Islamic Widget

Friday, September 16, 2011

Penjajahan Batiniah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini sambutan hari penubuhan Malaysia namun hatiku berkata-kata mengapa sambutannya hambar sahaja tiada perarakan kereta kebal ke, pertunjukan bunga api, konsert amal.....yang ada asyik dok membincangkan isu bukit kepong, mat indera yang tak berkesudahan....Malaysia masih tidak selamat daripada ancaman pendatang asing yang membuat jenayah, orang nak hantar orang kahwin kena rompak, orang yang lepak kat kedai mamak kena rompak sampai mamak sekarang berkira-kira nak ambik pengawal keselamatan yang bersenjata macam kedai emas, taraf hidup yang tinggi di bandar, bantuan zakat yang tidak sampai kepada orang yang memerlukan sehingga ada mereka yang memohon bantuan gereja, masalah sosial yang membarah, fitnah yang berleluasa, rakyat dihalang daripada mengadakan perhimpunan aman. Malaysia masih terjajah dari segi batiniah walaupun lahiriahnya kita sudah bebas daripada penjajah asing, KITA MASIH BELUM MERDEKA. Isteri-isteri pemimpin negara yang tidak mahu menutup aurat daripada pandangan lelaki bukan muhrim kecuali isteri Timbalan Perdana Menteri yang begitu ayu memakai tudung. Aku mengatakan perkara yang benar dan meluahkan kekhuatiranku. Hanya Pakatan Rakyat yang mampu untuk mengatasi segala-galanya. Kita melihat betapa zuhudnya seorang Menteri Besar di Kelantan, betapa karismanya Menteri Besar Selangor dan betapa kuat imannya seorang Menteri Besar di Kedah.

Bangkitlah wahai Rakyat! Ubah Negara daripada Penjajahan Barisan Nasional yang tidak mampu mengubah taraf hidup kita walaupun sudah diberi peluang puluhan tahun memerintah negara. Kita menanti kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya kelak. Amin Ya Rabbal 'Alamin

Monday, September 12, 2011

Sayangi Diri Sendiri

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Dear friends,

Hari ini aku ada medical appointment di Hospital Selayang, so dapatlah 1 hari MC. Alhamdulillah aku diketemukan dengan insan istimewa, Kak Nazariah namanya berumur 58 tahun, seorang pensioner UDA Holdings, Mempunyai 4 orang anak. Aku kan peramah, setiap kali appointment, semasa dok boring2 kat kerusi menanti nombor giliran, aku akan mencari kawan untuk berborak. Kak Nazariah, begitu penyayang dan berjiwa halus.....aku diberitahu bahawa beliau seorang pesakit kanser, kanser pangkal rahim, kanser usus dan baru-baru ini disahkan mengidap kanser paru-paru...sudah puas beliau berubat tapi masih belum sembuh, kimoterapi, rawatan perubatan Islam, radioterapi. Kini beliau pasrah pada ketentuan Ilahi dan beliau tidak mahu lagi meneruskan perubatan kimoterapi, beliau hanya akan bertemu kaunselor dan Dr. Psikiatri bagi mengelakkan depression.

Kak Naza memberi nasihat berguna padaku sayangilah diri sendiri sebelum kita menyayangi diri orang lain. Ya tahun lepas aku pernah bertunang, tapi sebaik sahaja tunang mengetahui aku sakit bipolar disorder, beliau menjauhkan diri. Kak Naza berkata itu adalah lebih baik daripada selepas berkahwin dan beliau meninggalkan aku kerana aku sakit. Beliau menceritakan pengalaman rakan-rakan beliau yang lebih teruk daripada aku. Seorang rakan beliau pada hari perkahwinan, pengantin lelaki tidak hadir di hari pernikahan dan seorang lagi rakan beliau bertunang dengan seorang Dr. Lelaki, tetapi apabila Dr. tersebut mengetahui perempuan tersebut disahkan mengidap kanser pangkal rahim, Dr. tersebut memutuskan tali pertunangan.

Jika kita menyayangi orang lain lebih daripada menyayangi diri sendiri, pertama orang itu akan meninggalkan kita atau mengecewakan kita. Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kita. Walau apapun yang menimpa diri kita hatta baik maupun yang buruk semua itu ada hikmahnya dan kita perlu bersangka baik dengan ALLAH, teringat kata-kata kak wani masa kat UIAM dulu.

Selesai kerjaku di Hospital Selayang, aku pi berhari raya di rumah rakanku di Taman Melewar...shidah namanya, inilah rakanku sejak dari umur 4 tahun sehingga kini.

Selepas itu aku pergi berjumpa Ustaz Hafiz, pembantu Ustaz Hanafi (pernah ada masuk TV3 dalam rancangan Halaqah) untuk buat perubatan Islam. Aku dimaklumkan bahawa aku disihir....Ya ALLAH besarnya dugaan ke atas hambaMU ini....Ampunkanlah dosa-dosa HambaMU ini Ya ALLAH. Ustaz meminta aku membawa 7 biji limau nipis, 7 biji limau purut, Kain Hitam 1 Meter, 7 Helai Daun Nangka dan berjumpa dengan beliau semula pada hari Rabu dalam minggu ini juga. Biarlah aku pergi usahakan untuk sembuhkan apapun penyakit yang aku alami ini. Walaupun aku rasa sedih namun aku perlu tabahkan hati ini. Moga ALLAH membantu dan aku yakin Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan ALLAH tahu HambaNya itu mampu memikul ujian itu.

