Islamic Widget

Monday, November 12, 2012

Salam Persaudaraan

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Alhamdulillah syukur pada Allah, semalam aku ke Hospital Selayang, ada temujanji, Doktor mengurangkan dos ubat....jadi ubat resperidone jadi 1 setengah biji pagi dan 2 biji malam, sebelum ni 2 pagi 2 malam....
tapi ubat epilim masih belum boleh dikurangkan lagi....

Pada 10/11/2012 pula Majlis Merisik aku diadakan....Alhamdulillah berjalan lancar, sempoi sangat takdak pun hantaran apa-apa...cuma sarung cincin je...yang penting syariat dipatuhi Amin....

Alhamdulillah makbul doaku untuk dinikahkan pada bulan 12, Insya Allah tarikhnya 8/12/2012 terima kasih ustaz zaidul KUIS kerana ajarkan doa ..segalanya Ketentuan Ilahi...saya pun turut sama doakan agar Ustaz akan dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah pada bulan 12 nanti Amin.....

Aku dah bakal suamiku macam sahabat....kami tidak pernah keluar makan berdua...tapi berjumpa pun dalam 5-10 minit atas urusan pernikahan....borang nikah semuanya dah ready tunggu untuk disubmit pada Ustaz Shabudin sahaja.....

Pada sahabat-sahabat yang belum lagi bertemu jodoh jangan putus asa untuk berdoa...doa mesti spesifik dan nyatakan tarikh bila kita nak langsungkan pernikahan tu.....tarikh masa dan tempat perlu dinyatakan....ini teknik berdoa yang betul dan Insya Allah mujarab sebab memanglah Allah Maha Mengetahui tapi kalau kita tak nyatakan secara spesifik doa kita tu kuranglah umphnya kan.....

Tibalah masa untuk persiapan pada hari pernikahan, oleh kerana che ni kaki bangku bab menghias hantaran so minta tolong kawan ofis yun buatkan....dia memang pak andam yang kreatif dan inovatif....hantaran 5 balas 7 takdak sirih junjung pun hu hu ayah che tak mau semua tu adat semata-mata kan.....alahai sirih tu nanti ke tong sampah akhirnya kan membazir tu....membazir tu kan saudara syaitan.....

Buat azura sekiranya membaca blog ni, sudilah contact aufa ya...sebab aufa rindu dan harap sangat azura hadir majlis nikah nanti....harapan juga azura sudah bertemu jejaka pilihan hati...lupakanlah kenangan silam yang menghantui diri.....

Buat Shidah, Kak Najibah, Maryam, Kak Nik, Puan Aryati, Puan Nora, Afla, Rozana, Kak Jahwahir, Kak Sal, Nor, Nurul, mama, semoga kalian dapat menghadiri majlis resepsi pada bulan hadapan Insya Allah.....

Sampai di sini sahaja, nak menjahit butang baju sekejap...Insya Allah akan update lagi....

Saudara Mior, che dah update ya.....jumpa bulan 12 tau....Insya Allah....baju Melayu dah siap ke belum? sampin dah beli ke belum....songkok dah ready dah kan hi hi hi

Jazakallahu Khairan Kathira....tak sangka blog ini mempertemukan kita.....Moga Allah memberkati ukhuwah ini.....

Wassalam....




Friday, October 5, 2012

Cinta Adam dan Hawa

Demi cinta dalam hatiku ku yakin engkau untukku Insya Allah
Solat Istikharah, Solat Hajat, Doa, Baca Al-Quran.....

Ya Allah Ya Tuhanku Aku Berdoa Pada 30/12/2012 aku telah diijabkabulkan dengan seorang pemuda yang soleh, diterima keluarga dan dapat membimbingku dan anak-anakku kepada Mu ya Allah.....

Ya Allah kau kabulkanlah permintaanku Amin......

Monday, August 27, 2012

Kelas Tafsir di KUIS

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Lama aku tidak mencoretkan cerita dalam Blog aku ni, segan pulak ada seseorang dah kenal aku dan bertanya lama tak update blog, thanx Saudara Mior sebab ingatkan....

Ada yang bertanya tentang Kelas Tafsir yang aku ikuti, Ya Kelas Tafsir ini terbuka kepada Public, Bayaran RM500.00 Untuk pertanyaan Lanjut boleh contact Encik Sallehuddin 012-6210859.

Memang sungguh bermakna Kelas Tafsir ini, aku belajar banyak perkara tentang Teknik Berdoa Yang Betul, Malam Lailatul Qadr, Penurunan Ayat Al-Quran, Wahyu kepada Rasulullah SAW....

Soalan saya Bila Sebenarnya turunnya Al-Quran? Mengapa kita sambut 17 Ramadhan hari Nuzul Quran tapi adanya malam Lailatul Qadr iaitu 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan....??? Soalan Uji Minda IKIM.fm

Sebenarnya pada 17 Ramadhan itu adalah turunya Wahyu Pertama iaitu Surah 1-5 Surah Al-Alaq dan Penurunan seluruh isi Al Quran adalah daripada Lauh Mahfudz ke Langit Dunia pada Malam Lailatul Qadr yang hanya Allah dan Rasul mengetahuinya dan kita perlu mencarinya kemudian Al Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun sehinggalah Baginda SAW wafat.....

Sukan Olimpik baru berakhir, Ustaz Zaidul Amin banyak memberikan info bahawa banyaknya perlambangan Illuminati, Freemason, Yahudi dalam Sukan tersebut dan masih lagi ada Negara Muslim nak menyertai termasuklah Malaysia, Mengapa diadakan pada Bulan Ramadhan? Maka adalah pula fatwa bahawa diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa kepada atlit Muslim semata2 kerana nak berjuang....
Inilah kelemahan kita mudah tunduk pada Yahudi...sepatutnya kita boikot Sukan tersebut. Balasan Allah takdak seorang pun atlit Muslim Malaysia yang berjaya dalam sukan tersebut....kenapa sepatutnya kita menghormati bulan Ramadhan dengan beribadah bukannya menyertai Sukan Olimpik....

Banyak lagi info lanjut nak diberikan....Best sangat kelas tersebut...masih berbaki lagi 2 kelas iaitu pada 8/9/2012 iaitu Ustaz akan buat medical check up pada bacaan Al-Fatihah setiap studentnya hi hi macam manalah bacaan aku ni, dah 33 tahun hidup, masih tak betul lagi bacaannya....

Hari ini aku ambik half day pagi sebab nak pi ambik order emas, Alhamdulillah adalah seorang client ni order 10 gram...anda semua nak tahu harga emas 999 10 gram masa saya beli RM1710.00 sekarang ni dah naik jadi RM1829.00...rugi siapa tak beli....

Ok, I have to go now...

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin....

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan Al Mubarak

Assalamu'alaikum......

Hari ini sudah masuk hari ke 7 umat Islam di Malaysia berpuasa....Alhamdulillah so far segalanya berjalan lancar....Hari ini ada hari Puspanita, so aku buka gerai jualan kat opis...berniaga air anugerah (air 30 Juzuk dan minyak sejuta rahsia Anugerah...Siapa berminat boleh contact Marianti 013-2656596...

So perlu keluar sekarang....

Selamat Berpuasa.

Tingkatkan Amalan di Bulan Yang Mulia ini.....Moga kita akan beroleh taqwa seperti yang dinyatakan Allah dalam ayat di surah Al-Baqarah.

Wassalam

Friday, July 6, 2012

Semangat Cintakan Islam dan Kebangkitan Ummah


Assalamu'alaikum

Sewaktu aku memandu untuk ke opis, biasalah mendengar siaran radio kegemaranku radio ikim.fm. Ada motivasi pagi jam 7.30a.m. oleh ustaz ibid liew Abdullah…..beliau menceritakan tentang sahabat nabi Abdullah ibn Huzafah yang didera oleh Raja Rome ……Raja Rome mengarahkan Abdullah meninggalkan Islam yakni murtad dan akan menyerahkan separuh kerajaan rome…tapi dengan selamba land je Abdullah ibn Huzafah menjawab kalau diberikan seluruh kerajaan Rome pun dia takkan meninggalkan Islam….Kemudian Abdullah dipenjarakan bersama tentera-tentera Islam yang lain dan diberikan makan babi dan arak, tapi sedikit pun tidak dijamah oleh Abdullah …Ya Allah begitu kentalnya kekuatan iman pewaris nabi ini….Kemudian Raja Rome mengarahkan Abdullah dan kawan-kawannya dimasukkan dalam air yang mendidih….barulah Abdullah menangis. Raja Rome ingat dia terer dah dapat mengalahkah Abdullah ibn Huzaifah lalu beliau bertanya Abdullah ibn Huzaifah mengapa beliau menangis? Abdullah ibn Huzafah dengan tegas menyatakan beliau tidak takut untuk mati tetapi beliau rasa kalaulah boleh setiap bulu roma yang ada pada tubuh badan beliau dikorbankan untuk Islam beliau akan korbankan….terus terkejut Raja Rome….lalu Raja Rome meminta untuk mencium dahi Abdullah ibn Huzafah lalu dibebaskan beliau dan tentera Islam yang lain. Lihatlah betapa hebatnya iman sahabat-sahabat Nabi dahulu......

