Islamic Widget

Monday, August 15, 2011

Kemanisan di sebalik ujian

Assalamu'alaikum dan Salam 1Ummah

Pada 30/07/2011, aku menghadiri convocation adikku di UIA....sebenarnya sepanjang malam aku tidak dapat tidur kerana membaca buku khutbah-khutbah Rasulullah SAW....Subhanallah satu buku yang begitu padat dengan pengisian dari awal kenabian Rasulullah SAW sehingga tawaf wida.....tapi keluargaku sudah mula perasan tingkahlaku aku yang berlainan dari biasa....nampaknya macam aku dalam high mood....aku rasa sihat sahaja....dan petang itu terus mereka menghantar aku ke Hospital Selayang. [ni sedang tengah dengar lagu Sudirman Salam Terakhir-Syahdunya - ingatlah mati dimana saja kau berada]

Walaupun pada awalnya aku sedih dimasukkan ke dalam hospital tapi sebenarnya setelah beberapa hari aku berasa bersyukur....aku dapat berdakwah kepada mereka di dalam hospital tersebut.....

Terdapat juga Dr. PHD Literature yang masuk menjadi patient bersamaku mengajarku ayat-ayat doa untuk diamalkan antaranya untuk Solat Tahajjud rakaat pertama kita membaca Surah Al-Kafirun dan rakaat kedua Surah Al-Ikhlas

Di dalam wad juga aku bertemu adik2 final year medical students yang begitu peramah dan memberi semangat kepadaku.

Terdapat juga adik2 [patients] yang masih muda seorang masih berumur 17 tahun dan seorang lagi 13 tahun, kasihan aku melihat mereka, apakan daya berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam, jika di hospital ni, aku dah diulit mimpi dah ni, entah kenapa bila berada di rumah susah pulak nak tidoq

Ok, sampai di sini dahulu....

Salam 1Ummah.

Wassalam


Thursday, May 5, 2011

Umrah

Salam Perjuangan....

Telah kembali dari mengerjakan umrah pada 16 April 2011...kembali pada 28 April 2011 jam 9.15 am.

Wassalam

Sunday, March 27, 2011

Kursus Umrah oleh Andalusia Travel & Tours


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Salam Perjuangan dan Salam Ukhuwah

Hari ini aku berkursus umrah bersama ibu dan adikku di Wisma Andalusia, dekat Kampung Pandan, bersama penceramah yang terkenal, mantan Pengurus Tabung Haji Ustaz Dato Daud Che Ngah...memang bestlah penerangan yang diberikan beliau, lengkap, padat dan tak kering gusi.

Namun dalam ceramah punya ceramah tu, ustaz menyelitkan sikit isu video panas fitnah yang mengaitkan Dato' Seri Anwar. Ustaz tak mentionlah nama siapa punya video tapi ustaz cakap lebih kurang ginilah, "saya nak sentuh sikit isu video yang mengaitkan pemimpin yang sedang heboh sekarang ni, sebenarnya patut dibuang kes saja sebab tidak ada 4 saksi yang melihat perlakuan dot dot itu dibuat," memang aku setuju dengan ustaz, masa belajar hudud laws di UIAM dulu memang kami diajar secara terperinci tentang cara mensabitkan orang dalam undang2 hudud the standard of evidence is very high sehingga 4 saksi lelaki kena melihat orang memasukkan alat sulit secara terang2an kalau tak boleh buang kes....kecualilah kalau orang tu yang mengaku sendiri

Namun seperti masa saya melepak di Mahkamah, ada seorang peguam India memberi komen, Anwar has charisma....dan aku pun menyampuk, I concur...memang terpancar aura beliau semasa berucap....

Teruskan dsai mempertahankan kebenaran walau dilanda badai fitnah, Sesungguhnya doa orang teraniaya dengan ALLAH tiada hijabnya

Hari Isnin lepas aku masuk TV3, masa tu lepak2 kat depan Mahkamah Jalan Duta bersama2 penyokong2 dsai, tak sangka lak masuk tv....dok dengar ucapan dari Ustaz Badrul Amin tentang isu DNA....

Jadi aku Insya ALLAH akan bertolak ke Mekah tapi transit di Bahrain ke Jeddah dan Madinah dulu pada 16 April 2011....aku akan mendoakan moga Malaysia akan selamat dari pemimpin2 yang korup.....aha by the way....yang peliknya mengapa video itu boleh ditayangkan di Carcosa Seri Negara, setahu aku Carcosa ni adalah tempat penginapan tetamu2 kehormat luar negara dan di bawah Jabatan Perdana Menteri...hai takkan Dato Seri Najib tak tahu apa2 kot....komen sikit Dato?

