Islamic Widget

Friday, December 30, 2011

Sodomy Trial- Islamic Views

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

I’ve read a book entitled Anwar on Trial In the Face of Injustice written by Pawancheek Marican. This book explained in details the first sodomy charge against Anwar where Anwar and Sukma was acquitted…Alhamdulillah. It is stated in the book page 367, “As the offence with which Anwar was charged was also an offence under the Syariah , it would be appropriate for him to obtain the Islamic Perspective on the decision from a highly –respected Muslim scholar. Those close to Anwar agreed that Dr. Sheikh Tahar Jabir Al Awani be requested to issue a fatwa (legal opinion) on the trial and decision. Dr. Sheikh Tahar holds the Imam Al-Shafii Chairat the Graduate School of Islamic and Social Sciences (GSISS) in Lessburg, Virginia in the US and is Chairman of the Fiqh (Jurisprudence) Council of the United States and Canada, Founding Member of the Muslim World League (Makkah), a Member of the International Fiqh Council (Jeddah) and a Member of the Fiqh Council of Europe.

Among Professor Sheikh Tahar’s conclusions on the legality and validity of the proceedings and the ensuing verdict are:

1) The alleged offence of sodomy is a crime of honour and character and like zina (adultery), it requires four credible witnesses who have witnessed the act first-hand with no barrier or obstruction. If there is the slightest discrepancy in their testimony, the whole case is to be dismissed and the witnesses or accusers are guilty of slander and libel;

2) The Syariah takes special note of the case where a commoner accuses a person of high rank, recognizing the possibility of human weakness, greed and envy and the mean motive of embezzlement. Islam requires proof that goes beyond personal admission of an alleged victiom and if the slightest discrepancy is detected in the testimony, the case is dismissed and the accuser is to be punished. This is an effective and fair protection for society;

3) The court should not have denied the accused the right to call and cross-examine a key witness in the person of Prime Minister as this witness had the following material evidence :

a) He, at first, publicly announced the innocence if the accused;

b) Later, Tun Mahathir emphatically and repeatedly announced in public that he was convinced that the accused was guilty;

c) Being the PM and Home Minister at that time, he had access to all police and intelligence reports;

d) He had met privately with the alleged victim and key prosecution witness Umi Hafilda;

e) He was the direct “boss” of the accused and his immediate superior for 17 years and was the most substantial character witness as the case involved the issue of character

4) The Quran commands that no witness shall withhold testimony when asked to do so. It is tantamount to obstruction of justice, which is a major sin in Islam;

5) The accused was denied the request to have the “victim” and key prosecution witness medically examined for signs of sodomy. This is all the more important because medical evidence proved beyond doubt that the other defendant, Mr. Sukma, had no signs of sodomy and this substantiated his claim that his confession was extracted from him forcibly.

6) There was a lack of specificity in the date of the alleged crime. The prosecution’s key witness –cum victim stated a date of the commission of the offence that could not stand the proof of alibi, changing it by years and months. In any fair court, this would have been enough for the judge to declare a mistrial and render the witness-victim guilty of slander (qazaf).

7) There was witness tampering in the case. It became evident in the hearing that Mr Azizan admitted that the police had coached him in changing the dates mentioned above. No court would regard such a witness as credible.

8) The court should have dismissed the case outright. The burden of proof under the Syariah is on the prosecution and as it had failed to prove the commission of the alleged crime beyond any doubt, the judgment was a violation of justice and a gross violation of the accussed’s human rights;

9) The accused should be declared innocent; he should be released immediately and his accusers should be tried for slander and libel.

Thus, it can be argued that in Sodomy case 2 where Anwar was alleged to sodomise Syaiful Bukhari…such allegation is malicious and Syaiful can be charged for slander (qazaf). Anwar’s case has been littered with the questionable rulings of the judges. What sort of legacy would the judge leave. The answer comes from Anwar’s resonant remarks in his first case.

So, if I may add, what is a judge’s legacy? Surely, nothing, if not his judgments. If his judgments be just, then they would be remembered for generations. Otherwise, his injustices will stink till kingdom come”

Hopefully….Justice Zabidin will give his sweet ruling for Anwar on 9 January 2012….don’t give up no matter how hopeless….However, I am touched by Anwar’s statement that he will not give up to seek truth and justice even though he will be imprisoned for the second time….JUSTICE FOR ANWAR!!!

Wassalam

Hakim Yang Zalim , Hakim Disanggah


Assalamu'alaikum wrt. wbt. Dear Readers,

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengendalikan kes Fitnah II melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan bahawa terdapat kes prima facie dan Anwar perlu membela diri. Hakim Zabidin juga menyifatkan bahawa Saiful Bukhari Azlan adalah saksi berwibawa walaupun terdapat pelbagai fakta yang telah ditimbulkan oleh peguam Dato’ Seri Anwar untuk mempertikai kredibiliti Saiful. Kita semua mengharapkan Badan Kehakiman yang dapat memastikan kedaulatan undang-undang itu direalisasikan oleh sebuah kerajaan yang berteraskan undang-undang dan bukan kerajaan pemerintah. Kuasa bicara bagi menyelesaikan isu-isu dan pertikaian berkaitan undang-undang sepatutnya diberikan kepada Badan Kehakiman yang perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara berkecuali, berintegriti dan tanpa memihak ataupun dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuklah pemerintah mahupun rakyat.

Allah berfirman di dalam Surah Al Maidah ayat 8 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa-apa yang kamu lakukan.”

Seorang hakim yang berani menegakkan keadilan pada diri sendiri adalah dianggap sebagai puncak segala keberanian sebagaimana pepatah Melayu, “Tiba di dada jangan dibusungkan, tiba di mata jangan dipicingkan dan tiba di perut jangan dikempiskan”.

