Islamic Widget

Monday, December 31, 2012

As Sakinah Eko Resort Janda Baik

Assalamu 'alaikum Sahabat Seperjuangan

Setelah 2 minggu di alam perkahwinan yang membahagiakan....aku dan suami berangkat ke As Sakinan Eco Resort Janda Baik, Pahang Darul Makmur...berkebetulan resort tersebut milik ex deputy CEO EPF Dato Rusma Ibrahim...bukan Rosmah Mansor ya...dapat diskaun pakej honeymoon Alhamdulillah.....

Seronok berbual dengan Dato' and Family....anaknya Mastura adalah adik angkatku....

Kami mandi sungai aku, Kanda Mior dan Mas...

Kiranya lepas ni As Sakinah akan ditutup sementara kerana untuk disewakan kepada pelajar-pelajar tahfiz selama 2 tahun dan juga ada pengajian hadith setiap hujung minggu.


Friday, December 28, 2012

Aku terima nikahnya

Assalamu 'alaikum Sahabat seperjuangan sekalian,

Pada tanggal 08/12/2012 aku telah diijabkabulkan dengan Mior Yusuf  di Masjid Ar Rahimah ......bermakna termakbullah doaku semasa di Multazam lagi dan setelah belajar teknik berdoa dari Ustaz Zaidul.....

Cuma receptionnya pada bulan Mac 2013 di Pusat Komuniti DBKL Unikop Taman Koperasi Polis..kenduri lambat sebab dewan penuh hu hu.....nanti kad jemputan akan dihantar ya

Kanda Mior seorang yang penyayang dan baik hati.......hi hi tak masak pun takpa......tapi setelah 2 minggu bergelar isteri boleh dikatakan tiap2 hari aku akan masaklah untuk suami tercintalah katakan, sampaikan mak ayah aku pun terkejut tengok perubahan anaknya! Kalau tak dulu masa bujang mana nak masuk ke dapur...bukan tolong masak, tolong makan adalah......hi hi

Pagi-pagi lagi dah kejut aku bangun subuh....seminggu pertama rajinlah ikut kanda ke surau....lepas minggu kedua dah mula mengantuk.....tapi kanda tetap setia sebagai murabbi rumahtangga.....bertepatan dengan doaku untuk mencari pemuda yang soleh Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah......

This gonna be the first and the last marriage in my life Insya Allah....may our relationship will last until we will be reunited in Jannah Amin.......He is my beloved husband, my friend, my spouse forever and ever.....Barakkallahulakuma wabaraka bainakuma wa jam'a bainakuma fi khair was the doa forwarded by the learned Ustaz Zaidul...Syukran Jazilan Ustaz....

Selamat melayari Alam Rumahtangga.....

Wassalam