Islamic Widget

Sunday, October 6, 2013

Hati Umpama Magnet- Inspired by Dr Azizan Osman...my beloved sifu...sorry Dr saya copy paste jek


Hati Umpama MAGNET

by Azizan Osman
hatiYa! Hati umpama MAGNET! Ia umpama INVISIBLE MAGNET (MAGNET YANG TIDAK DAPAT DILIHAT) yang memancarkan tarikan kepada apa yang ditanamkan di dalam jiwa.
Jika kita tidak gembira tentang sesuatu perkara atau sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku di dunia luar kita. itu bermakna “dunia dalaman” kita, “bekas” atau “kolam” jiwa kita mempunyai sedikit kekaratan atau keledak yang Allah swt mahu kita kenalpasti atau cuci.
Usaha dan doa agar hati kita sentiasa ingat untuk dicuci untuk diisi dengan sifat mahmudah (Terpuji) seperti Sabar. Redha, Berlapang dada, Ikhlas, Tawadhuk, Pemaaf, Hati yang sujud dan bukan dengan sifat mazmumah (tercela) seperti amarah, hasad, dengki, khianat, riya’, takabur, tamak, loba dan suka mencela.
Hati umpama cermin yang menjadi refleksi apa yang berlaku di dalam hidup kita adalah kerana lantunan tarikan magnet di dalam jiwa kita.
Bila hati kita kotor dan gelap, banyak perkara akan ada halangan dan hijab. Banyak perkara adalah sulit dan payah. Rezeki kita, peluang kekayaan & kejayaan kita akan tertutup atau tidak diluaskan.
Bagaimana untuk mencuci hati?
1- Solat dengan penyertaan hati yang sujud (Syaitan dibuang dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Adam, Ego Syaitan adalah lebih besar dari perintah Allah swt)
2- Perbanyakkan istighfar
3- Perbanyakkan selawat 1,000, 3,000 ke 10,000 kali sehari
4- Perbanyakkan mengaji Al-Quran dan membaca hadis
5- Baca sirah Nabi saw dan kisah nabi-nabi dan sahabat
6- Banyakkan berkhidmat dengan serve orang lain
7- Mencuci tandas
8- Bersedekah
9- Senyum dan salam kepada orang yang kenal atau tidak
10-Melaksanakan perintah syariat yang wajib dan sunat walaupun ianya tidak menggembirakan contoh, menutup aurat, solat sunat dll.
walllahu alam. perkongsian ini lebih kepada ingatan buat diri saya. semoga bermanfaat. #DrAzizanOsman

No comments:

Post a Comment