Mahkamah adalah suatu institusi yang menyelesaikan tuntutan di antara pihak-pihak yang bertikai. Walhasil jika tidak ada mahkamah, tidak akan wujud undang-undang dan jika tidak ada undang-undang, maka kuasa keamanan akan pudar dan mati. Analoginya, hakim adalah orang yang mengintepretasikan undang-undang sebagaimana mufti mengeluarkan fatwa di dalam Islam. Di negara-negara barat, Mahkamah dianggap sebagai benteng untuk melindungi rakyat daripada ketidakadilan pemerintah, manakala para hakim pula dianggap sebagai singa di bawah takhta dan yang menduduki takhta bukanlah Raja mahupun Eksekutif tetapi adalah undang-undang. Hakim juga bukanlah alat kepada pemerintah bahkan hakim akan bertindak sebagai pengawal supaya pemerintah tidak menyalahgunakan kuasa yang dimiliki. Sumpah seorang hakim untuk berlaku jujur dalam menjalankan hukuman di antara manusia adalah bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Al-Nisa Ayat 58 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia. (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat.”

Dalam Islam, semua pihak berkewajipan menegakkan keadilan tidak kira hakim, saksi, pihak-pihak yang bertikai tanpa pilih kasih walaupun ke atas diri sendiri atau kaum keluarga kerana kemenangan dalam perbicaraan bermakna kejayaan menegakkan keadilan dan memberikan hak kepada orang yang berhak dan bukan kemenangan untuk merebut hak daripada orang yang berhak. Allah berfirman di dalam Surah An-Nisa Ayat 135 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, bagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebbakan kamu bertimbang rasa kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada kedua-duanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng daripada keadilan. Dan jika kamu memutarbelitkan keterangan ataupun enggan (menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa-apa yang kamu lakukan.

Seorang hakim hendaklah bersih daripada tuduhan rasuah, bebas daripada sebarang salahlaku, tegas dalam menghadapi Pemerintah (Kuasa Eksekutif), tidak berat sebelah dan mesti menjauhi perkara-perkara yang boleh melunturkan kepercayaan orang ramai kepadanya. Hadith berikut memberikan panduan untuk berlaku adil dalam mengendalikan perbicaraan menurut Riwayat Abu Daud yang bermaksud:

Saidina Ali r.a berkata : Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman untuk menjadi Qadi. Aku pun berkata kepada Rasulullah. Ya Rasulullah, tuan mengutusku sedangkan aku masih muda dan tidak mengetahui tentang kehakiman? Rasulullah SAW berkata ‘ Sesungguhnya Allah akan memberikan hidayat-Nya kepada hati engkau dan menetapkan lidahmu. Jika datang dua orang bertikai duduk di hadapanmu, maka janganlah engkau menjatuhkan hukuman sehingga engkau mendengar (hujah dan keterangan) pihak kedua seperti engkau mendengar pihak pertama, kerana itulah yang lebih layak dilakukan agar jelas bagimu menjatuhkan hukuman. Saidina Ali r.a. berkata ‘Sejak itu aku tidak berasa sangsi dalam menjatuhkan hukuman.’

Kebebasan badan kehakiman merupakan prinsip yang sangat penting kerana sekiranya hakim-hakim ditekan dan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu maka taakulan yang diputuskan akan menyimpang daripada keadilan.

Tun Mohamed Suffian pernah berkata:

“Kehakiman yang bebas dan berasingan dari Parlimen dan Pemerintah didiri dan ditegakkan untk menjamin keadilan sekalian rakyat di seluruh Negara. Adalah tragedi yang besar bahawa sekarang kedudukan kehakiman telah menjadi tergugat oleh kerana sesetengah wakil rakyat berpendapat bahawa mereka ‘mempunyai mandat’ membuat apa sahaja yang disukai mereka sungguhpun mereka telah dengan rasminya bersumpah akan menjaga, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan kita.”

Mengimbau kembali krisis Badan Kehakiman pada tahun 1988 berkaitan isu pemecatan Tun Salleh Abas, bekas Hakim Mahkamah Agung, Datuk George Seah, dan Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh termasuk tiga hakim Mahkamah Agung yang digantung tugasnya merupakan sejarah yang tidak akan luput dalam ingatan pengamal undang-undang dan orang awam. Kemelut yang melanda Badan Kehakiman ini pernah berlaku di England lebih kurang 300 tahun dahulu. Mengimbas kembali isu pemecatan Hakim Besar England, Sir Edward Coke kerana pertikaian Sir Edward dengan Rajanya James I yang mendakwa baginda mempunyai kuasa yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk memperbuat undang-undang apa sahaja. Sir Edward Coke sebagai hakim yang adil membantah kerana beliau berpendapat bahawa raja adalah tertakluk kepada undang-undang dan hukum tuhan. Kuasa raja bukanlah mutlak kerana ianya dihadkan oleh undang-undang dan agama. Akhirnya Sir Edward Coke dipecat dari menjadi hakim tapi keharuman namanya dan kisah ini kekal sebagai pengajaran untuk semua terutama hakim-hakim yang akan duduk di dalam Badan Kehakiman.

Pada tahun yang sama juga, berkuatkuasa pada 10 Jun 1988, Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan mengeluarkan perkataan kuasa kehakiman atau judicial power daripada kedua-dua Mahkamah Tinggi. Kesannya kuasa kehakiman dan bidang kuasa semulajadi (inherent jurisdiction) tidak lagi diberi kepada Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan kuasa Mahkamah hanya diberikan melalui Akta yang digubal oleh Parlimen.

Selepas 20 tahun berlalu, tarikh keramat 17 April 2008 merupakan tarikh bersejarah bagi bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas, Datuk George Seah, dan bekas Hakim Mahkamah Agung Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh yang telah menerima bayaran ex gratia sebagai penghargaan kepada hakim-hakim yang terlibat dalam krisis badan kehakiman tahun 1988 walaubagaimanapun tiada sebarang permohonan maaf secara rasmi daripada kerajaan.

