Islamic Widget

Thursday, January 21, 2010


Assalamu 'alaikum wrt. wbt. & Salam 1Ummah

Contoh pemimpin akhir zaman yang mencontohi akhlaq Rasulullah SAW. Wassalam

Monday, January 18, 2010

ALLAH and Christian mission in Indonesia


Assalamu 'alaikum wrt.wbt. & Salam 1Ummah,

In Indonesia, the largest Muslim populated country in the world, there are over 6000 full-time Christian missionaries(Muballighs), not priests, parsons or ministers attached to their respective Churches, but propagators (Crusaders) of their Faith to the non-Christians - harassing "the heathen," as they call them. These Christians missionaries have more private air-strips of their own than the Indonesian Government has. They have mission ships that anchor off the islands, because Indonesia is a country of over 2000 islands, which have no harbour or docking facilities. They invite the native for refreshment and entertainment on board the ship and subtly initiate them into their blasphemy. In their operation code named "over-kill," they are aiming to make Indonesia a Christian Nation by the turn of the century. Of the over 60 000 missionaries raising dust throughout the world, more than half of them occupied in Africa. Africa the only Muslim continent today, is now being assailed by these modern day Crusaders who aim at making it a Christian continent, this again, by the turn of the century.

Reference : http://www.shawuniversitymosque.org/m/index.php?cid=2 -
Sheikh Ahmad Deedat's Article

Remember the word of ALLAH (translation)

...THAT HE MAY MAKE IT (ISLAM) PREVAIL OVER ALL (FALSE) RELIGION, HOWEVER HATEFUL THIS MAY BE TO THOSE WHO ASCRIBE DIVINITY TO OTHER THAN ALLAH Holy Qur'ân 61:9

If Christian followers want to use the word ALLAH, please do not associate with trinity.

Wassalam.

Monday, January 11, 2010

Bravo My Bestfriend


Assalamu 'alaikum wrt. wbt. dan Salam 1Ummah

(Maaf sekiranya ada kesilapan ejaan kerana saya 'berperang' dengan masa dan adik saya sekarang yang takut pokoknya mati dalam farmville : facebook, sabar jelah)

Lewat petang tadi, setelah melewati jam 6.30 petang, saya menghubungi sahabat karib saya semasa di UIAM (sebilik semasa di Mahallah Ameenah) ...Najibah ABu Bakar melalui talian tetap Celcom (Free Promotion ni)berceloteh isu-isu semasa, kes Qazaf DSAI, Isu Kalimah ALLAH yang akan kuulas kemudian....tiba-tiba Najibah atau panggilan mesranya Kak Ji mencelah "Eh Cerpen Kak Ji masuk dalam Utusan Malaysia tahun lepas" "Ya ke Kak Ji!" Bacalah....Faisal Tehrani pun ada bagi komen....Tahniah Kak Ji... (Dalam hati saya, memanglah Kak Ji ni bakal cendekiawan sastera kerana kata-katanya puitis dan semasa di UIAM pun saya tahu memang minatnya dalam sastera....)

Lama juga memendam rasa nak menulis dalam blog ini sebab takut dan takut untuk menulis ...teringat kata-kata the late Tun Mohamed Suffian Hashim : The Federal Constitution guarantees the freedom of speech but not after speech!....

Lama juga bersembang dengan Kak Ji (adalah dalam 10 minit) Kak Ji juga ada menyatakan kerisauan yalah dalam cerpennya menceritakan tentang ambal (baru ku tahu ambal itu permaidani, maafkan patik yang buta sastera) dan tabriz (nama tempat di Iran)dan alkisah Faisal Tehrani yang memuji keberanian penulis menyentuh isu syiah.....

Setahu sayalah di Malaysia, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan fahaman syiah (Sila rujuk: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html) ...entahlah banyak khilaf, khilaf dan khilaf yang kadang-kadang orang sivil seperti saya ini tidak tahu mana satu hujah benar dan hujah yang dangkal. Ana la 'arif

Tapi sepanjang pengajian saya di UIAM, saya pernah mengenali 'sister' (panggilan untuk Mahasiswi Wanita, Untuk Mahasiswa Lelaki, 'Brother') sister berfahaman syiah...tak nampak sebarang masalah dan kami di UIAM boleh hidup harmoni tak kira perbezaan mazhab syiah, wahabi, zakhiri, maliki, hanbali, syafie...tak pernah pulak saya dengar darah orang syiah itu haram.....tapi saya bukanlah pakar dalam isu Mazahib ini...mungkin Ustaz Asri boleh membantu...(hi hi masa kat UIAM pun saya rajin juga dengar ceramah Ustaz Asri terutamanya tentang Israiliyyat dalam Riwayat Sahabat)..simpati juga pada Ustaz Asri kerana ditahan dalam isu tiada tauliah yang tidak patut berlaku di sebuah Negara Islam!

Kerisauan Kak Ji juga ada menyatakan sama ada menulis ini ingin menempa nama...apakah niat atau intention kita sebenarnya untuk menulis ini??? Satu persoalan yang menarik....Khuatir juga dalam diriku terselit rasa bangga...nauzubillah...

Takpa Kak Ji....penulisan itu adalah untuk menyampaikan mesej dakwah....Kak Ji tidak bersendiri....jika cerpen kak ji itu ada masalah, takkanlah panel Utusan Malaysia boleh memilih sebagai cerpen pilihan...Satu Penghargaan tu!...

Selepas Maghrib, terus saya membuka komputer dan menaip nama Najibah Abu Bakar (Wah! nama dah tercatat dalam Google). Mataku tertancap pada Blog Faisal Tehrani Memuji Najibah Abu Bakar....Di sudut hati kecilku...Mabruk Sahabatku....

Hayatilah Karya Nan Indah ini.....

Dikemukakan Cerpen 'Sehampar Ambal Tabriz' pada perkiraanku yang naif sastera ini 'bakal' memenangi Hadiah Sastera Karya Utusan. Insya ALLAH Amin

Sehampar ambal tabriz
Oleh Najibah A. Bakar
I
AMBAL berwarna terang yang disangkut di dinding ruang tamu bercat pic, kutatap tanpa berkedip. Kubetulkan letak kaca mata supaya ruang pandangku lebih jelas.
Beg pakaian yang kusandang, berlapik blaus oren berbunga halus dan selendang warna senada, tiba-tiba terasa berat. Ceria yang menguasai diri sejak melihat mata Su Aida selepas tiga tahun tidak bersua di Lapangan Terbang Bayan Lepas, hilang begitu sahaja.
Entah bagaimana ambal ini menghias manis ruang tamu kediaman Su Aida. Dadaku berdebar-debar menelah, meskipun keyakinanku begitu tebal mengatakan itu ambal buatan tangan gaya Tabriz. Kuteliti warna latar krim yang menonjol dominan, disertai imej turanj di bahagian tengah dan motif bunga-bungaan dan dedaun paut-memaut di bahagian tepi, arabesque yang sering mencairkan jiwa para peminat seni Islam. Gah mempesona kehalusan tangan penenun oriental yang cekal, mengikat simpulan demi simpulan benang raj, adakala sehingga beratus jumlahnya dalam setiap inci persegi. Celupan warnanya sedaya upaya memiliki warna alam - biru tua meminjam warna nila pekat, krim meminjam warna bunga teluki, hijau meminjam warna daun, coklat meminjam warna kayu serta tiga rona merah daripada gelap sehingga terang; warna bunga-bungaan. Pesona mata dan hiburan nurani sekaligus.
Mataku akhirnya beralih separuh enggan meneliti tanda nama pembuat ambal itu. Tersenggeng pada sisi vertikal sebelah kiri dalam kaligrafi Nasta‘liq. Alif. Jim. Aku terkesima. Tidak mungkin dia. Aku cuba menolak sangka yang mungkin sekadar kebetulan. Bukan namanya sahaja dalam dunia ini berpangkalkan A dan J, walaupun hubungannya dengan ambal dan Tabriz mengecilkan kebarangkalian itu.
Ya Tuhan!
Nafas berat mengasak dadaku serta-merta. Kurasakan seolah-olah seluruh wajah yang akhir-akhir ini semakin mencengkung dek kesibukan projek pameran seni bina Islam terhenti alir darahnya. Mungkinkah suatu kebetulan boleh menyusup sedekat ini ke dalam hidup? Misteri apa ambal Tabriz ini muncul di Bayan Lepas di kediaman Su Aida, ibu saudaraku?
Sesusuk bayangan pemuda sederhana gempal meliuk-lentuk dalam jemala ingatan. Alisnya yang tebal melintang tirus atas sepasang mata coklat, hidungnya yang mancung tinggi tipikal lelaki Parsi dan bibirnya yang tipis merah; muncul bagaikan fatamorgana di tengah gurun gersang. Ali. Ali Jamshid. Di mana agaknya pemuda Tabriz penenun ambal yang kuanggap benteng budaya itu sekarang? Batinku benar terganggu oleh ambal 4 x 6 kaki, kini di depan mata. Kakiku yang bersarung celana denim biru tua membeku antara anak-anak tangga, terbius oleh sebuah kebetulan atau entah sebuah jawapan.
“Razwina, mari Su tunjukkan bilik.” Kubungkus semula memori lama kembali ke ruang kenangan, lalu kuhayun langkah menuju suara lunak Su Aida di bilik tetamu yang telah dihiasi ros merah dan baby breath segar. Namun sang bunga tidak dapat menawanku kembali daripada gangguan sebentang ambal Iran di dinding pic Su Aida. “Nampaknya Su sudah jadi peminat kesenian Islam sekarang. Dari siapa ambal istimewa di dinding sana agaknya?" Akhirnya terlantun juga dari kotak suaraku sebuah pertanyaan, tanda mengalah kepada rasa ingin tahu atau mungkin intuisi halus yang membuak-buak.
Bibir bergincu Su Aida tersenyum sambil menuturkan jawapan yang serba membingungkan, menyauh debar lebih dalam ke dasar jantung. “Hmmm . . . kurator kesenian Islam seorang ini pantang melihat hasil seni. Tetapi cerita ambal istimewa itu, lebih pantas kita dengar dari pemiliknya. Di lapangan terbang besok, biar Naili rungkaikan semua.” Warasku beranjak dipagut resah. Su Aida barangkali dapat melihat riak halus di tasik perasaanku. “Cerita kamu? Su lihat kamu sudah banyak berubah. Barangkali sejak menyertai Muzium Kesenian Islam itukah?"
Aku pasti Su Aida mengisyaratkan perwatakanku dan pakaianku yang kini lebih sopan tenang, berbeza denganku dahulu yang riuh, lantang dan tanpa tudung, meskipun bergelar penuntut universiti Islam. Kutenung mata Su Aida sambil menarik selarik senyum penuh makna.
II
Kubikel belajarku di tingkat empat perpustakaan bukan gempa bumi petang itu, tetapi gempa wacana. Kemunculan Ali Jamshid dengan salam bertenaga menamatkan pertapaanku melayan rasa tidak puas hati tentang keputusan pasukan debat. Konon mahu menjernihkan fikir dan rasaku. Bagiku, menikmati seni reka Islam bangunan universiti kami di perlembahan Gombak jauh lebih mengubat hati. Tenang dataran masjid dan gerak-geri para penuntut meraup air wuduk di pili kolah umum, menyuburkan cambah hujah meskipun wajahku membias kecewa.
“Ada pengakuanmu dahulu, bukan? Katamu kau lebih akrab dengan nama-nama Van Gogh, Toulouse-Lautrec, Canaletto dan Gauguin, daripada mesra dengan barisan nama Qutbah, Al-Hayyaj atau adik-beradik Al-Sijzi?”
“Jadi salahku apa? Itu hanya pernyataan tulusku, Ali, dalam perbualan santai bilik persatuan. Maklumlah, aku tidak lahir dalam keluarga penenun ambal dan aku bukan pakar manuskrip!" Hangat hatiku payah sekali dingin. Kedudukanku sebagai pendebat kedua telah diberikan kepada Ali di pertandingan akhir ini, meskipun dalam pusingan terdahulu aku pernah menyandang gelar pendebat terbaik sebanyak dua kali. Itulah tuah Ali yang selama ini diam di kerusi belakang pendebat simpanan.
Alasannya remeh amat; hanya kerana dia pelajar konservasi manuskrip Arab dengan latar belakang keluarga pembuat ambal eksotik Iran. Lalu dimuktamadkan, dia pasti akan lebih menjiwai debat ini. Berbanding aku. Alasannya lagi, aku dari aliran humanistik sejarah, manakala bapaku adalah pemilik butik seni moden aliran Barat, yang cenderung melihat seni Islam itu feminin dan kurang nilai intelektualnya. Betapa prejudis. Kini, baki tiga hari sebelum bertarung hujah dengan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pencadang isu “Kesenian Islam Masih Relevan dan Perlu Diberi Nafas Baru oleh Generasi Muda Islam” berasa kurang ertinya.
“Dengar dulu, Wina. Kamu tidak salah sedikit pun. Bagiku, kedudukanmu umpama anak angsa putih, yang menganggap itik hitam itulah ibumu, semata-mata kerana itik hitam itu yang mula-mula kau pandang sebaik menetas. Tetapi jangan kau lupa, kau sentiasa boleh mencari ibu sejatimu! Sudah tentu, sama ada kau anak itik hitam atau angsa putih, bergantung dalam kelompok mana kau berada.” Aku menanggapi patah-patah kata Ali dengan kekaguman yang kusembunyikan. Sayup-sayup hatiku mengakui pemuda Iran ini, dari bangsa pengagung para penyair, mampu menyihirku dengan tutur bicaranya. Namun sayang sekali, apa gunanya pandangan Ali? Sudah tentu tidak dapat merubah prejudis para jurulatih terhadap latar belakangku.
“Bersedia sahaja, ya Wina. Siapa tahu rencana Allah di sebalik rencana kita?" Begitu pesannya sebelum melangkah meninggalkanku di kubikel. Bibir tipisnya mengorak senyum paling manis sejak empat bulan kami saling melontar idea dan kritikan di medan latihan debat.
Malam sebelum debat itu berlangsung, malam latihan terakhir di bilik persatuan untuk merumuskan keupayaan kami di pentas sebenar, pecah kecoh dalam pasukan kami. Ali tiba-tiba diserang flu keras dan demam. Dia memakai baju panas mendatangi latihan dengan wajah merah oleh suhu tinggi, dan akhirnya rencana Allah menukar peranan kami kembali.
Kuperas jawapan Ali habis-habisan selepas universiti kami menjadi juara debat keesokannya. Ali mengaku tulus, demam jasmaninya itu memang dicarinya sendiri, asal dapat menyisih kemuraman yang merajai wajahku. “Demamku bahang kasih, Wina.” Guraunya penuh makna. Dia menatapku sungguh-sungguh, sampai aku jadi malu.
Sejak saat itu, ambal persahabatanku dan seorang Ali Jamshid bukan lagi dari bebenang kapas biasa, tetapi dari bebenang sutera yang disimpul erat jalinan kasih. Dia menuntunku sebagai anak angsa putih – ya, dia dalam kelompok yang menganggapku angsa putih – menemui ibuku yang sejati.
“Kita wajib meneroka kembali khazanah kesenian Islam selama seribu tahun yang telah dipisahkan daripada kita, Wina.” Begitu dalam perjalanan cita, kami sama-sama belajar menikmati seni menuju amanatnya yang tertinggi, gerbang ke lorong cinta Ilahi. Kami percaya pintu hidayah tidak semata-mata terbuka dengan pedang, tetapi juga dengan seni.