Ni nak teman mak aku pi cosway...jap

Nak bercerita tentang kebangkitan Islam di Mesir...Takbir....Moga Kemenangan Ikhwan di Mesir akan memberi inspirasi kepada pakatan Rakyat di Malaysia.Amin

Thursday, June 7, 2012

Ramadhan yang makin menghampiri

Assalamu'alaikum.......

Ramadan sudah makin hampir...agak merisaukan kerana 2 tahun berturut2 sebelum ini aku masuk hospital. Ya Allah moga Ramadhan kali ini aku dapat berterawih di surau, janganlah aku berterawih di wad 2C hu hu......aku dah mula ingat semua orang di sekeliling aku ni Yahudi nauzubillah...tapi aku dalam keadaan sedar....yang kelakarnya bila dengar cerita umi hafilda kata wajah Mahathir ada Nur...macam manalah orang yang menghina hukum hudud Allah boleh ada Nur...tak faham aku dengan orang2 UMNO ni.....dengar-dengarnya pilihanraya akan diadakan pada musim haji....gila abang Jib...memang nak kena kutuk dek rakyatlah....harapnya semua calon Keadilan dan calon Pas tidak menunaikan Hajilah tahun ni.....

Aku ada masukkan dalam blogku sebelum ini yang aku nak jadi agen hana gold...tapi tak jadilah sebab spread yang diambil 20% rugi rugi....sedangkan public gold cuma ambik 6%....

Aku ada beli buku Pelaburan Emas Karya Saat Sukami....very informative...menurut Gold Demand Trends Full Year 2010 menunjukkan pada tahun 2010, permintaan emas adalah sebanyak 3812 tan berbanding penawaran emas sebanyak 2543 tan sahaja dari lombong. Ini bermakna terdapat perbezaan ataupun lebihan permintaan sebanyak 1269 tan ataupun kira-kira 50%...justeru memandangkan harga emas sedang rendah sekarang ini, inilah masa untuk membeli emas...emas 916-1 Dinar bersamaan 4.25 gram=RM725 emas 999 =RM178.5....

Sepatutnya aku telah ditawarkan untuk mengikuti kursus advance ...tapi tak jadi sebab menurut consultant (mak angkat aku) tak payahlah pergi kursus macam ni ada perkara-perkara yang  boleh mengganggu akidah....ada sylllabus hypnosis yang sebenarnya bertentangan dengan Islam......daripada menghabiskan duit aku RM750.00 baikler pi belajar ngaji kan atau beli emas lagi kuang kuang

Aku juga sedang mengikuti kelas tafsir di KUIS untuk memantapkan lagi ilmu agama dan untuk tidak membuang masa asyik dengan tidoq tidoq saja.....

Ni baru lepas balik dari Kedah......rumah nenek aku dekat dengan stadium darul aman, Jumaat lepas, PAS buat perhimpunan hijau Putrajaya, memang ramai orang, berduyun-duyun sampai parking depan rumah nenek aku pun ada, aku rasa capai 100,000 orang dan lebih tu...cayalah moga dapat tawan Putrajaya Amin

Oklah tibalah masa untuk bersiram lagipun dah masuk maghrib ni...nanti kita bersembang lagi k.

Takbir!

Wassalam


Monday, May 28, 2012

Pelaburan Emas

Assalamu'alaikum.....

Aku tak dapat tidur malam ni...entah  kenapa...nak kat dapat jadi calon PRU 13 tak juga.....tapi asyik teringatkan bisness yang bakal aku ceburi...Insya Allah aku akan menjadi agent hana gold dan public gold.....tengah hari tadi aku pi pajak kan (dekat Ar Rahnu Express-anak syarikat Habib Jewel) emas yang aku ada, dapat lah dalam RM7680.00...untung tu....so aku decide esok tengahari aku nak pi hanagold dekat medan mara tu...aku nak jadi dealer dia....kata staff hanagold tu...untuk jadi dealer perlukan RM2,000.00 fees (dapat discount RM1,000.00) dan beli emas 20gm

Dalam pada waktu yang sama aku buat personal financing RM20k....untuk jadi agent public gold pulak...

So sesiapa yang berminat untuk membeli emas dan berkongsi maklumat tentang emas...bolehlah menghubungi aku.......013-2656596.......cuma emas ni kena berurusniaga dalam masa 3 hari ikut syariah...

Wassalam.....