Kesimpulannya, kepercayaan kepada Badan Kehakiman sudah semakin pudar dengan kes Fitnah II yang melibatkan Dato’ Seri Anwar. Sekiranya Hakim Zabidin sendiri telah memperakui kewibawaan Saiful sebagai saksi yang boleh dipercayai, pada siapalah lagi yang dapat kita harapkan bagi menegakkan keadilan seperti kata-kata Tun Salleh Abas bahawa hakim itu ibarat singa di bawah takhta. Apa yang menghairankan tragedi Fitnah I dan Fitnah II ini berlaku di zaman pemerintahan Mahathir dan Najib. Tidakkah mereka takut pada kuasa Khaliq? Tidakkah mereka takut pada azab neraka yang amat pedih lagi menggerunkan? Tidakkah mereka sedia maklum bahawa dosa fitnah itu adalah besar dari dosa membunuh. Jawapannya mereka telah mencabar ayat-ayat ALLAH dan tunggulah balasannya di Akhirat kelak.

Walaubagaimanapun, saya dengan rendah hati sebagai Rakyat Malaysia yang benci pada kezaliman dan fitnah mengharapkan Hakim Zabidin akan mencipta sejarah dengan menjadi Hakim yang menegakkan keadilan persis singa di bawah takhta kerajaan pada 9 Januari 2012 (keputusan perbicaraan kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim) kelak. Wahai Hakim Zabidin, takutlah pada ALLAH dan bukan pada pemerintah. Wassalam

Iklan- Tuisyen- Phonic teaching

Assalamu'alaikum...

Saya ingin mewar warkan kepada mana-mana ibu bapa yang berada di sekitar Gombak yang saya ingin mengajar tuisyen untuk anak-anak yang masih belum menguasai teknik bacaan bahasa Inggeris sepenuhnya. Terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah dan/atau kanak-kanak yang belum fasih membaca. Yuran RM30 selama 1 jam. Teknik pengajaran adalah phonic teaching. Saya boleh dihubungi di talian 013-2656596

Dear Parents,

I would like to inform that I want to open personal tuition for English Phonics Teaching near Gombak area only. The tuition fees is RM30 per hour. I may be contacted at 013-2656596

Thank you and have a nice weekend

Friday, December 23, 2011

Anwar's Sodomy Trial - Islamic Perspective

Puas aku menaip waktu rehat di Pejabat tadi...tapi tak tersave dalam pen drive aku hu hu hu.....so nampaknya on Tuesday sajalah aku boleh upload dalam blog aku ni......

Cuma kita menanti keputusan Hakim Zabidin yang akan diberikan pada 9 Januari 2012 nanti...pada aku kebebasan badan kehakiman kita masih belum pulih lagi...selagi mana Najib dan suku sakatnya termasuk penasihat proton tu iaitu Tun Mahathir masih di atas takhta maka kita sebagai rakyat harus mengubah pada Pilihanraya ke 13...Aku setuju dengan kata-kata Anwar walaupun beliau akan dipenjara sekali lagi beliau akan tetap berjuang di balik tembok besi....Keadilan Untuk Anwar...JUSTICE FOR ANWAR.

Wassalam.

Thursday, December 22, 2011

Masters in Comparative Laws

Aku telah apply untuk further studies masters di uiam, walaubagaimanapun, ibuku dan ayahku tidak memberi kebenaran untuk aku melanjutkan pelajaran, khuatir penyakitku akan berulang, lagipun adik-adikku sedang belajar...kesian pula pada amin dan zharif....takpalah sebagai kakak yang sulung aku perlu berkorban untuk keluarga....manalah tahu dengan pengorbanan ini, Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik.

Hari ini aku membuat keputusan sempena tahun baru Maal Hijrah aku akan mendedahkan siapakah diriku yang sebenar.....ala I am just ordinary person, tak ada yang special pon....berani kerana benar...aku bukannya hendak memfitnah sesiapa macam blog-blog upahan UMNO contohnya papagomo teruk sungguh fitnah yang dilemparkan hatta kepada shahrizad orang UMNO sendiri pun kena tempiasnya.

Aku membuat blog ini adalah untuk mengisi masa lapang almaklumlah masih single and available lagi....cakap pasal single inikan....itulah kekadang tu rasa jealous juga pada kengkawan yang sudah berumahtangga, tapi aku redha dengan ujian ini, orang lain punya ujian lagi berat daripada aku, tak ada pun nak mengeluh, aku harus bersyukur kerana masih berpeluang untuk bekerja dengan gaji yang agak mantap, ada keluarga yang memahami, hi hi masak pun malas kata mak aku macam mana nak kahwin gulp

lagipun aku masih on medication, takut takut si bakal suami tak dapat menerima penyakit bipolarku saja.......macam yang berlaku masa aku bertunang dulu, tak pasal-pasal je bila bekas tunang aku dapat tahu maka dia tak mahu teruskan pertunangan.....

ada satu lagi perangai pelik penyakit aku ini, mak ayah aku akan tahu dan dapat kesan penyakit tu datang balik bila aku mula sokong UMNO.....hi hi masa bulan ogos tahun ni, siap daftar PUTERI UMNO lagi tu daftar online, sabar jelah...last aku masuk hospital pada bulan puasa lepas, sebulan jugaklah dalam hospital, jangan tak percaya ada doktor falsafah yang sama penyakit dengan aku masuk sekali, kesian beliau ada suicidal tought dan dah telan 30 biji pil.