Bukan namanya kasih sejati jika tidak melahirkan pemberani yang sanggup menerima tanggungjawab daripada wali seorang gadis. Begitu Ali yang kukenal, dia memang seorang pahlawan seni, juga pahlawan cinta. Ayah menyambut Ali dingin sekali pada cuti semester tahun akhir itu, sekadar memenuhi syarat memuliakan tamu, namun Ali rela menadah amarah dan merendah diri. Betapa suasana tenang di rumah kemudiannya huru-hara oleh taufan ayah.
“Tidak ada anak gadis ayah akan menikahi Syiah, faham? Dan tidak sekali-kali anak penenun ambal itu.” Kata-kata itu seperti guilotin memotong leherku. Aku hulurkan pada ayah segala rasional yang kutahu. Syiah atau Sunni itu wujud hanya gara-gara percakaran politik dunia Islam. Kedua-duanya masih Muslim. Sunni atau Syiah, darah kedua-duanya masih tidak halal untuk ditumpah. Aku petik fatwa Al-Azhar. Aku petik pandangan Muhammad Mahdi Akef. Aku berjuang untuk Ali dan janji kami. Lalu kutunggu hati panas ayah menyejuk, berdoa dan bersabar dalam sujud, tepu harap.
Hari penuh sejarah itu, selepas lima bulan kami merayu dan memujuk tanpa jemu, ayah menurunkan cap mohor atas kasih kami. Restunya bersyarat. Ali meraup wajah tanda syukur di sofa ruang tamu, memantapkan hatiku sungguh-sungguh bahawa cabaran ayah itu bakal dapat dipenuhinya. “Hanya sehampar ambal, Wina. Aku akan menenun yang paling cantik. Ambal cita kita!"
Begitu akhirnya Ali kembali ke Tabriz, demi melaksanakan syarat ayah. Tunggu aku, rayunya. Namun, sejak itu juga aku tidak pernah menemui Ali. Sehabis daya kuhubunginya. Sistem pesanan ringkas, telefon, mel elektronik dan hubungan masa sebenar dunia maya kekal sepi. Demi menghidupkan bara ingatan padanya di dupa hati, kukejar gelar kurator Muzium Kesenian Islam hingga berhasil. Kucari raut wajahnya antara para pengunjung muzium saban tahun. Kucari raut wajahnya dalam pameran antarabangsa di negara-negara persinggahanku. Kupegang janjinya menenun sehampar ambal lambang cita kami. Bertahun-tahun kutunggu.
III
Mataku tertancap ke arah sesusuk tubuh tinggi lampai yang baharu keluar dari pintu balai ketibaan Lapangan Terbang Bayan Lepas. Itulah susuk tubuh yang kukenal sejak kecil, Naili Sukma. Kucari-cari tampang lelaki Iran sederhana gempal yang kubayangkan akan berjalan tegap di sampingnya, namun mataku menjamah wajah dan badan seorang pemuda yang terlalu berbeza.
Sewaktu Naili dan pemuda itu kian menghampiri aku dan Su Aida dari celah-celah kumpulan manusia dan tumpukan bagasi penumpang lain, hatiku bagai luruh dari dada ke lantai lapangan terbang. Kakiku meliuk seperti ilalang, hanya kekuatan semangat sahaja menyekatku daripada tumbang. Aku tatap sepenuh hati lelaki yang kini tepat berada di hadapanku, berdiri di sisi Naili dengan senyuman. Dia benar-benar lelaki itu, yang kutunggu sepenuh jiwa.
Namun dia bukan lagi Aliku yang dahulu. Ali Jamshid yang menghilang dalam wujud yang sempurna. Bahagian kiri wajahnya telah diparuti kesan luka, dan sebelah rongga matanya telah kosong dari alat indera lihat, hanya ditutupi kulit kelopak mata yang berkeriput oleh parut bekas jahitan. Syukur sekali sebelah mata coklatnya masih berfungsi, dan mata itulah memberi tanda dia mengenaliku - ada manik basah muncul di tubirnya. Bibir tipis Ali pantas menyebut namaku tanpa keliru. Naili dan Su Aida bertukar pandang, kebingungan. Kubiarkan.
Kuamati tubuh Ali yang kurus sekali di sebalik kemeja kuning berlengan panjang. Empangan air mataku musnah sewaktu kusedar tangannya kini tidak lagi sepasang. Sebelah kakinya juga, kelihatan kerdil oleh kecacatan. Mindaku berlari antara garis mimpi dan realiti yang berpilin kusut.
Malam itu di banglo pinggir Bayan Lepas, lima tahun yang hilang antara aku dan Ali menjadi seperti dongeng. “Selepas kudengar ISESCO mengumumkan negaramu sebagai Kota Kebudayaan Islam, cita-citaku yang bertahun-tahun dingin oleh kecelakaan bom di Mashhad hangat semula. Kufikir jalan pembebasan diri dari menyesali takdirku biarlah dengan memburu sarjana sejarah dan peradaban Islam di Exeter. Di sanalah kujual ambal itu kepada Naili, sebelum kami bersahabat dan aku bertandang ke mari. Bukan tidak mengenangmu dan janjiku, tapi aku bukan lagi Ali yang dulu.”
Pandangan kami yang bersatu beralih menatap ambal yang digantung manis di ruang tamu. Sehampar ambal tenunan cita, yang sempat disudahi Ali sebelum melawat saudaranya di Mashhad. Tiada lagi hutang janji antara kami, hanya keinginan melangkah seiringan ke gapura cita.
“Jangan biar apapun merobohkan bentengmu lagi, Ali!”
(Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.ht)

