Assalamu'alaikum wrt. wbt.
Lama aku tidak mencoretkan cerita dalam Blog aku ni, segan pulak ada seseorang dah kenal aku dan bertanya lama tak update blog, thanx Saudara Mior sebab ingatkan....
Ada yang bertanya tentang Kelas Tafsir yang aku ikuti, Ya Kelas Tafsir ini terbuka kepada Public, Bayaran RM500.00 Untuk pertanyaan Lanjut boleh contact Encik Sallehuddin 012-6210859.
Memang sungguh bermakna Kelas Tafsir ini, aku belajar banyak perkara tentang Teknik Berdoa Yang Betul, Malam Lailatul Qadr, Penurunan Ayat Al-Quran, Wahyu kepada Rasulullah SAW....
Soalan saya Bila Sebenarnya turunnya Al-Quran? Mengapa kita sambut 17 Ramadhan hari Nuzul Quran tapi adanya malam Lailatul Qadr iaitu 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan....??? Soalan Uji Minda IKIM.fm
Sebenarnya pada 17 Ramadhan itu adalah turunya Wahyu Pertama iaitu Surah 1-5 Surah Al-Alaq dan Penurunan seluruh isi Al Quran adalah daripada Lauh Mahfudz ke Langit Dunia pada Malam Lailatul Qadr yang hanya Allah dan Rasul mengetahuinya dan kita perlu mencarinya kemudian Al Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun sehinggalah Baginda SAW wafat.....
Sukan Olimpik baru berakhir, Ustaz Zaidul Amin banyak memberikan info bahawa banyaknya perlambangan Illuminati, Freemason, Yahudi dalam Sukan tersebut dan masih lagi ada Negara Muslim nak menyertai termasuklah Malaysia, Mengapa diadakan pada Bulan Ramadhan? Maka adalah pula fatwa bahawa diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa kepada atlit Muslim semata2 kerana nak berjuang....
Inilah kelemahan kita mudah tunduk pada Yahudi...sepatutnya kita boikot Sukan tersebut. Balasan Allah takdak seorang pun atlit Muslim Malaysia yang berjaya dalam sukan tersebut....kenapa sepatutnya kita menghormati bulan Ramadhan dengan beribadah bukannya menyertai Sukan Olimpik....
Banyak lagi info lanjut nak diberikan....Best sangat kelas tersebut...masih berbaki lagi 2 kelas iaitu pada 8/9/2012 iaitu Ustaz akan buat medical check up pada bacaan Al-Fatihah setiap studentnya hi hi macam manalah bacaan aku ni, dah 33 tahun hidup, masih tak betul lagi bacaannya....
Hari ini aku ambik half day pagi sebab nak pi ambik order emas, Alhamdulillah adalah seorang client ni order 10 gram...anda semua nak tahu harga emas 999 10 gram masa saya beli RM1710.00 sekarang ni dah naik jadi RM1829.00...rugi siapa tak beli....
Ok, I have to go now...
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin....