Islamic Widget

Wednesday, June 25, 2014

[Nak jaga hati....aiyaa]

Salam ukhuwah dan Salam Persahabatan...

Macam-macam kerenah manusia hari ini kan, ada yang tak nak jaga anak OKU, ada yang dok la bergaduh sebab harta pusaka, itu semua cerita dalam cerita yang sedih, duka....what u focus will expand? betul betul...apa ada cerita jumpa lipas dalam nasi goreng!

Sememangnya hidup di dunia ini tak terlepas dari kesilapan, cuma kita perlu sentiasa muhasabah diri dan merenung hikmah di setiap kejadian....

Hari ini saya meneruskan tugasan seperti biasa, pada kebiasaannya kalau lelaki nak bersalam saya akan senyum dan letak tangan di dada....maaf saya muslim....hari ini ada seorang madam dan suaminya selepas perbincangan, mereka ingin balik dan suaminya menghulurkan salam....saya pun senyum dan cakap sorry

Lepas itu dengan niat untuk berdakwah, saya berterus terang dengan madam tu "sebenarnya wanita muslim tak boleh salam dengan lelaki yang yang tiada talian darah dengan kita.....hu hu tak pernah cakap begini tau , entah kenapa keberanian pulak hari ini....madam tu pun sambung, ooooh yake sorry sorry saya tak tahu hal ini...sebab kawan saya yang muslim perempuan dia salam saja..tapi kawan saya tu tak pakai tudung lah....tak apalah at least saya belajar ilmu baru, we learn new thing today.....

Itulah DON'T ASSUME people know what is in your mind.....

Ini nak menyambut Syawal ini, cuba tanya diri kita, adakah kita bersalam dengan abang ipar, kakak ipar, mak angkat, abang angkat, sepupu, sepapat, saudara mara yang jauh yang masih muda melainkan sudah terlalu tua dan diyakini tiada nafsu

Susahkan nak jawab soalan ini.....kadang-kadang sebab nak jaga hati.....agak-agak mereka tahu tak hukum ....

Saya rasa kalau kita terangkan kepada mereka dengan lemah lembut tentu mereka faham ....betul betul

Yang Indah dan Sempurna dari Allah dan yang kurang dari kelemahan saya sendiri

Jazakallahu khairan kathira......


Aufa Humaira

Friday, May 30, 2014

Anakku Bipolar....

Assalamu 'alaikum dan Salam Persahabatan.....

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian.....

Rasanya dah makan bulan saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam Blog ini...kita sudah masuk ke Bulan Sha'ban dan selepas ini kita akan 'dating' dengan penghulu segala bulan....Ramadhan Kareem...

Ramadhan banyak meninggalkan kenangan buat saya kerana dalam 3 kali dari 4 kali saya masuk hospital adalah dalam bulan Ramadhan...saya pun tidak mengetahui kenapa....hihi boss saya di ofis risau jugak bila tengok saya moody semacam, ada ofismate tu cakap aik hati hati Cik Mar macam dah ada simptom...aik aku ni tak boleh nak tegur staff langsung...tak apalah nak buat macam mana...anggap sajalah mereka prihatin dan sayangkan kita....sebenarnya bila masuk hospital tidak terlalu teruk mana pun.....habis habis markah KPI jadi rendah....itu sahaja....kalau nak kena buang kerja nauzubillah itu terpulang kepada pengurusan sebab apa pun kita kena pegang satu saja Allah yang bagi rezeki dan Allah pasti tidak akan kecewakan hambaNya....

Bulan ini saya terima email dari seorang ibu prihatin, dia meluahkan perasaan beritahu anak dia sakit bipolar dan dia tak tahu nak buat macam mana.....ibu ini tanya pengalaman saya....sememangnya saya bukan Pakar Psikiatri tapi saya adalah serba sedikit pengalaman...pandangan peribadi saya hamba ALLAH yang lemah ini, 'tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah' Pakar di Hospital hanya boleh bantu bagi ubat lepas tu hantar kaunselor....mereka layan kita dengan baik....yang paling utama pergantungan kita pada Allah, masa anak kita sakit, kita sebagai ibulah yang memberikan semangat kepada dia, hantar makanan di hospital, sentiasa hadiahkan Al-Fatihah dan Yassin....Al Baqarah pun elok dibaca....masa di hospital saya baca sampai 10 Juzuk habis....tengok hikmah Allah nak bagi dan sebenarnya bila sakit, doa kita dengan Allah tanpa hijab....

Doa ibu,Insya Allah makbul lambat atau cepat,masa saya sakit.....saya tak ingat siapa dah, ingat mati, yang paling utama ingat Allah sentiasa, masa sihat memanglah ingat Allah dan beribadah tetapi tidak sebanyak masa sakit sebab tu saya sedih bila tengok orang sakit tapi tak solat, sedihkan....kalau sakit bipolar ini cuba kita fikir-fikir balik, masa kita sihat adakah kita menutup aurat,jaga solat, bersedekah, buat baik dengan jiran, buat baik dengan ibu bapa kita, amanah dalam kerja....tentu ada kurang di mana-mana kan. Yalah kitakan manusia tak terlepas dari membuat kesilapan. Yang paling teruk masa kita alpa, ada makhluk halus pasti mendampingi kita sebab masa itu kita jauh dari Allah.

Kelemahan saya, saya selalu mengingati kesilapan-kesilapan masa lalu sedangkan what we should do is MOVE ON! ...kita selalu akan fikir kenapalah aku tak buat macam tu, macam ni, kalau aku tak bercinta dengan dia tentu aku tak bercerai, kalau aku tak kahwin dengan dia tentu aku bahagia hidup bujang...kalau aku tak masuk kedai tu tentu duit aku tak hilang, kalau aku tak makan tentu tak sakit perut kalau kalau dan kalau...betul tak??

Nak tahu kenapa kita sakit, sebab Allah sayangkan kita...sebab Allah nak kita dekat dengan DIA...Allah nak kita menadah tangan di sepertiga malam bermunajat, menangis, menyesali perbuatan yang lampau....taubat nasuha wahai sahabatku....

Maaf saya bukan mufti ....saya hanya menyampaikan walau sepotong ayat dari Hadith Nabi SAW.....Rasulullah SAW juga diuji dengan kesakitan dan kesakitan yang Maha Kuat adalah sakaratul maut....

Wahai Ibu yang disayangi.....usah risau, anakmu pasti sembuh, anakmu telah dijanjikan dengan syurga di akhirat kelak, meminum air dari telaga kauthar, di sebalik kesusahan ada kesenangan...
Maafkan dia, maafkan segala kesilapan dia, hari-hari hadiahkan AlFatihah buat dia....Insya ALLAH saya doakan anak puan berjaya dunia dan akhirat dan menjadi khalifah Allah yang cemerlang mencontohi akhlaq Nabi Muhammad SAW...

Jazakallahu Khairan Kathira.....

Aufa Humaira


 

Friday, March 14, 2014

Assalamu 'alaikum....

Saya nak minta kita baca dan nilaikan.....ini karangan salah seorang pemimpin di Malaysia ....

Tajuk : Anti Hadith

1.      Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.
2.      Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.
3.      Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya  dilarang oleh agama Islam.
4.      Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.
5.      Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.
6.      Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.

7.      Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
8.      Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.
9.      Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.
10.    Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
11.    Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri  sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?
12.    Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.
13.    Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.
14.    Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.
15.    Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.
16.    Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.
17.    Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.
18.    Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.
19.    Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.
20.    Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21.    Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.
22.    Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.
23.    Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.
24.    Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.
25.    Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.
26.    Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.
27.    Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.

Kita bukan nak menghukum sesiapa tetapi biarlah ulama saja yang berbicara bukan kita yang bukan pakar dalam bidang itu, contoh macam pakar perubatan disuruh cerita tentang ilmu kejuruteraan macam itulah bila ada orang alim biarlah dia yang mengetahui tentang Hukum Syarak saja yang jelaskan soal Al Quran dan Assunnah ini sebab khuatir kata-kata kita adalah bertentangan dengan Hukum Syarak.

Ya Allah ampunilah dosa mereka dan bukakanlah pintu hati mereka untuk kembali ke jalanMu

Wallahu 'alam