Inilah penulisan pertamaku pembuka tirai tahun Maal hijrah 1431H dan masihi 2010....

Nampaknya aku harus memberi laluan pada adikku....untuk ber'facebook'

Salam 1Ummah

Jazakallahu Khairan Kathira

P/s Teringat kata-kata Prof Aziz Bari : Academic Freedom!

Sunday, October 11, 2009

Menyangkal hujah-hujah Sisters in Islam dalam Isu Kes Sebatan Kartika

SISTERS IN ISLAM BERKATA :
Hakikat bahawa Kartika sendiri nampaknya ingin hukuman sebat tersebut dijalankan ke atasnya tidak sepatutnya menghalang pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu dengan adil dan penuh belas kasihan dalam semua konteks kes tersebut. Sebagai pembela hak asasi manusia, kami berkomited untuk mendapatkan perlakuan yang melindungi hak asasi beliau serta juga mereka yang lain dalam keadaan yang serupa, serta untuk memastikan bahawa tidak terdapat kemerosotan standard hak asasi manusia di Malaysia.

JAWAPAN AUFA
Kartika sedar dan insaf dengan perbuatannya dan mahu bertaubat. Beliau tahu bahawa hukuman sebatan walaupun sebenarnya pelaksanaan di zaman Rasulullah SAW adalah 40 kali sebatan tetapi di zaman sekarang hanya 6 sebatan dikenakan dan beliau tidak mahu disoal di Padang Mahsyar kelak. SIS, kalian tidak takut dengan azab seksa kubur dan hanya mengagungkan agama baru iaitu hak asasi manusia. Kembalilah pada ajaran AL-Quran dan As-Sunnah. Di dalam Al-Quran telah tercatat bahawa ARAK ADALAH IBU SEGALA KEJAHATAN dan telah dinyatakan secara jelas di dalam hadith bahawa sesiapa yang meminum arak maka hukumannya adalah sebatan.

