Islamic Widget

Tuesday, December 17, 2013

Sesuci cinta seorang Isteri....selama 40 hari bersamanya kini dia sudah tiada

Assalamu 'alaikum wrt. wbt dan Salam Ukhuwah Salam Persahabatan....

Hari ini aku mendapat panggilan telefon dari sahabat lama, teman persekolahan...Siti Rahmah, beliau memaklumkan suaminya telah kembali ke Rahmatullah...Ya Allah terkedu seketika lidahku tidak bersuara kerana aku baru sahaja menghadiri walimatul urus beliau dan aku serta suami bergegas ke Seremban di Taman Tasik Jaya untuk melawat jenazah kerana ku pasti inilah ziarahku yang terakhir.....

Aku amat mengenali Rahmah, masa aku ada masalah satu ketika dulu, Rahmahlah yang banyak membantu dan memberi nasihat kepadaku, semasa nikahku juga beliau berada di sampingku..masih ku ingat lagi Rahmah dalam nada berseloroh berkata kepada ibuku, Makcik, Rahmah pun nak kahwin macam marianti....dalam hatiku kesian Rahmah...tapi bila Rahmah dipertemukan dengan jodoh dengan Ustaz Alwi...aku memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi...Ya Allah itulah ketentuan jodoh yang baik buat Rahmah [Maaf kerana menggunakan perkataan aku kerana ku menulis di dalam blog peribadi]

Dan.....

Hari ini seolah-olah aku sedang bermimpi atau sedang menonton drama apabila beliau bercerita saat-saat suami beliau menghembuskan nafas terakhir....memang beliau seorang yang tabah sebab itulah Allah pilih beliau untuk diuji dengan ujian yang maha hebat ini...Ya Allah Engkaulah yang Memberi Keampunan pada Hamba-HambaMu yang lemah....aku mendengar dengan khusyuk dan di hadapanku seorang balu bakal penghuni syurga Insya Allah......

No comments:

Post a Comment