Assalamu'alaikum wrt. wbt.
Dear friends,
Hari ini aku ada medical appointment di Hospital Selayang, so dapatlah 1 hari MC. Alhamdulillah aku diketemukan dengan insan istimewa, Kak Nazariah namanya berumur 58 tahun, seorang pensioner UDA Holdings, Mempunyai 4 orang anak. Aku kan peramah, setiap kali appointment, semasa dok boring2 kat kerusi menanti nombor giliran, aku akan mencari kawan untuk berborak. Kak Nazariah, begitu penyayang dan berjiwa halus.....aku diberitahu bahawa beliau seorang pesakit kanser, kanser pangkal rahim, kanser usus dan baru-baru ini disahkan mengidap kanser paru-paru...sudah puas beliau berubat tapi masih belum sembuh, kimoterapi, rawatan perubatan Islam, radioterapi. Kini beliau pasrah pada ketentuan Ilahi dan beliau tidak mahu lagi meneruskan perubatan kimoterapi, beliau hanya akan bertemu kaunselor dan Dr. Psikiatri bagi mengelakkan depression.
Kak Naza memberi nasihat berguna padaku sayangilah diri sendiri sebelum kita menyayangi diri orang lain. Ya tahun lepas aku pernah bertunang, tapi sebaik sahaja tunang mengetahui aku sakit bipolar disorder, beliau menjauhkan diri. Kak Naza berkata itu adalah lebih baik daripada selepas berkahwin dan beliau meninggalkan aku kerana aku sakit. Beliau menceritakan pengalaman rakan-rakan beliau yang lebih teruk daripada aku. Seorang rakan beliau pada hari perkahwinan, pengantin lelaki tidak hadir di hari pernikahan dan seorang lagi rakan beliau bertunang dengan seorang Dr. Lelaki, tetapi apabila Dr. tersebut mengetahui perempuan tersebut disahkan mengidap kanser pangkal rahim, Dr. tersebut memutuskan tali pertunangan.
Jika kita menyayangi orang lain lebih daripada menyayangi diri sendiri, pertama orang itu akan meninggalkan kita atau mengecewakan kita. Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kita. Walau apapun yang menimpa diri kita hatta baik maupun yang buruk semua itu ada hikmahnya dan kita perlu bersangka baik dengan ALLAH, teringat kata-kata kak wani masa kat UIAM dulu.
Selesai kerjaku di Hospital Selayang, aku pi berhari raya di rumah rakanku di Taman Melewar...shidah namanya, inilah rakanku sejak dari umur 4 tahun sehingga kini.
Selepas itu aku pergi berjumpa Ustaz Hafiz, pembantu Ustaz Hanafi (pernah ada masuk TV3 dalam rancangan Halaqah) untuk buat perubatan Islam. Aku dimaklumkan bahawa aku disihir....Ya ALLAH besarnya dugaan ke atas hambaMU ini....Ampunkanlah dosa-dosa HambaMU ini Ya ALLAH. Ustaz meminta aku membawa 7 biji limau nipis, 7 biji limau purut, Kain Hitam 1 Meter, 7 Helai Daun Nangka dan berjumpa dengan beliau semula pada hari Rabu dalam minggu ini juga. Biarlah aku pergi usahakan untuk sembuhkan apapun penyakit yang aku alami ini. Walaupun aku rasa sedih namun aku perlu tabahkan hati ini. Moga ALLAH membantu dan aku yakin Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan ALLAH tahu HambaNya itu mampu memikul ujian itu.
Yang aku paling pelik sekali, kalau aku sakit pasti aku akan menyokong UMNO, ibuku sudah sedia maklum kalau aku dok kutuk-kutuk anwar dan Pakatan Rakyat, pasti something wrong with my mind, kerana ibuku tahu aku ada penyokong kuat Dato Seri Anwar Ibrahim. Namun, setelah menerima rawatan di Hospital, fikiran aku kembali normal dan sudah menyokong Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali.
Moga Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya dan Moga ALLAH membantu Pakatan Rakyat dalam memenangi Pilihanraya Umum Ke 13.....hi hi aku pasti membantu membawa pengundi-pengundi menaiki kereta kelisaku yang comel itu.
Salam 1Ummah
Wassalam