangan) pihak kedua seperti engkau mendengar pihak pertama, kerana itulah yang lebih layak dilakukan agar jelas bagimu menjatuhkan hukuman. Saidina Ali r.a. berkata ‘Sejak itu aku tidak berasa sangsi dalam menjatuhkan hukuman.’

Kebebasan badan kehakiman merupakan prinsip yang sangat penting kerana sekiranya hakim-hakim ditekan dan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu maka taakulan yang diputuskan akan menyimpang daripada keadilan.

Tun Mohamed Suffian pernah berkata:

“Kehakiman yang bebas dan berasingan dari Parlimen dan Pemerintah didiri dan ditegakkan untk menjamin keadilan sekalian rakyat di seluruh Negara. Adalah tragedi yang besar bahawa sekarang kedudukan kehakiman telah menjadi tergugat oleh kerana sesetengah wakil rakyat berpendapat bahawa mereka ‘mempunyai mandat’ membuat apa sahaja yang disukai mereka sungguhpun mereka telah dengan rasminya bersumpah akan menjaga, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan kita.”

Mengimbau kembali krisis Badan Kehakiman pada tahun 1988 berkaitan isu pemecatan Tun Salleh Abas, bekas Hakim Mahkamah Agung, Datuk George Seah, dan Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh termasuk tiga hakim Mahkamah Agung yang digantung tugasnya merupakan sejarah yang tidak akan luput dalam ingatan pengamal undang-undang dan orang awam. Kemelut yang melanda Badan Kehakiman ini pernah berlaku di England lebih kurang 300 tahun dahulu. Mengimbas kembali isu pemecatan Hakim Besar England, Sir Edward Coke kerana pertikaian Sir Edward dengan Rajanya James I yang mendakwa baginda mempunyai kuasa yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk memperbuat undang-undang apa sahaja. Sir Edward Coke sebagai hakim yang adil membantah kerana beliau berpendapat bahawa raja adalah tertakluk kepada undang-undang dan hukum tuhan. Kuasa raja bukanlah mutlak kerana ianya dihadkan oleh undang-undang dan agama. Akhirnya Sir Edward Coke dipecat dari menjadi hakim tapi keharuman namanya dan kisah ini kekal sebagai pengajaran untuk semua terutama hakim-hakim yang akan duduk di dalam Badan Kehakiman.

Pada tahun yang sama juga, berkuatkuasa pada 10 Jun 1988, Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan mengeluarkan perkataan kuasa kehakiman atau judicial power daripada kedua-dua Mahkamah Tinggi. Kesannya kuasa kehakiman dan bidang kuasa semulajadi (inherent jurisdiction) tidak lagi diberi kepada Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan kuasa Mahkamah hanya diberikan melalui Akta yang digubal oleh Parlimen.

Selepas 20 tahun berlalu, tarikh keramat 17 April 2008 merupakan tarikh bersejarah bagi bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas, Datuk George Seah, dan bekas Hakim Mahkamah Agung Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh yang telah menerima bayaran ex gratia sebagai penghargaan kepada hakim-hakim yang terlibat dalam krisis badan kehakiman tahun 1988 walaubagaimanapun tiada sebarang permohonan maaf secara rasmi daripada kerajaan.

Kesimpulannya, kepercayaan kepada Badan Kehakiman sudah semakin pudar dengan kes Fitnah II yang melibatkan Dato’ Seri Anwar. Sekiranya Hakim Zabidin sendiri telah memperakui kewibawaan Saiful sebagai saksi yang boleh dipercayai, pada siapalah lagi yang dapat kita harapkan bagi menegakkan keadilan seperti kata-kata Tun Salleh Abas bahawa hakim itu ibarat singa di bawah takhta. Apa yang menghairankan tragedi Fitnah I dan Fitnah II ini berlaku di zaman pemerintahan Mahathir dan Najib. Tidakkah mereka takut pada kuasa Khaliq? Tidakkah mereka takut pada azab neraka yang amat pedih lagi menggerunkan? Tidakkah mereka sedia maklum bahawa dosa fitnah itu adalah besar dari dosa membunuh. Jawapannya mereka telah mencabar ayat-ayat ALLAH dan tunggulah balasannya di Akhirat kelak.