SISTERS IN ISLAM BERKATA:
Keputusan yang dibuat oleh Kartika boleh dibandingkan dengan keputusan yang dibuat oleh balu beragama Hindu pada masa lampau. Amalan ‘sati’ (kini terlarang di India) di mana balu yang masih hidup dibakar bersama-sama mayat suaminya. Terdapat percanggahan pendapat tentang jika seseorang balu memilih untuk mengorbankan dirinya, mereka yang lain tidak boleh campur tangan. Jelasnya, ini bukanlah satu amalan yang tidak boleh dibiarkan berdasarkan prinsip pilihan bebas.


JAWAPAN AUFA

Berhati-hati dengan apa yang dituturkan kerana khuatir akan boleh tergelincir dari akidah dan membawa kepada murtad. Nauzubillah. Menyamakan analogi sati dengan hukuman sebatan adalah terlalu tidak masuk akal. Sati juga adalah bertentangan dengan Islam. Islam telah meletakkan garis panduan larangan meminum arak telah dinyatakan jelas di dalam Quran, jika melanggar maka hadith pula berkata Hukuman adalah sebatan. Sebatan yang dikenakan pula hanya menggunakan ranting kayu yang kecil dan tidak menyakitkan. Mengapa SIS tidak berjuang dan mengatakan sebatan di dalam hukuman jenayah di bawah kanun acara jenayah lebih menyeksakan dan boleh mengakibatkan kecederaaan serius dan maut?? Hukuman Sebatan dalam Islam kekal sehingga hari kiamat dan bukan boleh diubah-ubah mengikut peredaran zaman macam menukar fesyen pakaian. Bertaubatlah kalian dan ingatlah kita di dunia ini tidak lama, jika bercakap mengikut kehendak nafsu maka tunggulah seksaan pedih di akhirat kerana menafikan Hadith sebagai sumber kedua dalam Perundangan Islam (Islamic Jurisprudence)


SISTERS IN ISLAM BERKATA:
Isu penting di sini adalah kemerosotan standard hak asasi yang digunakan di negeri Pahang. Jika hukuman sebat dilakukan ke atas seorang wanita di bawah undang-undang Syariah, ia akan mewujudkan satu preseden yang buruk di Malaysia – terutama sekali apabila kaum wanita telah dinyatakan dengan jelas - tidak boleh disebat di bawah S289 Kanun Acara Jenayah.
Jika Kartika dikenakan hukuman sebat, persepsi terhadap Malaysia sebagai sebuah negera Islam yang sederhana akan tergugat selama-lamanya.
Kami menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengkaji semula hukuman sebat sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap hukuman sebat dan bentuk hukuman dera yang lain sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan perlakuan yang menjatuhkan maruah.
Dalam kes Kartika, kami berasa amat khuatir kerana prinsip am penjatuhan hukuman tidak digunakan: beliau adalah seorang pesalah kali pertama, beliau berasa sesal dan telah mengaku bersalah, dan tidak terdapat keganasan dalam perbuatan melakukan kesalahan tersebut. Hukuman beliau tidak setimpal sama sekali dengan kesalahan yang dilakukan.
Kami turut menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengadakan kajian semula yang komprehensif ke atas undang-undang kesalahan jenayah Syariah, dengan tujuan memansuhkan undang-undang sedemikian. Pada tahun 1997 dan 2005, SIS telah menyerahkan memorandum kepada pihak Kerajaan tentang kesalahan jenayah syariah, membangkitkan pelbagai isu yang membimbangkan termasuklah peruntukan-peruntukan di dalam undang-undang tersebut yang tidak berasaskan teori dan amalan undang-undang Islam, bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, serta juga bercanggah atau bertindan dengan Kanun Keseksaan dan undang-undang persekutuan yang lain.
Akhir sekali, kami ingin mengingatkan pihak berkuasa yang berkaitan bahawa keadilan hendaklah dilembutkan dengan rasa belas ihsan; dan bukan hanya keadilan dilakukan dengan saksama tetapi ianya hendaklah benar-benar dilakukan secara adil agar masyarakat Malaysia berasa yakin dengan proses di mahkamah Syariah.