Jadi sempena tahun baru ini, azam baru aku adalah mendengar kata ayahanda dan bonda dan menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. amin, doakan ya kawan-kawan


Friday, November 4, 2011

Alhamdulillah my article was published in Harakah

Dear Readers

Please feel free to read my article in Harakah entitled "Kebebasan Badan Kehakiman di Malaysia belum pulih."

Remind me of the termination of Tun Salleh Abas....under Mahathir's leadership....how sad!

Bored to write

Congrats to Zulkifli Noordin....dah dapat Datuk rupanya selepas dok mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat!

Adios

Saturday, October 1, 2011

Unmasking the Unconscious Mind


Assalamu 'alaikum

Whether the Mahathir's action of declaring Malaysia as Islamic state was right that was the hot debate during the course with the trainer. I disagree with her. Mahathir wants to win the Muslim voters heart that is why he declared Malaysia as Islamic state. If he was sincere why he did not want to table it in the Parliament during his period as a Prime Minister. If Malaysia is an Islamic state why Mahathir did not want to implement Hudud and abolish the secular law in Malaysia.

Secondly, why the trainer mentioned that Anwar was sacked because he involved with zionist. What is the proof? Anwar has Islamic character and nobody can deny it. It is a malicious prosecution against Anwar and we hope that Pakatan Rakyat will win in the next election. Amin.

Saturday, September 17, 2011

ISA dimansuhkan, Hudud bila nak dilaksanakan??

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

ISA telah dimansuhkan dan saya harap Hudud dapat dilaksanakan di Malaysia. Ada BRAN!

Yang paling menyedihkan pemimpin-pemimpin UMNO begitu takut dengan Hudud Allah, mereka boleh mengatakan Hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak boleh diimplementasikan dalam masyarakat majmuk sedangkan di zaman Rasulullah SAW Hudud dilaksanakan dalam keadaan masyarakat yang majmuk iaitu terdapatnya kaum yahudi dan Nasrani.

Pedulikanlah kenyataan dari Lim Guan Eng dan Karpal Singh kerana umum sudah mengetahui mereka mana nak terima Hudud kerana mereka bukan Islam, tapi kita yang sesama Islam ni, solat Hari Raya, sembelih korban, pi nak turun Haji, puasa, zakat, tapi bila tiba nak laksana hukum Hudud ALLAH kita boleh nafikan.....nauzubillah tak takut ke musibah yang bakal menimpa, jangan tunggu tsunami seperti di Acheh dan gempa di Jepun melanda Malaysia di atas kelalaian dan kealpaan kita.

Justeru, saya menyeru pemimpin-pemimpin UMNO untuk melaksanakan Hudud di Malaysia kerana kita sudah muak dengan kes jenayah yang semakin membimbangkan kita. Pelaksanaan Hudud dilihat dapatlah mengurangkan dan sekaligus membanteras kadar jenayah.

Tahniah kepada pemimpin PAS kerana konsisten dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah walau karihal kafirun walau karihal musyrikun walau karihal munafiqun......Hudud bukan ciptaan PAS tetapi Hudud telah termaktub dalam Al-Quran dan Hadith

Saya menyeru semua untuk ubah kerajaan yang ada sekarang kerana kerajaan yang ada sekarang sudah melancarkan peperangan terhadap ALLAH. Ubah dan undilah Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke 13 kelak.

Wassalam

Friday, September 16, 2011

Alamak dah tembun!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sewaktu pulang ke kampung (masih dalam MC selepas 2 minggu berada di dalam Wad Psikiatri), ramai menegurku, Eh Aufa sudah berisilah, tembun (orang kedah mengatakan tembun ni maknanya gemokla), macam makcik makcik....di ofis pun ramai menegur mengatakan aku sudah berisi hu hu hu, penat minum herba life, jus mate, selebrity diet, sampai aku telah mengeluarkan belanja yang besar membeli korset/lingerie untuk menguruskan badan, nak tau harganya RM2,800.00 tapi selepas itu tak pakai pun sebab tak boleh nak bernafaslah!

Sampaikan mak tam makcik yang selalu aku order makanan kat gerai di rumahku menegur eh mengandung ke...hi hi aku terus ketawa sambil mengatakan mak tam saya belum kahwin lah.....

Susahnya nak kurus....itulah asyik kuat tidoq, makan tak jaga, inilah panahannya...adikku mengusik nampaknya saham akak dah jatuh hu hu biarkanlah

Esok aku akan berjumpa Ustaz Hafiz, Pembantu Ustaz Hanafi, selepas asar untuk rawatan sihir....sebenarnya aku mulai sedar ini adalah kerana semasa aku menjadi peguam pada tahun 2005, aku tersasar dari landasan syariah dan tidak mengamalkan apa yang telah aku amalkan di UIAM....namun aku sudah bertaubat dari dosa-dosa silam....kini ku kembali padamu mengharap kasih sayang mu moga kan terampunlah dosa-dosaku....itulah sebabnya pada tahun 2005 aku ditimpa penyakit jiwa iaitu musibah yang sebenarnya ingin menyuci dosa-dosa yang telah aku lakukan.

Sebab itulah di Amerika Syarikat, jumlah yang membunuh diri makin meningkat saban tahun kerana mereka jauh dari rahmat Allah.

Aku membaca majalah solusi dan mula insaf dengan apa yang telah menimpa diriku.

Aku juga ada menulis sinopsis novel bertajuk Aufa Humaira dan berharap penerbit PTS akan menerima sinopsis tersebut.....sebahagian cerita tersebut adalah cerita diriku yang melayari kehidupan sebagai Hamba ALLAH yang pernah membuat dosa dan kembali pada-Nya.

Moga ALLAH menerima taubatku.