Yang aku paling pelik sekali, kalau aku sakit pasti aku akan menyokong UMNO, ibuku sudah sedia maklum kalau aku dok kutuk-kutuk anwar dan Pakatan Rakyat, pasti something wrong with my mind, kerana ibuku tahu aku ada penyokong kuat Dato Seri Anwar Ibrahim. Namun, setelah menerima rawatan di Hospital, fikiran aku kembali normal dan sudah menyokong Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali.

Moga Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya dan Moga ALLAH membantu Pakatan Rakyat dalam memenangi Pilihanraya Umum Ke 13.....hi hi aku pasti membantu membawa pengundi-pengundi menaiki kereta kelisaku yang comel itu.

Salam 1Ummah

Wassalam

Tuesday, September 6, 2011

Pencarian Jodoh


Aku kini dalam pencarian jodoh walaupun pada dekad ini amatlah sukar untuk mencari lelaki yang menepati ciri-ciri Rasulullah SAW tidak pun adalah seperti ciri-ciri Tok Guru Nik Abdul Aziz :) Pengalaman aku sendiri the moment I started to tell my mental illness, that guy akan menjauhkan diri, apa dia ingat aku ni penyamun, perompak, penyangak antarabangsa ke......namun aku berharap andai ada sesiapa yang terbaca blog ini dan sudi berkenalan dengan aku sudi-sudikanlah, aku sedia membuka pintu hatiku untuk menjadi suri hidupmu cheewah....

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
Sungguhpun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai malu dan sebagai perempuan, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan. فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ “Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48). Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat .

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra : “Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya : Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata : “Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya” (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj). Sesungguhnya Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.

Sekian, Wassalam

Monday, August 29, 2011

Eid Mubarak

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat sahabat-sahabatku, bloggers semua.

Maaf Zahir & Batin

Berhentilah fitnah memfitnah ni. Jagalah amanah rakyat!

Wassalam

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan yang tenang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang paling tenang kerana aku dapat beribadah dengan sebanyak-banyaknya. Menses hanya 7 hari dan pada awal Ramadhan. Walaupun aku dimasukkan ke Hospital Selayang sekali lagi seperti tahun lepas juga tapi aku dapat membantu nurses di Hospital kerana serangan bipolar tidaklah seteruk tahun lepas, mild saja....walaupun aku masih lagi merasa ada orang nak bunuh aku [ Ya ALLAH bantulah HambaMu]. Doktor Salmi, Doktor Jannah, Doktor Sutaha memang amat membantu....adik2 medical students especially Izzat, Ashraf yang tak putus2 dok dengar aku mendendangkan lagu nasyid....hi hi bukanlah nak angkat bakul tapi ramai yang puji suara aku yang sedap.....Alhamdulillah itu anugerah ALLAH. Nak dedicate lagu try not to cry dari Sami Yusuf. Aku dapat cuti 35 hari, ambik ko....lama giler...so malam boleh buat Qiyamullail [hi hi kekadang terbabas jugak]

Malaslah nak campur hal politik Malaysia ni, tak best, baik bicara hal politik dunia (world issues).....Palestinian issue, Somalia issue, Libya issue...Insya ALLAH I will pursue my masters of comparative laws. Today I had registered in IIUM. 'Tolabal 'ilmi minal mahdi ilal lahdi'. Hopefully the garden of knowledge and virtues will help me to stabilize my sickness Insya ALLAH. Hi hi mana tahu ada jumpa jodoh dengan Pak Arab.....tak minat dengan orang Melayu sebenarnya....typical malay...

Need to sleep for a while. Today is the 25th Night of Ramadhan. Who knows tonite is the nite of Al-Qadr.

Salam 1Ummah

Wassalam

Saturday, August 20, 2011

Shopping time

Salam

Hari ini akan shopping bersama-sama adik2 di Lot 10, Zara Boutique...kopaklah aku!

Ok....

Wassalam

Friday, August 19, 2011

Ustaz Mohd Suffian Bin Yaakob

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Mata ini masih belum mengantuk lagi walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi....almaklumlah dah tido waktu petang....jap lagi nak buat tahajjud....[hi hi nak doa mohon Allah ketemukan dengan jodoh yang soleh dan boleh membimbing aku dunia dan akhirat]....betullah nikmat tidur tu hanya diberikan oleh ALLAH sahaja....semasa aku di hospital ingat lagi ada Indian Lady ni (aku panggil dia amma) dah telan 2 biji sleeping tablets tapi masih tak tidor lagi, tapi dia mengadu pada medical assistant untuk tambah pill tapi MA tak bagi sebab nanti overdose.

Tadi dengar ceramah Ustaz Mohd Suffian Bin Yaakob di surauku selepas solat terawih....
Ustaz menunjukkan pengalaman beliau bersama-sama fakir miskin di Larut, Perak...ada slides show lagi...memang begitu dhaif rumah-rumah penduduk di sana..... Ada keluarga yang begitu dhaif sampai minum air hujan kerana tiada bekalan air, rumah atap bocor, atap plastik...Ya ALLAH walaupun mereka miskin di dunia tapi aku yakin orang inilah yang Allah akan masukkan dulu ke Syurga.....cuma kita khuatir kemiskinan itu akan membawa kepada kekufuran....

Justeru, sesiapa yang ingin menderma mohonlah berbuat demikian

Bank Islam 08040010033062 - Dana Pembangunan Pendidikan dan Kebajikan Kawasan Larut

Maybank 558248203951 - Kubu Gajah Care

Bersesuaian dengan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah -267 yang bermaksud

"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu...."

Rakyat di hati, Islam di Sanubari

Salam 1Ummah

Aufa