Assalamu 'alaikum wrt. wbt
Buat sahabat yang disayangi terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Salam Eiduladha dan Maaf Zahir dan Batin
Alhamdulillah dipanjatkan syukur kepada Ilahi kerana pada 9/10/2013 saya telah berjumpa dengan Dr Psikiatri, dia ada tanya soalan cepu emas adakah saya ikut betul-betul makan ubat yang diberi..saya jawab balik dr u want me to tell the truth or u want me to lie...Dr jawab of course I want u to tell the truth. Saya jawab dan 3 bulan saya hanya makan malam sahaja ubat bipolar mood disorder....Dr dengar dengan tenang je, dia terus respond dengan baik, kalau doktor lain for sure he will scream at u....Dr pun keluar sekejap nak berbincang dengan fellow doctors yang lain...opps sebelum itu dr ada panggil suami saya dan bertanya keadaan saya sejak saya mengurangkan ubat...Alhamdulillah suami kata ok....
kemudian Dr yang baik hati masuk dan cakap kami akan kurangkan ubat u dan u cuma perlu ambik sebiji epilim waktu pagi dan 3 biji epilim waktu malam termasuk 1 biji resperidone.
Itulah namanya the power of doa dan tidak pernah henti henti berdoa setiap hari supaya doktor mengurangkan ubat saya....
Saya mencari rakan-rakan yang mempunyai saudara mara yang ada tekanan mental untuk kita berbincang bersama-sama.....tekanan mental kini menjadi satu penyakit yang kian meningkat statistik setiap tahun dan jumlahnya agak menggerunkan...masih mencari data ...tapi kalau pi Hospital Selayang saya tak segan silu untuk singgah ke Wad Psikiatri untuk melawat rakan-rakan senasib....jangan main-main Dr PHD, adik maahad Tahfiz, adik sekolah agama pun ada dapat bipolar mood disorder tau!
Setiap sakit ada penyembuhnya dan kita perlu yakin Allah pasti menyembuhkan. Walaupun Dr kata penyakit saya ini akan kekal macam kencing manis dan darah tinggi, saya maafkan sebab itu ilmu dia belajar...ilmu Dr pasti tak sama dengan ilmu Dr yang belajar complimentary medicine sebab tidak Allah turunkan sesuatu penyakit tanpa ubatnya....cuma ubat hospital ini perlu dimakan selama-lamanya sampai mati itu yang den tak berapa setuju tu....
Itu sahaja kawan-kawan sekalian....lain kali kita berbicara lagi.
Wassalam
Tiada suatu nikmat yang dikurniakan ALLAH SWT kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut, sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan ALLAH SWT akan mengganti yang lebih baik bagi dirinya- Khalifah Umar Abdul Aziz.
Islamic Widget
Tuesday, October 15, 2013
Sunday, October 6, 2013
Hati Umpama Magnet- Inspired by Dr Azizan Osman...my beloved sifu...sorry Dr saya copy paste jek
Hati Umpama MAGNET
by Azizan Osman
Ya!
Hati umpama MAGNET! Ia umpama INVISIBLE MAGNET (MAGNET YANG TIDAK DAPAT
DILIHAT) yang memancarkan tarikan kepada apa yang ditanamkan di dalam
jiwa.
Jika kita tidak gembira tentang sesuatu perkara atau sesuatu perkara
yang tidak diingini berlaku di dunia luar kita. itu bermakna “dunia
dalaman” kita, “bekas” atau “kolam” jiwa kita mempunyai sedikit
kekaratan atau keledak yang Allah swt mahu kita kenalpasti atau cuci.Usaha dan doa agar hati kita sentiasa ingat untuk dicuci untuk diisi dengan sifat mahmudah (Terpuji) seperti Sabar. Redha, Berlapang dada, Ikhlas, Tawadhuk, Pemaaf, Hati yang sujud dan bukan dengan sifat mazmumah (tercela) seperti amarah, hasad, dengki, khianat, riya’, takabur, tamak, loba dan suka mencela.
Hati umpama cermin yang menjadi refleksi apa yang berlaku di dalam hidup kita adalah kerana lantunan tarikan magnet di dalam jiwa kita.
Bila hati kita kotor dan gelap, banyak perkara akan ada halangan dan hijab. Banyak perkara adalah sulit dan payah. Rezeki kita, peluang kekayaan & kejayaan kita akan tertutup atau tidak diluaskan.
Bagaimana untuk mencuci hati?
1- Solat dengan penyertaan hati yang sujud (Syaitan dibuang dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Adam, Ego Syaitan adalah lebih besar dari perintah Allah swt)
2- Perbanyakkan istighfar
3- Perbanyakkan selawat 1,000, 3,000 ke 10,000 kali sehari
4- Perbanyakkan mengaji Al-Quran dan membaca hadis
5- Baca sirah Nabi saw dan kisah nabi-nabi dan sahabat
6- Banyakkan berkhidmat dengan serve orang lain
7- Mencuci tandas
8- Bersedekah
9- Senyum dan salam kepada orang yang kenal atau tidak
10-Melaksanakan perintah syariat yang wajib dan sunat walaupun ianya tidak menggembirakan contoh, menutup aurat, solat sunat dll.