Wassalam

p/s nak sambung baca majalah solusi....I recommend to my readers

Penjajahan Batiniah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini sambutan hari penubuhan Malaysia namun hatiku berkata-kata mengapa sambutannya hambar sahaja tiada perarakan kereta kebal ke, pertunjukan bunga api, konsert amal.....yang ada asyik dok membincangkan isu bukit kepong, mat indera yang tak berkesudahan....Malaysia masih tidak selamat daripada ancaman pendatang asing yang membuat jenayah, orang nak hantar orang kahwin kena rompak, orang yang lepak kat kedai mamak kena rompak sampai mamak sekarang berkira-kira nak ambik pengawal keselamatan yang bersenjata macam kedai emas, taraf hidup yang tinggi di bandar, bantuan zakat yang tidak sampai kepada orang yang memerlukan sehingga ada mereka yang memohon bantuan gereja, masalah sosial yang membarah, fitnah yang berleluasa, rakyat dihalang daripada mengadakan perhimpunan aman. Malaysia masih terjajah dari segi batiniah walaupun lahiriahnya kita sudah bebas daripada penjajah asing, KITA MASIH BELUM MERDEKA. Isteri-isteri pemimpin negara yang tidak mahu menutup aurat daripada pandangan lelaki bukan muhrim kecuali isteri Timbalan Perdana Menteri yang begitu ayu memakai tudung. Aku mengatakan perkara yang benar dan meluahkan kekhuatiranku. Hanya Pakatan Rakyat yang mampu untuk mengatasi segala-galanya. Kita melihat betapa zuhudnya seorang Menteri Besar di Kelantan, betapa karismanya Menteri Besar Selangor dan betapa kuat imannya seorang Menteri Besar di Kedah.

Bangkitlah wahai Rakyat! Ubah Negara daripada Penjajahan Barisan Nasional yang tidak mampu mengubah taraf hidup kita walaupun sudah diberi peluang puluhan tahun memerintah negara. Kita menanti kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya kelak. Amin Ya Rabbal 'Alamin

Monday, September 12, 2011

Sayangi Diri Sendiri

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Dear friends,

Hari ini aku ada medical appointment di Hospital Selayang, so dapatlah 1 hari MC. Alhamdulillah aku diketemukan dengan insan istimewa, Kak Nazariah namanya berumur 58 tahun, seorang pensioner UDA Holdings, Mempunyai 4 orang anak. Aku kan peramah, setiap kali appointment, semasa dok boring2 kat kerusi menanti nombor giliran, aku akan mencari kawan untuk berborak. Kak Nazariah, begitu penyayang dan berjiwa halus.....aku diberitahu bahawa beliau seorang pesakit kanser, kanser pangkal rahim, kanser usus dan baru-baru ini disahkan mengidap kanser paru-paru...sudah puas beliau berubat tapi masih belum sembuh, kimoterapi, rawatan perubatan Islam, radioterapi. Kini beliau pasrah pada ketentuan Ilahi dan beliau tidak mahu lagi meneruskan perubatan kimoterapi, beliau hanya akan bertemu kaunselor dan Dr. Psikiatri bagi mengelakkan depression.

Kak Naza memberi nasihat berguna padaku sayangilah diri sendiri sebelum kita menyayangi diri orang lain. Ya tahun lepas aku pernah bertunang, tapi sebaik sahaja tunang mengetahui aku sakit bipolar disorder, beliau menjauhkan diri. Kak Naza berkata itu adalah lebih baik daripada selepas berkahwin dan beliau meninggalkan aku kerana aku sakit. Beliau menceritakan pengalaman rakan-rakan beliau yang lebih teruk daripada aku. Seorang rakan beliau pada hari perkahwinan, pengantin lelaki tidak hadir di hari pernikahan dan seorang lagi rakan beliau bertunang dengan seorang Dr. Lelaki, tetapi apabila Dr. tersebut mengetahui perempuan tersebut disahkan mengidap kanser pangkal rahim, Dr. tersebut memutuskan tali pertunangan.

Jika kita menyayangi orang lain lebih daripada menyayangi diri sendiri, pertama orang itu akan meninggalkan kita atau mengecewakan kita. Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kita. Walau apapun yang menimpa diri kita hatta baik maupun yang buruk semua itu ada hikmahnya dan kita perlu bersangka baik dengan ALLAH, teringat kata-kata kak wani masa kat UIAM dulu.

Selesai kerjaku di Hospital Selayang, aku pi berhari raya di rumah rakanku di Taman Melewar...shidah namanya, inilah rakanku sejak dari umur 4 tahun sehingga kini.

Selepas itu aku pergi berjumpa Ustaz Hafiz, pembantu Ustaz Hanafi (pernah ada masuk TV3 dalam rancangan Halaqah) untuk buat perubatan Islam. Aku dimaklumkan bahawa aku disihir....Ya ALLAH besarnya dugaan ke atas hambaMU ini....Ampunkanlah dosa-dosa HambaMU ini Ya ALLAH. Ustaz meminta aku membawa 7 biji limau nipis, 7 biji limau purut, Kain Hitam 1 Meter, 7 Helai Daun Nangka dan berjumpa dengan beliau semula pada hari Rabu dalam minggu ini juga. Biarlah aku pergi usahakan untuk sembuhkan apapun penyakit yang aku alami ini. Walaupun aku rasa sedih namun aku perlu tabahkan hati ini. Moga ALLAH membantu dan aku yakin Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan ALLAH tahu HambaNya itu mampu memikul ujian itu.

Yang aku paling pelik sekali, kalau aku sakit pasti aku akan menyokong UMNO, ibuku sudah sedia maklum kalau aku dok kutuk-kutuk anwar dan Pakatan Rakyat, pasti something wrong with my mind, kerana ibuku tahu aku ada penyokong kuat Dato Seri Anwar Ibrahim. Namun, setelah menerima rawatan di Hospital, fikiran aku kembali normal dan sudah menyokong Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali.