Walaubagaimanapun, saya dengan rendah hati sebagai Rakyat Malaysia yang benci pada kezaliman dan fitnah mengharapkan Hakim Zabidin akan mencipta sejarah dengan menjadi Hakim yang menegakkan keadilan persis singa di bawah takhta kerajaan pada 9 Januari 2012 (keputusan perbicaraan kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim) kelak. Wahai Hakim Zabidin, takutlah pada ALLAH dan bukan pada pemerintah. Wassalam

Iklan- Tuisyen- Phonic teaching

Assalamu'alaikum...

Saya ingin mewar warkan kepada mana-mana ibu bapa yang berada di sekitar Gombak yang saya ingin mengajar tuisyen untuk anak-anak yang masih belum menguasai teknik bacaan bahasa Inggeris sepenuhnya. Terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah dan/atau kanak-kanak yang belum fasih membaca. Yuran RM30 selama 1 jam. Teknik pengajaran adalah phonic teaching. Saya boleh dihubungi di talian 013-2656596

Dear Parents,

I would like to inform that I want to open personal tuition for English Phonics Teaching near Gombak area only. The tuition fees is RM30 per hour. I may be contacted at 013-2656596

Thank you and have a nice weekend

Friday, December 23, 2011

Anwar's Sodomy Trial - Islamic Perspective

Puas aku menaip waktu rehat di Pejabat tadi...tapi tak tersave dalam pen drive aku hu hu hu.....so nampaknya on Tuesday sajalah aku boleh upload dalam blog aku ni......

Cuma kita menanti keputusan Hakim Zabidin yang akan diberikan pada 9 Januari 2012 nanti...pada aku kebebasan badan kehakiman kita masih belum pulih lagi...selagi mana Najib dan suku sakatnya termasuk penasihat proton tu iaitu Tun Mahathir masih di atas takhta maka kita sebagai rakyat harus mengubah pada Pilihanraya ke 13...Aku setuju dengan kata-kata Anwar walaupun beliau akan dipenjara sekali lagi beliau akan tetap berjuang di balik tembok besi....Keadilan Untuk Anwar...JUSTICE FOR ANWAR.

Wassalam.

Thursday, December 22, 2011

Masters in Comparative Laws

Aku telah apply untuk further studies masters di uiam, walaubagaimanapun, ibuku dan ayahku tidak memberi kebenaran untuk aku melanjutkan pelajaran, khuatir penyakitku akan berulang, lagipun adik-adikku sedang belajar...kesian pula pada amin dan zharif....takpalah sebagai kakak yang sulung aku perlu berkorban untuk keluarga....manalah tahu dengan pengorbanan ini, Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik.

Hari ini aku membuat keputusan sempena tahun baru Maal Hijrah aku akan mendedahkan siapakah diriku yang sebenar.....ala I am just ordinary person, tak ada yang special pon....berani kerana benar...aku bukannya hendak memfitnah sesiapa macam blog-blog upahan UMNO contohnya papagomo teruk sungguh fitnah yang dilemparkan hatta kepada shahrizad orang UMNO sendiri pun kena tempiasnya.

Aku membuat blog ini adalah untuk mengisi masa lapang almaklumlah masih single and available lagi....cakap pasal single inikan....itulah kekadang tu rasa jealous juga pada kengkawan yang sudah berumahtangga, tapi aku redha dengan ujian ini, orang lain punya ujian lagi berat daripada aku, tak ada pun nak mengeluh, aku harus bersyukur kerana masih berpeluang untuk bekerja dengan gaji yang agak mantap, ada keluarga yang memahami, hi hi masak pun malas kata mak aku macam mana nak kahwin gulp

lagipun aku masih on medication, takut takut si bakal suami tak dapat menerima penyakit bipolarku saja.......macam yang berlaku masa aku bertunang dulu, tak pasal-pasal je bila bekas tunang aku dapat tahu maka dia tak mahu teruskan pertunangan.....

