Islamic Widget

Sunday, February 19, 2012

Lelaki Kristian/Christian Guy yang ingin masuk Islam



Assalamu'alaikum

Masih perkenalan dalam Muslima.com.....

Kali ini aku akan lebih berhati-hati dengan perkenalan dalam internet ini. Adalah seorang mamat ni perkenalkan diri sebagai John (bukan nama sebenar).....beliau seorang Kristian yang berumur 49 tahun......aku tahu bahawa hidayah itu daripada Allah, tapi mengapa beliau masih lagi kristian, adakah agenda orang kristian untuk mencari anak gadis Melayu untuk dimurtadkan....itu kita kena ambik tahu juga.......

Beliau kata beliau mencari gadis Melayu untuk dikahwini, aku bertanya mengapa beliau tidak mahu masuk Islam terlebih dahulu, beliau kata sebelum kahwin baru beliau nak masuk Islam, beliau nak isteri beliau yang guide dia dalam teaching of Islam......

I think its time for me to leave this man, he is not a good guy...he does not appreciate other's opinion when i say dating is haram and prohibited in Islam he said that I am conservative. I strictly say that we better be conservative rather be punished by Allah in hell.

He said that that his Malay staff also practising dating. I say we have to differenciate between Malay and Muslim. They were just born Muslim. Contoh paling mudah orang-orang UMNO yang asyik perjuangkan Melayu dan Melayu dan Melayu, sampai terlupa bahawa perjuangan yang syumul adalah perjuangan Islam, mereka terlupa identiti mereka adalah Islam sampai sanggup fitnah Anwar cakap Anwar menyokong penubuhan Negara Israel sedangkan Anwar Ibrahim cakap beliau hanya akan sokong penubuhan negara Israel sekiranya Israel mengiktiraf Negara Palestin sebagai Negara Berdaulat......

I better withdraw myself from high risk friendship. I told him that he has to learn Islam in PERKIM and not to pass the responsibility to his wife or his future wife to guide him.....

Susah kita nak didik lelaki ni, apatah lagi kalau lelaki tu dah berumur dan belajar tinggi...(mamat tu belajar di America)

Ok aku dalam proses untuk menyiapkan novelku ini....kawan aku cakap kalau nak dikira kisah cinta aku ni dah bersiri-siri dah novel aku tu hi hi hi

Thank you for reading.....

Wassalam

Saturday, February 18, 2012

Percintaan yang tidak diredhai Allah

Assalamu'alaikum

Aku ada mendaftar dengan website mencari jodoh muslima.com.....dan aku berkenalan dengan seseorang Ali namanya (bukan nama sebenar).....dalam website tu dia mengaku dirinya bujang, umur 44tahun, tak kahwin sebab putus tunang...aku pun punyalah tangkap lentok percayakannya siap bersayang sayang lagi, aku terlupa syariat Islam bahawa sayang dan cinta itu hanya untuk suami yang sah.....itulah desperate sangat nak kahwin.....

Kemudian kawan2 kat ofis nasihatkan aku untuk siasat lagi....yalah orang yang bercinta ini kurang akalnya....hati aku tergerak untuk call ofisnya dan dijawab oleh seorang akak ni...pada mulanya dia enggan masuk campur....tapi lepas aku pujuk dan pujuk barulah dia bagitahu bahawa ali ini dah berkahwin.....

Kemudian aku pun confrontlah ali....dia pada mulanya kata kawan2 kat ofis dengkikannya...then baru dia mengaku dia dalam proses penceraian, dah pi counseling pun.....ish kaki kelentong ni
kemudian Allah memberi aku petunjuk lagi, aku berjaya menelefon kakaknya di ofis kakaknya...kakaknya memberitahu untuk menjauhi adiknya kerana adiknya memang pandai mengayat perempuan.....Ya Allah betapa hancurnya hati aku....kenapalah aku ni dungu sangat mudah ditipu dengan lelaki.......nasib baiklah aku tak kahwin dengannya.

Ali memang sangat bengang sebab aku ni macam CSI nak siasat dia.....terus dia block phone..tapi Allah tu Maha Kuasa, semua call yang masuk nak telefon dia masuk dalam telefon aku.....termasuklah isterinya yang dikatakan dalam proses penceraian.....

Alhamdulillah, isterinya telah menceritakan segala-galanya pada aku....dia dah lali dengan sikap suaminya yang suka mengayat perempuan.....sekarang ni pun isterinya TENGAH MENGANDUNG LAGI. Astaghfirullahalazim...sampai hati seorang suami menduakan isterinya dan tidak peduli akan isterinya.....

Akhirnya Ali baru mengaku bahawa beliau kini telah beristeri....tapi beliau kata beliau ingin bersahabat dengan aku....aku rasa aku tak mampu nak bersahabat dengan orang yang telah menipu aku....aku pun cuba nak lupakan beliau.....

Jumaat lepas Ali ada menelefon aku, kita orang sembang macam biasa....tapi mulut aku terlepas cakap mengatakan isteri Ali yang mengeluarkan wang hantaran yang menyebabkan mereka berdua bergaduh......kak fifah isteri Ali sangatlah marah pada aku mengatakan aku ni batu api.....

Ya ALLAH aku tak berniat pun untuk menjadi batu api.....Inilah dugaan yang aku sendiri yang cari.....Ya ALLAH bantulah hambamu untuk menghadapi dugaan ini ....Aku harus pergi untuk selama-lamanya dari hidup Ali dan keluarganya tapi hati ini rindu nak mendengar suaranya.....Itulah penangan bercinta dengan suami orang......aku ni tak serik2 kerana inilah pengalaman kedua bagi aku...dulu pun pernah kena tipu dengan suami orang juga....tapi dulu macam aku terkena ilmu pengasih suami orang tersebut.....