Moga Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya dan Moga ALLAH membantu Pakatan Rakyat dalam memenangi Pilihanraya Umum Ke 13.....hi hi aku pasti membantu membawa pengundi-pengundi menaiki kereta kelisaku yang comel itu.

Salam 1Ummah

Wassalam

Tuesday, September 6, 2011

Pencarian Jodoh


Aku kini dalam pencarian jodoh walaupun pada dekad ini amatlah sukar untuk mencari lelaki yang menepati ciri-ciri Rasulullah SAW tidak pun adalah seperti ciri-ciri Tok Guru Nik Abdul Aziz :) Pengalaman aku sendiri the moment I started to tell my mental illness, that guy akan menjauhkan diri, apa dia ingat aku ni penyamun, perompak, penyangak antarabangsa ke......namun aku berharap andai ada sesiapa yang terbaca blog ini dan sudi berkenalan dengan aku sudi-sudikanlah, aku sedia membuka pintu hatiku untuk menjadi suri hidupmu cheewah....

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
Sungguhpun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai malu dan sebagai perempuan, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan. فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ “Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48). Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat .

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra : “Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya : Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata : “Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya” (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj). Sesungguhnya Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.

Sekian, Wassalam

Monday, August 29, 2011

Eid Mubarak

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat sahabat-sahabatku, bloggers semua.

Maaf Zahir & Batin

Berhentilah fitnah memfitnah ni. Jagalah amanah rakyat!

Wassalam

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan yang tenang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang paling tenang kerana aku dapat beribadah dengan sebanyak-banyaknya. Menses hanya 7 hari dan pada awal Ramadhan. Walaupun aku dimasukkan ke Hospital Selayang sekali lagi seperti tahun lepas juga tapi aku dapat membantu nurses di Hospital kerana serangan bipolar tidaklah seteruk tahun lepas, mild saja....walaupun aku masih lagi merasa ada orang nak bunuh aku [ Ya ALLAH bantulah HambaMu]. Doktor Salmi, Doktor Jannah, Doktor Sutaha memang amat membantu....adik2 medical students especially Izzat, Ashraf yang tak putus2 dok dengar aku mendendangkan lagu nasyid....hi hi bukanlah nak angkat bakul tapi ramai yang puji suara aku yang sedap.....Alhamdulillah itu anugerah ALLAH. Nak dedicate lagu try not to cry dari Sami Yusuf. Aku dapat cuti 35 hari, ambik ko....lama giler...so malam boleh buat Qiyamullail [hi hi kekadang terbabas jugak]

Malaslah nak campur hal politik Malaysia ni, tak best, baik bicara hal politik dunia (world issues).....Palestinian issue, Somalia issue, Libya issue...Insya ALLAH I will pursue my masters of comparative laws. Today I had registered in IIUM. 'Tolabal 'ilmi minal mahdi ilal lahdi'. Hopefully the garden of knowledge and virtues will help me to stabilize my sickness Insya ALLAH. Hi hi mana tahu ada jumpa jodoh dengan Pak Arab.....tak minat dengan orang Melayu sebenarnya....typical malay...

Need to sleep for a while. Today is the 25th Night of Ramadhan. Who knows tonite is the nite of Al-Qadr.

Salam 1Ummah

Wassalam

Saturday, August 20, 2011

Shopping time

Salam

Hari ini akan shopping bersama-sama adik2 di Lot 10, Zara Boutique...kopaklah aku!

Ok....

Wassalam

Friday, August 19, 2011

Ustaz Mohd Suffian Bin Yaakob

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Mata ini masih belum mengantuk lagi walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi....almaklumlah dah tido waktu petang....jap lagi nak buat tahajjud....[hi hi nak doa mohon Allah ketemukan dengan jodoh yang soleh dan boleh membimbing aku dunia dan akhirat]....betullah nikmat tidur tu hanya diberikan oleh ALLAH sahaja....semasa aku di hospital ingat lagi ada Indian Lady ni (aku panggil dia amma) dah telan 2 biji sleeping tablets tapi masih tak tidor lagi, tapi dia mengadu pada medical assistant untuk tambah pill tapi MA tak bagi sebab nanti overdose.

Tadi dengar ceramah Ustaz Mohd Suffian Bin Yaakob di surauku selepas solat terawih....
Ustaz menunjukkan pengalaman beliau bersama-sama fakir miskin di Larut, Perak...ada slides show lagi...memang begitu dhaif rumah-rumah penduduk di sana..... Ada keluarga yang begitu dhaif sampai minum air hujan kerana tiada bekalan air, rumah atap bocor, atap plastik...Ya ALLAH walaupun mereka miskin di dunia tapi aku yakin orang inilah yang Allah akan masukkan dulu ke Syurga.....cuma kita khuatir kemiskinan itu akan membawa kepada kekufuran....

Justeru, sesiapa yang ingin menderma mohonlah berbuat demikian

Bank Islam 08040010033062 - Dana Pembangunan Pendidikan dan Kebajikan Kawasan Larut

Maybank 558248203951 - Kubu Gajah Care

Bersesuaian dengan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah -267 yang bermaksud

"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu...."

Rakyat di hati, Islam di Sanubari

Salam 1Ummah

Aufa

Thursday, August 18, 2011

Don't judge people

Assalamualaikum wrt. wbt.

Dear my blog,

Kita jangan memandang hina orang-orang yang membuat maksiat kerana kita tidak tahu Rahmah dan Hidayah ALLAH mungkin diberi kepadanya. Biarlah dia tidak bertudung, pakai skirt pendek, bertindik hidung, memakai gelang emas ke, tapi kita tidak tahu bila hidayah ALLAH datang, dia mungkin lebih baik dari kita.....kekadang aku geram juga dengan segelintir pihak yang memandang rendah pada golongan artis....kita bukan hentam mereka tapi kita berdakwah dengan kelembutan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan tugas kita adalah menyampaikan apa yang benar.....

