Islamic Widget

Friday, January 13, 2012

Pelaburan Emas - Gold Investment


Siapa berminat untuk membeli emas [Public Gold]....harap dapat hubungi saya Marianti Ghazali - 0132656596.

Sekian, Wassalam

Anwar Bebas! Hassan Ali Dipecat

Alhamdulillah, akhirnya Anwar dibebaskan pada 9/01/2012. Satu keputusan yang berani. Tahniah Hakim Mohd Zabidin. Ramai orang berhimpun di Mahkamah. Ayah aku yang pergi ke Mahkamah kata sampai ke Medan Selera kat Bawah Income Tax tu punyalah ramainya orang agaknya dalam 50,000 orang ramainya….Namun kita sebenarnya tidak boleh berasa lega sepenuhnya kerana Pendakwaraya ada 14 hari untuk memfailkan rayuan dan aku pasti Pendakwaraya tidak akan berdiam diri…..takut-takut jadi macam kes Menteri Besar Perak Haji Nizar saja, tup tup bila pergi Mahkamah Rayuan terus kalah.

Yang peliknya Saiful Bukhari tidak hadir ke Mahkamah, aik macam tau tau saja keputusan apa…..dia hanya buat kenyataan dalam twitter. Siap kata ada Mahkamah Akhirat yang akan mengadili….ko tu yang patut takut dengan Allah, buat fitnah pada orang, tak takut neraka Allah.

Kemudian kita dikejutkan pula dengan kisah Hassan Ali dipecat. Memang patut pun beliau dipecat kerana beliau telah mengeluarkan kenyataan yang condong macam orang UMNO….

Aku khuatir juga kedudukan Selangor ni, rasanya takkan tergugat, yalah gaji minimum di Selangor adalah RM1500, dan staff state government dapat bonus 8 bulan….banyak tu….siapa nak pangkah UMNO kalau UMNO sibuk nak mengKAYAKAN KRONI dan tidak pentingkan rakyat….Tengok Khir Toyo pun dah kena penjara kerana rasuah.

Akhir kata moga Pilihanraya Umum Ke 13 ...Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya! Amin

Friday, January 6, 2012

Novelis Islami - Moga cita-citaku akan tercapai

Alhamdulillah, aku mendapat pujian sinopsis yang aku hantar ke PTS mempunyai jalan cerita yang baik....walaupun tidak diterbitkan kerana pengedaran Novel berunsurkan Novela dihentikan buat sementara waktu, namun aku tidak akan mengalah dalam mencari penerbit yang boleh menerbitkan novelku....kemudian aku menghubungi telaga biru...Alhamdulillah ada respon yang baik....cuma aku perlu menyiapkan manuskripku sahaja.....harapnya diterimalah.

Tadi balik dari ofis singgah di Nufair Jalan Pahang dan beli 2 novel satu Tautan Hati karya Fatimah Syarha satu lagi Denyut Kasih Medik karya suaminya Dr. Farhan Hadi...Harapnya dengan usaha ini aku juga akan menjadi novelis islami satu hari nanti....Amin

Ok time for maghrib prayer....Wassalam

Wednesday, January 4, 2012

Blessing in Disguise

Walaupun aku sedih kerana masih belum menerima jodoh lagi......kawanku memberi nasihat
"Trust me friend, Marriage is not all about bedroom affairs or love and affection. Sometimes its more than u could handle, maybe this loneliness is blessing in disguise....."

Aufa