Berilah aku kekuatan ya Allah......

Wednesday, February 15, 2012

Keluarga Syurgawi

Saya telah mendengar tazkirah Ustazah Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah pada hari ini untuk tajuk seperti yang dinyatakan di atas. Berikut adalah intipati tazkirah tersebut.

Bagi membentuk Keluarga Syurgawi terdapat TUJUH ASAS UTAMA iaitu :

1) Iman dan Taqwa pada Allah

2) Al Mawaddah wa Rahmah

3) Al Mu’asyarah Bil Maaruf

4) Amanah dan Tanggungjawab

5) Rezeki yang Halal dan diberkati Allah

6) Berdoa

7) Menabur Bakti kepada kedua ibu bapa

1) Iman dan Taqwa kepada Allah

Nabi bersabda Sinarilah Rumah Kamu dengan Solat dan Bacaan Ayat-ayat Al-Quran. Sesungguhnya isteri yang solehah akan jadi bidadari di dalam Syurga dan akan menyambut suaminya. Kebahagiaan sebenar bukan terletak pada harta, pangkat dan wajah yang cantik, tapi kebahagiaan sebenar terletak pada ketenangan hati. Kalau kita tak bahagia dalam keluarga, kita takkan bahagia dalam kehidupan. Lagi cantik bila kita boleh solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak di rumah.

2) Al Mawaddah wa Rahmah

Bermaksud rumahtangga yang berada dalam kasih sayang dan rahmah Allah. Bila kita sayang tunjukkan melalui kata-kata. Nabi SAW panggil Aisyah r.a dengan panggilan manja…..Ya Humaira’ yang bermaksud wahai isteri si merah jambu…….Ustaz buat lawak jangan panggil dengan panggilan Pak Hang, Mak Hang, Bapaknya, Maknya, Si Debab,….cubalah panggil baby ke, darling, sayang keJ

Kasih Sayang kena buktikan melalui perbuatan….Ada kisah apabila Nabi SAW terlupa beli hadiah pada isterinya Aisyah r.a., Nabi SAW tak masuk rumah, patah balik ke supermarket, beli hadiah baru Nabi SAW balik ke rumah….Jadi saling menghadiahi dapat mengeratkan kasih sayang

Pi Honeymoon

3) Al Mu’asyarah bil Maaruf

Apabila pulang ke rumah sentiasa membantu isteri. Nabi SAW pernah jahit butang sendiri. Khadijah r.a akan sambut suami sehingga dengan perbuatan Khadijah r.a ini Allah menyampaikan salam melalui Jibrail dan Allah mendirikan istana di Syurga

Ada 5 S perlu diamalkan iaitu :

1) Salam – Bersalam di antara suami, isteri, anak-anak

2) Salam – Menyampaikan salam Assalamu’alaikum

3) Senyum- Sedekah

4) Sapaan- Tegur menegur di antara suami dan isteri, puji isteri pakai baju cantik (walaupun pakai baju kelawaq saja)

5) Sopan – Tertib – Hidang air untuk suami.

4) Amanah dan Tanggungjawab

Nabi SAW bertanya pada sahabatnya, Siapakah Yang Mandul….Sahabatnya menjawab Orang yang mandul adalah orang yang tidak boleh mengandung. Nabi kemudiannya menerangkan jawapan yang sebenarnya yang mana Nabi berkata bahawa orang yang mandul adalah orang yang mempunyai anak-anak tapi apabila dia meninggal, anak-anaknya tidak memberikan manfaat kepadanya. Maksudnya di sini anak-anaknya tidak dididik dengan baik.

Memberikan nama yang baik pada anak-anak, termasuklah memanggil nama yang baik pada anak-anak, jangan nama Rokiah jadi the Rock pulakJ

Suami jangan lupa isteri adalah amanah Allah dan satu ketika nanti kita PASTI akan disoal oleh Allah di Akhirat kelak.

5) Rezeki yang halal dan diberkati Allah

Ada seorang lelaki mengadu kepada Nabi SAW mengapa doa ditolak

Kemudian Nabi SAW menjawab perbaiki makanan kamu dulu baru doa-doa kamu akan dijawab oleh Allah.

Makanan Halal – Hati Bersih

Makanan Haram- Hati Kotor

Potongan zakat pendapatan dapat membersihkan rezeki….jangan lupa gaji yang diterima itu harus dizakatkan sebanyak 2.5% setahun.

6) Banyakkan Berdoa

Ustaz Akashah menitipkan untuk kita mengamalkan Doa bagi Murah Rezeki dan keputusan yang dibuat adalah keputusan yang tepat

Amalkan Subhanallahwabihamdih

Surah Quraisy – 3 kali

Surah Al- Qasas ayat 24

7) Sentiasa menabur bakti pada kedua ibu dan bapa

Kalau mak bapak tersinggung di atas tingkah laku kita- kita adalah anak derhaka, nak mati pun susah dan tak cium bau syurga

Banggakan mak ayah kita

Marilah kita mengamalkan apa yang telah diajarkan, pesan ini untuk kalian yang telah mendirikan rumahtangga lah, bagi yang belum mendirikan rumahtangga lagi macam saya ini adalah sebagai ilmu berguna di masa akan datang apabila bersuami kelak. Insya Allah Ingatlah bahawa hidup di dunia ini tidak kekal lama, satu hari kita pasti akan menemui ajal dan menghadap Allah. Persoalannya adakah kita bersedia untuk menghadapi kematian? Hanya Iman dan Amal boleh menjawabnya……….

Maafkan saya, segala yang berlaku adalah dari kekurangan saya sendiri……

Wassalam.