Assalamu'alaikum
Sewaktu aku memandu untuk ke opis, biasalah mendengar siaran
radio kegemaranku radio ikim.fm. Ada motivasi pagi jam 7.30a.m. oleh ustaz ibid
liew Abdullah…..beliau menceritakan tentang sahabat nabi Abdullah ibn Huzafah
yang didera oleh Raja Rome ……Raja Rome mengarahkan Abdullah meninggalkan Islam
yakni murtad dan akan menyerahkan separuh kerajaan rome…tapi dengan selamba
land je Abdullah ibn Huzafah menjawab kalau diberikan seluruh kerajaan Rome pun
dia takkan meninggalkan Islam….Kemudian Abdullah dipenjarakan bersama
tentera-tentera Islam yang lain dan diberikan makan babi dan arak, tapi sedikit
pun tidak dijamah oleh Abdullah …Ya Allah begitu kentalnya kekuatan iman
pewaris nabi ini….Kemudian Raja Rome mengarahkan Abdullah dan kawan-kawannya
dimasukkan dalam air yang mendidih….barulah Abdullah menangis. Raja Rome ingat
dia terer dah dapat mengalahkah Abdullah ibn Huzaifah lalu beliau bertanya
Abdullah ibn Huzaifah mengapa beliau menangis? Abdullah ibn Huzafah dengan
tegas menyatakan beliau tidak takut untuk mati tetapi beliau rasa kalaulah
boleh setiap bulu roma yang ada pada tubuh badan beliau dikorbankan untuk Islam
beliau akan korbankan….terus terkejut Raja Rome….lalu Raja Rome meminta untuk
mencium dahi Abdullah ibn Huzafah lalu dibebaskan beliau dan tentera Islam yang
lain. Lihatlah betapa hebatnya iman sahabat-sahabat Nabi dahulu......
Ni nak teman mak aku pi cosway...jap
Nak bercerita tentang kebangkitan Islam di Mesir...Takbir....Moga Kemenangan Ikhwan di Mesir akan memberi inspirasi kepada pakatan Rakyat di Malaysia.Amin
No comments:
Post a Comment