Islamic Widget

Saturday, September 12, 2009

Muslim dan Isu Kuil di Seksyen 23

Fakta ini saya petik dari zul4kulim.blogspot.com :

Mengikut statistik, dalam negeri Selangor ada 4.3 juta penduduk. Daripada jumlah itu, majoritinya umat Islam sebanyak 2.5 juta dengan masjid hanya sebanyak 259 buah. Sebalik nya masyarakat Budha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong. Kaum Hindu pulak, yang berjumlah 647,000 mempunyai 810 kuil berdaftar (ini tidak termasuk kuil yang haram dan tidak berdaftar!). Dan bagi 50,000 penganut Kristian di Selangor, cuba kira berapa jumlah gereja mereka! Malahan tuhan patung hindu yang terbesar didunia juga dok tersergam berdiri dalam negeri Selangor (ehsan daripada Kerajaan UMNo/ Be End dulu)! Itu pun umat Islam dikatakan masih tidak 'adil, masih tidak bertolak ansur!? Yang paling menyedihkan di zaman pemerintahan mereka dahulu surau dirobohkan.....

Jadi bila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan terpaksa nak bersihkan daki-daki yang dibuat oleh be end, dah kerajaan terdahulu benarkan pembinaan kuil di seksyen 19 dan bila pemerintahan kerajaan baru terpaksa pula menangani masalah kuil ini.

Saya sebenarnya hairan dengan pembinaan rumah ibadat kaum-kaum lain, atas dasar kapasiti apa pembinaan kuil mereka jika hendak dikirakan mereka hanya minoriti di Selangor, berapa kali dalam sehari mereka hadir ke kuil, jika surau pula dibina kerana kita mengimarahkannya setiap 5waktu sehari semalam, ada juga surau yang mempunyai tadika.

Saya teringat satu kisah ada seorang India yang membina kuil di atas tanah seorang Melayu dan apabila Pakcik Melayu Islam ini meminta untuk merobohkan dia memberitahu bahawa dewa hindunya meminta untuk membina kuil di tanah tersebut. Pakcik Melayu Islam ini kembali ke rumahnya dan berfikir untuk mencari akal, keesokkan harinya dia merobohkan kuil itu juga dan India itu mula lah nak naik angin, tapi Pakcik itu dengan tenang mengatakan......Brother (cakap orang putih lagi) sorry lah saya pun ada mimpi juga malam tadi, tuhan saya ada suruh saya robohkan kuil awak dan minta awak bina kat tempat lain.....

Hang belit aku pun belit juga.....


Kekadang saya pelik dengan kelembutan orang Melayu ni......kita tak bagi prosedur yang betul dengan kaum-kaum lain, main pajak je busut di tanah mana-mana tujuannya mula-mula nak bina tempat ibadah selepas itu sikit demi sikit jadi sebesar alam seperti di batu caves.....alahai melayu janganlah layu sangat tengok macam mana selamba badak saja orang India menghina azan yang kononnya menyakitkan telinga mereka (mengada-ngada kerana tak sampai azan tu lima minit) tapi peguam negara relax je takpa takpa kebebasan bersuara.....bila orang Melayu bersatu tak kiralah PAS, UMNO dan PKR semuanya kena tahan sedangkan peguam Negara yang beragama Islam berkuasa hanya untuk memberi amaran sahaja (tak perlu nak tahan mereka kerana mereka berhimpun atas dasar kebebasan bersuara juga)....saya pun kekadang geram juga dengan UMNO ni kalau betullah mereka yang jadi kepala dalam isu pijak kepala lembu (ini bukan kaedah dakwah dalam Islam). Biarlah perhimpunan bantahan itu dilakukan secara aman, mengapa pula nak dibawa kepala lembu

Nak protes buat secara professional failkan injunksi, buat memorandum pada Sultan Selangor.....

Ambil contoh pemerintahan ustaz azizan di Kedah dalam menangani isu ladang babi haram, apa yang haram tetap dirobohkan.

Bila isu kuil sampai MB Selangor turun padang (sampai begitu sekali nak jaga hati), tak boleh nak selesaikan peringkat ADUN kesian Melayu, bila Islam diperlekehkan oleh India, apa kira takpa-takpa.....ni bukan isu pangkah undi dah lagi syeikh...boleh berikan alternatif kawasan lain pada mereka atau mintalah mereka kecilkan sedikit kuilnya dan sepatutnya di negara yang majoritinya Muslim itulah kekuatan kita....lihat di Singapura di mana majoritinya kaum lain, hatta azan pun tak boleh diperdengarkan hanya di dalam Masjid saja. Tapi di Malaysia, terbalik pula, minoriti menguasai majoriti...ingat sheikh ini tanah melayu dahulunya, kita tak ada tanah lain untuk tinggal lagi.

Boleh diberikan cadangan untuk pindahkan kuil tapi biarlah di tempat yg majoritinya india.....kita pun hormati dan kaum-kaum lain juga bila kawasan minoriti Melayu, kita tak kuatkan azan.....

Tapi yang paling takjubnya bila negara yang majoritinya Muslim, kuil sebesar alam dan patung terbesar di dunia boleh pulak dibina.....

Alahai Melayu akhirnya layu lah lagi

Saya berdoa moga isu kuil ini dapat ditangani dengan berhikmah dan pada kaum India harap dapat bertolak ansur kerana di kawasan yang majoriti Melayu, berilah peluang pada orang Melayu untuk bersuara dan pelihara kontrak sosial di antara kaum sejak kemerdekaan lagi.

Wassalam

No comments:

Post a Comment