Oklah terima kasih kerana sudi membaca...Insya ALLAH kita akan bertemu lagi

Wassalam

p/s: Lawan tetap Lawan.....Jangan sampai Malaysia jadi seperti Mesir, Kuasa ALLAH mampu menumbangkan pemimpin2 yang zalim dan khianat pada shahadah yang dibaca setiap solat

Aufa

Friday, February 18, 2011

Mencari Kasih Sayang ALLAH

Salam Perjuangan

Tadi baru dapat sms dari sahabatku huda yang akan berangkat menunaikan umrah esok flightnya.....bestnya dapat juga pergi, flight aku pulak 16 April, moga ALLAH memberikan kesempatan dapat aku mencari kasih sayangnya di sana.....

Menanti kemenangan Islam di Malaysia

Wassalam

Tuesday, January 4, 2011

Pendedahan Wikileaks

Salam,

Mula-mula dengar nama wikileaks dalam newspaper punyalah tak faham, pastu sms pada mak angkat aufa yang berada di US, my mak angkat cakap wikileaks ni kerjanya mencari silap orang dan melempar fitnah, jadi toksahlah nak percaya...kita sedih dengan mereka yang kononnya berpendidikan tinggi, perkara sebegini pun tak boleh nak pikiaq...tengok Anwar difitnah kata liwat, sekarang isu terbaru ada menteri yang difitnah merogol amah....ha adakah kita nak percaya wikileaks ni.....banyak lagi kerja lain...

Hu hu semua harga barang naik! kesian rakyat jelata, wahai pemimpin bangkitlah dari menghabiskan duit rakyat untuk projek2 jutaan ringgit sampai stesen bas pun harganya sampai RM570juta, apa ni....!

Wassalam

Thursday, December 30, 2010

Capitalize your strength

Assalamu 'alaikum wrt. wbt.

Baru balik dari medical board di Hospital Selayang....terpaksalah pi sebab aku dah 3 kali attack dan memang prosedur Human Resource Department.

Pengarah sendiri yang interview...Alhamdulillah tak apa-apa dan Dr. Khalid menerangkan tujuan board ini bukan untuk memberhentikan aku tapi untuk mencari kekuatan dan memberi suggestion pada HR.....

Dr. Zulkifli pula mengatakan sesuatu yang membuat aku menangis, dia kata kalau aku sakit, orang yang ambil alih kerja aku akan complaint...so far di department aku tidak adalah begitu....

ok harus pergi dulu untuk solat asar dah lambat dah ni.....

Wassalam

P/S Ketuanan Islam bukan Ketuanan Melayu

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah - Be a Muslim By Choice Not By Chance

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Buat semua pembaca, Salam Maal Hijrah, apa azam tahun baru anda?? Insya ALLAH diizinkan ALLAH, saya, mak dan adik lelaki aku merancang untuk menunaikan umrah pada bulan April 2011

Dalam pada itu sedih juga dengan harga minyak dan gula yang naik...apalah kerajaan ni tak pentingkan suara rakyat...macam manalah rakyat yang duduk di kawasan luar bandar....habis nak makan pun kais pagi makan pagi. Di manakah slogan Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan??

Gendang pilihanraya nampaknya semakin hampir....ish tak sabar-sabar nak cula undi dan lepak dekat bangsal panas

Hu Hu masa aku sakit hari itu, aku padam gambar aku dengan kak wan dan Anwar...harap2 bertemu lagilah di Mahkamah

Aku sempat sembang dengan wartawan NTV7 dan wartawan Suara Keadilan (nampaknya akhbar suara keadilan susah nak dapatlah) dia kata kalau orang lain kena ujian seperti Anwar tu mau gila agaknya. Benarlah Firman ALLAH yang bermaksud Allah tidak menguji hambanya melainkan sekadar kemampuannya.....Yalah orang berkarisma macam Anwar diuji lebih sikit daripada kita ni.

Alhamdulillah tadi ex tunang aku hantar sms wish Salam Maal Hijrah....bak kata kak ami my mak angkat, pulang adik beradik, walaupun pertunangan putus di tengah jalan tapi ukhuwah tetap ada.

Ok nampaknya aku ingin memberi peluang kepada adikku untuk gunakan PC

Akhirul kalam, Salam Maal Hijrah dan teringat kata2 Bro Shah Kirit B. Govindji

"Be A Muslim By Choice NOT by Chance"

Love : Aufa