walllahu alam. perkongsian ini lebih kepada ingatan buat diri saya. semoga bermanfaat. #DrAzizanOsman
Wednesday, October 2, 2013
kisah seorang ummi dan anak yang memberontak
Assalamu 'alaikum.....Pernahkah anda mempunyai anak bermasalah? Adakah
anak anda pernah lari dari rumah? Ini kisah benar yang terjadi kepada
kawan baik saya, beliau mempunyai anak tingkatan 5 tahun ni periksa SPM,
anaknya dulu seorang yang baik dan atlit kebanggan sekolah, tapi lately
ini beliau berkawan dengan kawan-kawan yang agak nakal.....sudah
seminggu beliau tak balik ke rumah, beliau sering menangis teringatkan
anaknya....saya tak tahu bagaimana nak nasihatkan dia atau nak cool kan
dia sebab saya pun tak ada anak lagi...saya cuma cakap doa ibu kan
makbul dan ibu adalah KERAMAT HIDUP...kita sebagai ibu akan selalu cakap
anak kita lemah, tak pandai, malas, hi hi bangang, bengap dan yang
sewaktu dengannya...tapi kata-kata itukan satu doa...kemudian saya ada
menelefon seorang ustaz minta tolong doakan, yalah doa orang-orang yang
soleh.....kita pun dalam masa yang sama berdoa juga...lama sessi saya
meluahkan perasaan. Tetiba lak pegawai undang-undang jadi
kaunselor.....sabar jelah!
Alhamdulillah kuasa Allah, lepas
pukul 3 petang tadi anak beliau balik rumah ...saya cuma pesan cakap
baik-baik dengan anak kita sebab kata-kata adalah satu doa kan.....saya
pun dulu anak yang memberontak dan saya pernah duduk luar merajuk dengan
ayah selama setahun dan saya telah banyak lukakan hati mak ayah
saya.....tapi Allah itu Maha Kuasa dia datangkan penyakit manic
depression bipolar mood disorder...Alhamdulillah dengan penyakit inilah
saya bertemu dengan diri saya......dan saya amat setuju dengan Bro Jerry
sebab dia mengajar saya untuk maafkan diri...I forgive myself and I
love myself.......
Jadi pada mereka yang mempunyai anak-anak
bermasalah, cuba belajar teknik keibubapaan, anak tak boleh diarah arah
macam robot, anak perlu diberi kasih sayang.........maafkanlah anak kita
jangan jadi macam typical malay dan cakap aku tak halalkan air susu
sebab kita pun mungkin ada silap salah dengan Allah, nobody's
perfect...Pintu taubat senantiasa terbuka dan yaqinlah Allah
bersama-sama orang-orang yang sabar...
Wallahu 'alam
Love Mar Consultant/Trainer/ Legal Advisor...nasib baik belum jadi CEO RICHWORKS..chewaah ada hati tu...jangan marah yer Kak Yasmin...kita kan IIUM debater sama-sama dulu
Tuesday, October 1, 2013
Kisah mantan CEO yang berhati budiman
Assalamu 'alaikum , Saya, Pengasas Aufa Humaira Enterprise. Kepakaran saya adalah membantu merealisasikan impian anak bangsa untuk
menjadi Khalifah Bisnes melalui sistem mentor, kisah inspirasi dan
konsultansi....saya juga pakar pemakanan amalan sunnah...hmm masih
mencari-cari passion banyak sangat nak buat masa sekolah dulu, suka jadi
leader jadi pengawas, AJK Koperasi, librarian, pendebat....Dr Azizan Osman tolong
doakan saya dapat jumpa passion saya.....
Pengalaman saya
selama 9 tahun telah menemukan saya dengan pelbagai ragam
majikan-majikan terutamanya yang gagal mencarum...Nak Dengar Cerita
Korea, Cerita Uganda, Cerita US, Cerita Hong Kong semua ada drama air
mata, cerekarama, slot agama telah saya lalui sepanjang mengendalikan
majikan-majikan di KWSP.
Hari
ini saya berkenalan dengan seorang mantan CEO.....Datuk IR....dia datang
bersama peguamnya dan ingin bertanyakan tentang kes beliau, sebelum itu
saya menunjukkan di mana gents padanya, datuk itu berjalan sangat
perlahan bertongkat pula sayu hati saya sudah 77 tahun usianya. Saya
sempat berseloroh Datuk, saya pun nak jadi Datuk macam Datuk...and
spontaneously he said you will...
Datuk berkongsi kisah beliau,
beliau tidak mengetahui yang chairman Syarikat tak bayar EPF, beliau
cuma uruskan bab marketing sahaja.....dalam usia 77 tahun beliau banyak
hutang saya pun adalah juga selitkan ilmu Dr Azizan, saya cakap Datuk
ini gaji pekerja, apalah sangat kita nak kira keuntungan syarikat yang
kita dapat nak dibandingkan dengan gaji-gaji pekerja macam langit dan
bumi...hmm tapi memandangkan kolam jiwa Datuk masih perlu direpair sikit
dia cakap syarikat tak buat keuntungan...tak apalah itu suka hati
Datuklah...yang penting tugasan saya menyampaikan....Kadang-kadang kita
sering berkira nak mencarum KWSP sebab selalunya yang menjadi argument
adalah takut pekerja lari, pekerja hanya kerja sebulan lepas itu
berhenti, tapi kita sering terlupa when we give we get back
more....kalau pekerja lari, adakah syarikat akan tutup atau rugi, rugi
RM100 tapi untung RM100,000.00 [ ini akan belajar dalam IMKK] Saya pun
cakap Datuk kena bukukan pengalaman Datuk dalam bisnes, Datuk terus
cakap you write a book for me and I will give the input......hu hu
'sadis' [kejam maknanya tapi saya bukan maksudkan kira macam nak bagi
high impact lah] itu jangan main-main the power of submission ......tapi
fakta Datuk yang saya suka adalah orang Yahudi buat 10 billion hanya
dengan export product from desert to the European Countries and the
issue of middleman in Malaysia......
Tunggu dengan kemunculan saya.......lagi dan lagi dan lagi
Best Seller Writer Insya Allah
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)