Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.
Ramadhan Kareem buat semua muslimin dan muslimat.
Isu sebatan Kartika menjadi perdebatan hangat. Yang paling menyedihkan Majlis Fatwa Kebangsaan seolah-olah menyepi seribu bahasa (saya menanti fatwa dari Mufti Perak) ......dan yang teramat mendukacitakan pemimpin-pemimpin yang memberi komentar tentang hukuman yang telah pun dijatuhkan oleh Hakim Syarie Pahang adalah semuanya yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah, seolah-olah tidak malu dengan kaum agama lain dan bangsa lain yang sebenar-benarnya pelik dengan ketakutan luar biasa yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin (yang tidak perlu disebutkan nama).....betullah di akhir zaman bukan orang bukan Islam yang memperlekehkan agama Islam tapi orang Islam sendiri yang tidak yakin dengan hukum ALLAH, tapi bila kita berkata benar jika mempersoalkan hukum ALLAH, neraka jawabnya....tau pula melenting nak masuk syurga.....Syurga ALLAH nak masuk, tapi hukum ALLAH dihina dan dikatakan ketinggalan zaman.......
Jika jahil tentang sesuatu perkara, lebih baiklah kita hanya mendiamkan diri, kerana benarlah biar pakar ekonomi yang membicarakan soal ekonomi, kalau pakar ekonomi tiba-tiba mahu menjadi mufti, pening kepala den, tu yang tiba-tiba keluar kata Islam itu mengutamakan tarbiah......kalau semua nak tarbiah, apa kata kita mansuhkan semua undang-undang jenayah yang ada, buat saja satu undang-undang iaitu undang-undang tarbiah sedunia dan terpakai kepada perogol, perompak, penjenayah sedunia, peragut. Bila ada orang nak merompak rumah kita, jangan panggil polis, kita tarbiah, bagi nasihat manalah tahu perompak itu akan insaf dan jadi pendakwah....silap-silap belum sempat nak bagi nasihat kepala kita hilang kena penggal atau silap-silap kena bom dan campak mayat dekat hutan (macam tahu saja kes apa).
Kepada pemimpin-pemimpin yang belajar ilmu secular sahaja, mohon merujuk buku Shariah : The Islamic Law karangan Professor Abdur Rahman I. Doi (bukan dari Parti PAS, Keadilan, ABIM) tapi seorang Islamic Scholar dari India.....Di Mukasurat 264, semua Mazahib telah bersepakat bersetuju sesiapa yang meminum arak, hukumnya adalah sebatan.....(All the jusrists of the four schools have a consensus that a drunkard must be punished through flogging). Jadi hukum bagi peminum arak adalah sebatan. Yang berdegar-degar nak mempertahankan hak wanita kononnya nanti hukuman sebat akan menganiaya wanita, mengapa tidak mengatakan dengan meminum arak itu telah menjatuhkan martabat wanita Islam kerana arak itu adalah ibu segala kejahatan seperti sabda Rasulullah SAW (An intoxicant is a mother of all vices - Umm Al-Khabaith)
Selepas ini ada pulak satu lagi kumpulan wanita akan mencari sumber-sumber lain dan mengatakan hadith tentang hukum sebatan tidak sahih dan sebagainya.........Mengapa yang takut sangat nak laksanakan hukum sebat untuk peminum arak pun tak diketahui ......
Yang patut kita puji adalah keredhaan dan kerelaan Puan Kartika untuk menjalani hukuman walaupun di bulan Ramadhan bagi menyucikan diri daripada diazab di akhirat yang kita tidak tahu peri dashyatnya.
Sudahlah tiada keseragaman dalam pelaksanaan hukum Syariah di Malaysia, kewibawaan seorang Hakim dalam melaksanakan undang-undang Syariah (walaupun dalam bidang kuasa formula 3 tahun penjara,RM5000-00,6 kali sebatan yang terhad) tidak diambil peduli, ditambah pulak dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dari kiri dan kanan.
Saya ingin mencadangkan pada semua Hakim Syarie, bila tiba kes minum arak, semua bersatu hati mengenakan hukuman sebat dan dilaksanakan terus di dalam Mahkamah Syariah disaksikan oleh orang ramai di dalam Mahkamah dengan mengambil sebatang pensil atau ranting kayu (itulah ukuran rotan yang digunakan dalam Islam, terima kasih Pensyarah UIAM kerana mengajar ku celik undang-undang Syariah), lalu diangkat tidak melebihi ketiak dan disebat sebanyak 6 kali sebatan, boleh dilaksanakan secara langsung oleh Hakim Syarie di dalam Mahkamah selepas dijatuhkan hukuman kerana seperti yang terdapat di dalam undang-undang seorang yang ingin melaksanakan hukum syariah mestilah yang matang, adil dan ihsan. Tiada pula undang-undang mengatakan seorang Hakim tidak boleh laksanakan hukum Syariah di dalam Mahkamah. Jadi tidak akan jadi isu-isu meraban seperti nak dibawa ke Penjara Kajang, nak ditahan terlebih dahulu, nak tunggu tukang sebat berkursus, tukang sebat tak ada......malu kita syeikh .... malu kita pada ALLAH kerana kejahilan kita dalam ilmu Syariah......
Mabruk pada Hakim Syarie Pahang, cuma maaf Yang Arif, mungkin dalam pelaksanaan undang-undang, Yang Arif Tuan terlupa pada ketidakseragaman pelaksanaan undang-undang Islam oleh kesemua Negeri, menyebabkan perkara remeh dalam pelaksanaan sebat telah menjadi polemik yang berpanjangan dan tidak enak didengar. Sedangkan Islam itu indah dan mendidik umatnya.
Bayangkanlah hukuman sebat itu hanya dengan pensil, ranting kayu sahaja, jika nak dibandingkan dengan hukuman jenayah di Penjara Sungai Buloh yang menyiat kulit dan tidak berupaya pun nak mengekang statistik jenayah yang semakin meningkat saban tahun tapi kita tidak nampak kesyumulan Islam itu di zaman Rasulullah SAW, siapa berani nak buat jenayah di zaman baginda kerana hukuman di khalayak ramai dijalankan....
Kita tahu sehingga ada Mujahid seperti Allahyarham Mufti Selangor yang memperjuangkan agama ALLAH dalam isu ratu cantik sehingga mana ada gadis Melayu nak berani masuk pertandingan ratu cantik lagi dan itulah kita harapkan mujahid-mujahid di dalam Mahkamah Syariah mampu mempertahankan Islam dan menjalankan hukuman Syariah walaupun digertak pihak atasan tapi kerana keimanan pada ALLAH dan keimanan pada Al-Quran dan kecintaan pada Rasulullah SAW kita tetap mempertahankan hukum Syariah walau karihal musyrikun, walau karihal munafiqun, walau karihal kafirun
Aufa Umairah
No comments:
Post a Comment