JAWAPAN AUFA
Di negara-negara arab yang melaksanakan hudud telah terbukti hukuman ini mampu mengekang jenayah, maafkan saya mungkin SIS menolak rukun Islam iaitu menunaikan haji (pada firasat sayalah) jika SIS pernah menunaikan haji tentu dapat melihat bagaimana gerai-gerai dan kedai-kedai jualan ditinggalkan tanpa perlu dikunci atau dirantai atau memasang penggera, pengawal keselamatan....sedangkan di Malaysia, kedai emas yang mempunyai penggera, pengawal keselamatan lengkap bersenjata pun belum tentu lagi dapat menjamin keselamatan daripada dirompak.....hatta saya menunggu juga berita di kalangan SIS yang diragut beg atau disamun, maka ketika itulah baru kalian akan berkata, kalau perompak ini dipotong tangan maka akan kuranglah kecurian di Malaysia ini. Tapi tidak begitu, tahun demi tahun statistik jenayah makin menakutkan kita......kalian menolak hukum ALLAH, hukuman curi jelas dinyatakan di dalam Al-Quran iaitu dipotong tangan......tapi mengapa kalian cuba menafikan lagi dan menegakkan kanun keseksaan....kalian sedang melancarkan perang terhadap ALLAH! Sekiranya melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agong hukumannya adalah ke tali gantung, maka begitu jugalah apabila melancarkan perang terhadap AYAT-AYAT ALLAH (Pencipta sekalian Manusia) maka hukumannya adalah pancung sehingga mati....ya benar di dunia tiada hukuman ini..tunggulah saja saat kematianmu, masa itu bawalah Perlembagaan Persekutuan, Kanun Keseksaan, Undang-Undang Hak Asasi Manusia sebagai Peguambela untuk membela kalian daripada soal jawab di dalam kubur...
Saya bercakap kerana benar kerana sayangkan kalian yang seakidah, saya sedih kerana kalian menyamakan hukuman hudud dengan sati oleh kaum hindu. Saya terkilan kerana sepatutnya golongan profesional muslimah ini menjadi barisan hadapan mempertahankan Islam dan Hukuman Jenayah Syariah daripada diperlekehkan oleh bangsa dan kaum yang beragama lain, tapi kalian bersekongkongkol dengan menggunakan nama Islam dan menghina hukuman jenayah syariah yang diperintahkah oleh ALLAH dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW kekasih ALLAH, pesuruh ALLAH, Nabi Kita Astaghfirullah

Sehingga ke hari ini hukuman sebatan ke atas Kartika masih belum dilaksanakan....

Ucapan terakhirku yang ikhlas buat saudara seIslam semua Bertaubatlah sebelum kematian datang menjemputmu.


Wassalam.

Saturday, September 12, 2009

Muslim dan Isu Kuil di Seksyen 23

Fakta ini saya petik dari zul4kulim.blogspot.com :

Mengikut statistik, dalam negeri Selangor ada 4.3 juta penduduk. Daripada jumlah itu, majoritinya umat Islam sebanyak 2.5 juta dengan masjid hanya sebanyak 259 buah. Sebalik nya masyarakat Budha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong. Kaum Hindu pulak, yang berjumlah 647,000 mempunyai 810 kuil berdaftar (ini tidak termasuk kuil yang haram dan tidak berdaftar!). Dan bagi 50,000 penganut Kristian di Selangor, cuba kira berapa jumlah gereja mereka! Malahan tuhan patung hindu yang terbesar didunia juga dok tersergam berdiri dalam negeri Selangor (ehsan daripada Kerajaan UMNo/ Be End dulu)! Itu pun umat Islam dikatakan masih tidak 'adil, masih tidak bertolak ansur!? Yang paling menyedihkan di zaman pemerintahan mereka dahulu surau dirobohkan.....

Jadi bila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan terpaksa nak bersihkan daki-daki yang dibuat oleh be end, dah kerajaan terdahulu benarkan pembinaan kuil di seksyen 19 dan bila pemerintahan kerajaan baru terpaksa pula menangani masalah kuil ini.

Saya sebenarnya hairan dengan pembinaan rumah ibadat kaum-kaum lain, atas dasar kapasiti apa pembinaan kuil mereka jika hendak dikirakan mereka hanya minoriti di Selangor, berapa kali dalam sehari mereka hadir ke kuil, jika surau pula dibina kerana kita mengimarahkannya setiap 5waktu sehari semalam, ada juga surau yang mempunyai tadika.

Saya teringat satu kisah ada seorang India yang membina kuil di atas tanah seorang Melayu dan apabila Pakcik Melayu Islam ini meminta untuk merobohkan dia memberitahu bahawa dewa hindunya meminta untuk membina kuil di tanah tersebut. Pakcik Melayu Islam ini kembali ke rumahnya dan berfikir untuk mencari akal, keesokkan harinya dia merobohkan kuil itu juga dan India itu mula lah nak naik angin, tapi Pakcik itu dengan tenang mengatakan......Brother (cakap orang putih lagi) sorry lah saya pun ada mimpi juga malam tadi, tuhan saya ada suruh saya robohkan kuil awak dan minta awak bina kat tempat lain.....