Aku ada seorang kakak angkat, dia tidak bertudung, tapi Alhamdulillah kini sudah bertudung, aku tidak pernah menjauhkan diri daripada beliau, sampaikan ada satu ketika itu kami nak masuk masjid tapi beliau tidak bertudung, Alhamdulillah masa itu aku ada simpan spare tudung dalam beg....tapi bagi aku kalau tidak bertudung pun apa salahnya untuk masuk ke masjid untuk bersolat, kita beri mereka peluang untuk berubah...ini masjid di Malaysia dah menggariskan etika berpakaian. Pada aku walaupun mereka tidak bertudung, tapi kalau kita bagi mereka peluang, lama-lama Insya ALLAH mereka akan terbuka hati untuk bertudung.

Salam Perjuangan

Wassalam

Airmata berlinangan dan doa Qudus

Airmataku berlinangan mendengar ceritera sahabat yang amat ku sayangi...lama kami terpisah di sekolah, bertemu semula di facebook. Beliau menceritakan diri beliau yang sudah tidak suci lagi kerana mengikutkan nafsu, penangan suami orang katanya. Aku kenal Atiqah (bukan nama sebenar) adalah insan yang tidak pernah tinggal solat, membaca Al-Quran....tetapi selepas berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau ada berkenalan dengan seorang jejaka, mulanya jejaka itu mengaku masih bujang, justeru Atiqah tidak teragak2 menyahut salam persahabatan. Lelaki itu juga berperawatakan alim dan pandai menggunakan nas-nas Al-Quran dan Hadith. Namun panas yang disangka ke petang rupanya hujan di tengahari. Lelaki tersebut telah meragut kehormatan beliau. Ya ALLAH kau bantulah sahabatku.

Aku berdoa pada bulan Ramadhan yang mulia ini moga lelaki tersebut akan kembali ke pangkal jalan dan moga sahabatku disatukan dengan beliau. Sahabatku ini luhur budinya kerana beliau masih menyayangi lelaki tersebut, Aduh, cinta bertunjangkan nafsu.... namun ketahuilah sahabatmu ini setiap hari tidak putus berdoa untukmu, Moga ALLAH membukakan hatimu agar menjauhi lelaki itu (jika ia tidak baik bagimu) atau mendekatkan dirimu (jika ia baik bagimu). Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, moga dirimu, lelaki itu dan aku serta seluruh umat di dunia ini dipertemukan dengan lailatul Qadr.

Wassalam

www.assajda.com

Please view this interesting website http://www.assajda.com

Monday, August 15, 2011

Mengapa PAS bersama dengan Ambiga?

Hatiku sebenarnya sudah merasa ragu apabila Bersih yang diterajui oleh Datuk Ambiga dan bersama2 sehati sejiwa pula dengan pemimpin2 pakatan Rakyat...apa tujuan sebenarnya mereka...Di sini saya sertakan maklumat dari wikipedia siapa sebenarnya Ambiga......

Ambiga Sreenevasan (lahir 1956) merupakan Presiden Badan Peguam Malaysia sejak 2007.
Beliau merupakan seorang peguam kanan yang tegas berhubung hak asasi manusia untuk berhimpun. Perarakan hak asasi manusia yang dirancang oleh Badan Peguam dari Jalan Raja Laut ke Pasar Seni pada 10 Disember 2007 telah dibatalkan kerana tidak mahu memenuhi syarat polis yang memerlukan permit berhimpun. Polis Malaysia mengemukakan alasan Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang jelas menyatakan sebarang perhimpunan perlu mendapatkan kebenaran demi ketenteraman dan kesejahteraan awam.
Dato' Ambiga Sreenevasan merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia dan merupakan peguam bela dalam kes Lina Joy. Ambiga telah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah "Bab Perkara Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan", dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain di bawah undang-undang Malaysia.[1]
Bertindak dalam kapasiti Presiden Majlis Peguam, Ambiga telah menerima satu memorandum kepada pembentukan satu Suruhanjaya Antara Agama, yang membuat 14 tuntutan dan salah satunya mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan dan mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan. Ambiga turut mengadakan forum mengenai artikel dalam perlembagaan yang berkaitan undang-undang syariah, walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam- Sumber Wikipedia

Pening memikirkan senario politik di Malaysia yang sudah caca marba ini, mana satu pihak yang benar, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yg lebih.

Pada aku tidak kisah parti mana, selagi mana ia mendaulatkan Islam maka itulah akan aku sokong, jangan sampai Islam tergadai di bumi Malaysia.

Bukan niat aku untuk menyebarkan fitnah, namun jika niat ambiga adalah untuk membersihkan pilihanraya di Malaysia, aku adalah orang yang akan menyokongnya. Lagipun aku pasti Tok Guru Nik Aziz mengetahui apa yang mereka lakukan kerana ulama-ulama di dalam PAS seperti Dato Haron Din, Hassan Ali lebih mengetahui daripada aku yang kerdil ini.

Seperti kata ibu angkat aku Bulan Ramadhan ini untuk kita tambahkan pahala bukan dosa. Forget what other says about other people . Kita bertaubat, kita istighfar, kita tambahkan amalan dan dekatkan diri dengan Maha Pencipta kita.

Wassalam

Kemanisan di sebalik ujian

Assalamu'alaikum dan Salam 1Ummah

Pada 30/07/2011, aku menghadiri convocation adikku di UIA....sebenarnya sepanjang malam aku tidak dapat tidur kerana membaca buku khutbah-khutbah Rasulullah SAW....Subhanallah satu buku yang begitu padat dengan pengisian dari awal kenabian Rasulullah SAW sehingga tawaf wida.....tapi keluargaku sudah mula perasan tingkahlaku aku yang berlainan dari biasa....nampaknya macam aku dalam high mood....aku rasa sihat sahaja....dan petang itu terus mereka menghantar aku ke Hospital Selayang. [ni sedang tengah dengar lagu Sudirman Salam Terakhir-Syahdunya - ingatlah mati dimana saja kau berada]

Walaupun pada awalnya aku sedih dimasukkan ke dalam hospital tapi sebenarnya setelah beberapa hari aku berasa bersyukur....aku dapat berdakwah kepada mereka di dalam hospital tersebut.....