ada satu lagi perangai pelik penyakit aku ini, mak ayah aku akan tahu dan dapat kesan penyakit tu datang balik bila aku mula sokong UMNO.....hi hi masa bulan ogos tahun ni, siap daftar PUTERI UMNO lagi tu daftar online, sabar jelah...last aku masuk hospital pada bulan puasa lepas, sebulan jugaklah dalam hospital, jangan tak percaya ada doktor falsafah yang sama penyakit dengan aku masuk sekali, kesian beliau ada suicidal tought dan dah telan 30 biji pil.

Jadi sempena tahun baru ini, azam baru aku adalah mendengar kata ayahanda dan bonda dan menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. amin, doakan ya kawan-kawan


Friday, November 4, 2011

Alhamdulillah my article was published in Harakah

Dear Readers

Please feel free to read my article in Harakah entitled "Kebebasan Badan Kehakiman di Malaysia belum pulih."

Remind me of the termination of Tun Salleh Abas....under Mahathir's leadership....how sad!

Bored to write

Congrats to Zulkifli Noordin....dah dapat Datuk rupanya selepas dok mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat!

Adios

Saturday, October 1, 2011

Unmasking the Unconscious Mind


Assalamu 'alaikum

Whether the Mahathir's action of declaring Malaysia as Islamic state was right that was the hot debate during the course with the trainer. I disagree with her. Mahathir wants to win the Muslim voters heart that is why he declared Malaysia as Islamic state. If he was sincere why he did not want to table it in the Parliament during his period as a Prime Minister. If Malaysia is an Islamic state why Mahathir did not want to implement Hudud and abolish the secular law in Malaysia.

Secondly, why the trainer mentioned that Anwar was sacked because he involved with zionist. What is the proof? Anwar has Islamic character and nobody can deny it. It is a malicious prosecution against Anwar and we hope that Pakatan Rakyat will win in the next election. Amin.

Saturday, September 17, 2011

ISA dimansuhkan, Hudud bila nak dilaksanakan??

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

ISA telah dimansuhkan dan saya harap Hudud dapat dilaksanakan di Malaysia. Ada BRAN!

Yang paling menyedihkan pemimpin-pemimpin UMNO begitu takut dengan Hudud Allah, mereka boleh mengatakan Hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak boleh diimplementasikan dalam masyarakat majmuk sedangkan di zaman Rasulullah SAW Hudud dilaksanakan dalam keadaan masyarakat yang majmuk iaitu terdapatnya kaum yahudi dan Nasrani.

Pedulikanlah kenyataan dari Lim Guan Eng dan Karpal Singh kerana umum sudah mengetahui mereka mana nak terima Hudud kerana mereka bukan Islam, tapi kita yang sesama Islam ni, solat Hari Raya, sembelih korban, pi nak turun Haji, puasa, zakat, tapi bila tiba nak laksana hukum Hudud ALLAH kita boleh nafikan.....nauzubillah tak takut ke musibah yang bakal menimpa, jangan tunggu tsunami seperti di Acheh dan gempa di Jepun melanda Malaysia di atas kelalaian dan kealpaan kita.

Justeru, saya menyeru pemimpin-pemimpin UMNO untuk melaksanakan Hudud di Malaysia kerana kita sudah muak dengan kes jenayah yang semakin membimbangkan kita. Pelaksanaan Hudud dilihat dapatlah mengurangkan dan sekaligus membanteras kadar jenayah.

Tahniah kepada pemimpin PAS kerana konsisten dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah walau karihal kafirun walau karihal musyrikun walau karihal munafiqun......Hudud bukan ciptaan PAS tetapi Hudud telah termaktub dalam Al-Quran dan Hadith

Saya menyeru semua untuk ubah kerajaan yang ada sekarang kerana kerajaan yang ada sekarang sudah melancarkan peperangan terhadap ALLAH. Ubah dan undilah Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke 13 kelak.

Wassalam