Hang belit aku pun belit juga.....


Kekadang saya pelik dengan kelembutan orang Melayu ni......kita tak bagi prosedur yang betul dengan kaum-kaum lain, main pajak je busut di tanah mana-mana tujuannya mula-mula nak bina tempat ibadah selepas itu sikit demi sikit jadi sebesar alam seperti di batu caves.....alahai melayu janganlah layu sangat tengok macam mana selamba badak saja orang India menghina azan yang kononnya menyakitkan telinga mereka (mengada-ngada kerana tak sampai azan tu lima minit) tapi peguam negara relax je takpa takpa kebebasan bersuara.....bila orang Melayu bersatu tak kiralah PAS, UMNO dan PKR semuanya kena tahan sedangkan peguam Negara yang beragama Islam berkuasa hanya untuk memberi amaran sahaja (tak perlu nak tahan mereka kerana mereka berhimpun atas dasar kebebasan bersuara juga)....saya pun kekadang geram juga dengan UMNO ni kalau betullah mereka yang jadi kepala dalam isu pijak kepala lembu (ini bukan kaedah dakwah dalam Islam). Biarlah perhimpunan bantahan itu dilakukan secara aman, mengapa pula nak dibawa kepala lembu

Nak protes buat secara professional failkan injunksi, buat memorandum pada Sultan Selangor.....

Ambil contoh pemerintahan ustaz azizan di Kedah dalam menangani isu ladang babi haram, apa yang haram tetap dirobohkan.

Bila isu kuil sampai MB Selangor turun padang (sampai begitu sekali nak jaga hati), tak boleh nak selesaikan peringkat ADUN kesian Melayu, bila Islam diperlekehkan oleh India, apa kira takpa-takpa.....ni bukan isu pangkah undi dah lagi syeikh...boleh berikan alternatif kawasan lain pada mereka atau mintalah mereka kecilkan sedikit kuilnya dan sepatutnya di negara yang majoritinya Muslim itulah kekuatan kita....lihat di Singapura di mana majoritinya kaum lain, hatta azan pun tak boleh diperdengarkan hanya di dalam Masjid saja. Tapi di Malaysia, terbalik pula, minoriti menguasai majoriti...ingat sheikh ini tanah melayu dahulunya, kita tak ada tanah lain untuk tinggal lagi.

Boleh diberikan cadangan untuk pindahkan kuil tapi biarlah di tempat yg majoritinya india.....kita pun hormati dan kaum-kaum lain juga bila kawasan minoriti Melayu, kita tak kuatkan azan.....

Tapi yang paling takjubnya bila negara yang majoritinya Muslim, kuil sebesar alam dan patung terbesar di dunia boleh pulak dibina.....

Alahai Melayu akhirnya layu lah lagi

Saya berdoa moga isu kuil ini dapat ditangani dengan berhikmah dan pada kaum India harap dapat bertolak ansur kerana di kawasan yang majoriti Melayu, berilah peluang pada orang Melayu untuk bersuara dan pelihara kontrak sosial di antara kaum sejak kemerdekaan lagi.

Wassalam

Al-Qadar - The Night of Power


During the last ten days of Ramadan, Muslims seek and observe the Night of Power (Leyla al-Qadr). The Qur'an describes this night in a chapter named for it:
Surah (Chapter) 97

Al-Qadr (The Night of Power)

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

We have indeed revealed this message in the Night of Power.
And what will explain what the Night of Power is?
The Night of Power is better than a thousand months.
Therein come down the angels and the spirit, by Allah's permission, on every errand.
Peace! Until the rising of the morn!

Tradition holds that the Night of Power is the night that the first revelation of the Qur'an was sent down to the Prophet Muhammad. Muslims are instructed to "seek" the Night of Power during the last ten days of Ramadan, particularly on the odd nights (ie. the 23rd, 25th and 27th). It is reported that the Prophet said: "Whoever stays up (in prayer and remembrance of Allah) on the Night of Qadr, fully believing (in Allah's promise of reward) and hoping to seek reward, he shall be forgiven for his past sins." (Bukhari & Muslim)

Muslims worldwide spend the last ten nights of Ramadan in solid devotion, retreating to the mosque to read Qur'an (i'tikaf), reciting special supplications (du'a), and reflecting on the meaning of Allah's message to us. It is believed to be a time of intense spirituality, when the believers are surrounded by angels, the gates of heaven are open, and God's blessings and mercy are abundant.

The whole month of Ramadan is a time of renewal and reflection. As the month winds to a close, we pray that the spirit of Ramadan, and the lessons learned during it, last for all of us throughout the year.

Source :http://islam.about.com/od/ramadan/a/leyla_qadr.htm

Islamic Widget