Terdapat juga Dr. PHD Literature yang masuk menjadi patient bersamaku mengajarku ayat-ayat doa untuk diamalkan antaranya untuk Solat Tahajjud rakaat pertama kita membaca Surah Al-Kafirun dan rakaat kedua Surah Al-Ikhlas

Di dalam wad juga aku bertemu adik2 final year medical students yang begitu peramah dan memberi semangat kepadaku.

Terdapat juga adik2 [patients] yang masih muda seorang masih berumur 17 tahun dan seorang lagi 13 tahun, kasihan aku melihat mereka, apakan daya berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam, jika di hospital ni, aku dah diulit mimpi dah ni, entah kenapa bila berada di rumah susah pulak nak tidoq

Ok, sampai di sini dahulu....

Salam 1Ummah.

Wassalam


Thursday, May 5, 2011

Umrah

Salam Perjuangan....

Telah kembali dari mengerjakan umrah pada 16 April 2011...kembali pada 28 April 2011 jam 9.15 am.

Wassalam

Sunday, March 27, 2011

Kursus Umrah oleh Andalusia Travel & Tours


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Salam Perjuangan dan Salam Ukhuwah

Hari ini aku berkursus umrah bersama ibu dan adikku di Wisma Andalusia, dekat Kampung Pandan, bersama penceramah yang terkenal, mantan Pengurus Tabung Haji Ustaz Dato Daud Che Ngah...memang bestlah penerangan yang diberikan beliau, lengkap, padat dan tak kering gusi.

Namun dalam ceramah punya ceramah tu, ustaz menyelitkan sikit isu video panas fitnah yang mengaitkan Dato' Seri Anwar. Ustaz tak mentionlah nama siapa punya video tapi ustaz cakap lebih kurang ginilah, "saya nak sentuh sikit isu video yang mengaitkan pemimpin yang sedang heboh sekarang ni, sebenarnya patut dibuang kes saja sebab tidak ada 4 saksi yang melihat perlakuan dot dot itu dibuat," memang aku setuju dengan ustaz, masa belajar hudud laws di UIAM dulu memang kami diajar secara terperinci tentang cara mensabitkan orang dalam undang2 hudud the standard of evidence is very high sehingga 4 saksi lelaki kena melihat orang memasukkan alat sulit secara terang2an kalau tak boleh buang kes....kecualilah kalau orang tu yang mengaku sendiri

Namun seperti masa saya melepak di Mahkamah, ada seorang peguam India memberi komen, Anwar has charisma....dan aku pun menyampuk, I concur...memang terpancar aura beliau semasa berucap....

Teruskan dsai mempertahankan kebenaran walau dilanda badai fitnah, Sesungguhnya doa orang teraniaya dengan ALLAH tiada hijabnya

Hari Isnin lepas aku masuk TV3, masa tu lepak2 kat depan Mahkamah Jalan Duta bersama2 penyokong2 dsai, tak sangka lak masuk tv....dok dengar ucapan dari Ustaz Badrul Amin tentang isu DNA....

Jadi aku Insya ALLAH akan bertolak ke Mekah tapi transit di Bahrain ke Jeddah dan Madinah dulu pada 16 April 2011....aku akan mendoakan moga Malaysia akan selamat dari pemimpin2 yang korup.....aha by the way....yang peliknya mengapa video itu boleh ditayangkan di Carcosa Seri Negara, setahu aku Carcosa ni adalah tempat penginapan tetamu2 kehormat luar negara dan di bawah Jabatan Perdana Menteri...hai takkan Dato Seri Najib tak tahu apa2 kot....komen sikit Dato?

Oklah terima kasih kerana sudi membaca...Insya ALLAH kita akan bertemu lagi

Wassalam

p/s: Lawan tetap Lawan.....Jangan sampai Malaysia jadi seperti Mesir, Kuasa ALLAH mampu menumbangkan pemimpin2 yang zalim dan khianat pada shahadah yang dibaca setiap solat

Aufa

Friday, February 18, 2011

Mencari Kasih Sayang ALLAH

Salam Perjuangan

Tadi baru dapat sms dari sahabatku huda yang akan berangkat menunaikan umrah esok flightnya.....bestnya dapat juga pergi, flight aku pulak 16 April, moga ALLAH memberikan kesempatan dapat aku mencari kasih sayangnya di sana.....

Menanti kemenangan Islam di Malaysia

Wassalam

Tuesday, January 4, 2011

Pendedahan Wikileaks

Salam,

Mula-mula dengar nama wikileaks dalam newspaper punyalah tak faham, pastu sms pada mak angkat aufa yang berada di US, my mak angkat cakap wikileaks ni kerjanya mencari silap orang dan melempar fitnah, jadi toksahlah nak percaya...kita sedih dengan mereka yang kononnya berpendidikan tinggi, perkara sebegini pun tak boleh nak pikiaq...tengok Anwar difitnah kata liwat, sekarang isu terbaru ada menteri yang difitnah merogol amah....ha adakah kita nak percaya wikileaks ni.....banyak lagi kerja lain...

Hu hu semua harga barang naik! kesian rakyat jelata, wahai pemimpin bangkitlah dari menghabiskan duit rakyat untuk projek2 jutaan ringgit sampai stesen bas pun harganya sampai RM570juta, apa ni....!

Wassalam