Islamic Widget

Saturday, October 30, 2010

Setiap penyakit ada ubatnya

Salam,

Terkadang aku mengimbau memori di zaman aku belajar di UIAM sehingga tamat pengajian, aku tidak pernah tahu apa itu bipolar. Apabila bekerja di sebuah badan berkanun pada tahun 2005, aku telah didiagnosed oleh doktor berikutan simptom seperti ada yahudi mahu membunuhku. Doktor kata penyakit aku namanya bipolar mood disorder dan setakat hari ini belum bertemu penawarnya kerana aku perlu makan ubat untuk control sehingga akhir hayatku. Itu kata doktorlah, tapi takdir Ilahi mengatasi segalanya.

Tapi dalam hati 'I back to defer' kerana Rasulullah SAW berkata bahawa tiada penyakit yang tiada ubatnya kecuali mati.

Aku juga berubat dengan Ustaz Hanafi - terima kasih Ustaz. Ustaz kata aku ada kecelaruan hormon di otak termasuk gangguan makhluk halus [hmm dr. mana nak percaya semua tu. lagi pulak dr. aku ni dr. cina]

Hari itu ada berselisih faham sikit dengan bondaku, kasihan bonda, maafkan ku bonda, yalah bonda betul2 teringin nak menimang menantu dan bekas tunangku pula memanglah datang dari keluarga yang baik2, ibunya guru mengaji, tapi dek kerana sakit aku sendiri yang meminta untuk memutuskan tali pertunangan, no one to be blamed dalam hal ini. Mak sedih sebab mak kata rumah dah bercat, dewan bapak dah tempah, goodies pun dah buat.....tapi mak, segalanya adalah ketentuan ALLAH.

Aku tidak mahu memikirkan lagi soal kahwin buat masa inilah walaupun ada yang menunggu [ tapi aku tak dapat terima sbb ayahku dah tetapkan syarat orang itu mestilah ada kerja tetap] aku harus terima hakikat bahawa aku sakit dan aku kini berseorangan untuk menghadapi segala yang datang, walaubagaimanapun Alhamdulillah aku ada kawan2 yang sedia mendengar. What is my goal now? My goal adalah untuk bekerja dengan tekun, makan ubat mengikut nasihat doktor....dalam pada masa yang sama berusaha dan berusaha untuk pulih sepenuhnya.

Jodoh tu bak kata kawan baikku Shidah, ada lagi 19 tahun sebelum aku menopous untuk aku berusaha mencarinya hi hi entahlah siapalah nak dekat aku yang sakit ini...memang luaran nampak sihat sekali dia datang attack, tak larat nak jago, takut aku diceraikan saja, nauzubillah, jadi aku perlu mencari seseorang yang boleh terima aku seadanya....hu hu hu

Ok aku berhenti disini untuk solat zuhur.

Wassalam

Friday, October 29, 2010

Jodoh itu satu ketentuan atau kita perlu usaha?


Assalamu 'alaikum wrt. wbt.

Apabila berbicara soal jodoh, adakah ini satu ketentuan ALLAH atau kita perlu usaha. Kebetulan saya mendengar RADIO IKIM 91.5 dan saya sendiri yang menelefon IKIM dan mengajukan soalan kepada Dato' Dr Zaleha Kamaruddin Timbalan Ketua Pengarah IKIM, beliau menyatakan bahawa jodoh ini memang kita perlu usaha dan tidak boleh serahkan pada taqdir semata-mata kerana ALLAH telah beri kita akal untuk memilih. Yalah kalau kita pilih mat rempit, penagih dadah, pesakit HIV, pesakit bipolar macam saya, takkan nak salahkan taqdir pula.....

Berdoalah agar jodoh kita diredhai ALLAH

Wassalam

Tuesday, October 19, 2010

AKU REDHA YA ALLAH

Assalamu 'alaikum

Hari ini seperti biasa melangkahkan kaki ke Ofis, berjumpa rakan sepejabat yang memang englishnya berabuk macam cakap dengan mat saleh, best sangat, di whiteboard nya akan tertulis quote of the day, baguslah memberi inspirasi pada ku. Alhamdulillah rakan-rakan di ofis memang very supportive. 'Ditampilkan' kata-kata daripada sahabatku ini:

"Respect is not something you are gifted or born with. Its something u earn and for u to earn is for you to give"

"Today's part of tomorrow and the past forms the future"

"There are thousands of flaws along the way towards perfection"


Aku telah menguatkan tekad untuk tidak menelefon lagi bekas tunang, yalah beliau seorang yang baik hati dan tidak mahu memberi harapan, telefon pun beliau takkan angkat hu hu hu, mulanya agak sedih juga, siapalah yang tak sedih, tarikh pernikahan ku dijadualkan pada 23 Oktober 2010, kad pun dah ditempah, baju nikah pun dah siap, Ya ALLAH besarnya dugaan buat hambamu yang kerdil lagi hina ini. Ditambah lagi dengan sebulan aku relapse and hospitalised for bipolar - the third attack.....Doktor mengatakan puncanya sebab aku tak makan ubat, tapi dalam hati aku ini adalah dugaan ALLAH untuk menguji HambaNYA. Tapi aku belajar dari kesilapan, seperti dalam radio IKIM.FM pagi tadi melalui kata-kata hikmah, lupakan musibah tapi jangan lupakan pengajaran dari musibah......Aku akui aku alpa maklumlah darah manis, ditambah pula dengan prestasi yang makin baik di ofis menyebabkan terkadang solat pun lambat, jadi inilah ujian ALLAH buatku.....AKU REDHA YA ALLAH

Opps, masa untuk membaca AL-QURAN...Jom Mengaji!

Masjidil Haram


In the program called (ONE FAMILY) on MAJD channel
The speaker was Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee)
He said that Muslims are never disorganized; they just need to be CONVINCED.

THEN HE TOLD A STORY OF AN AMERICAN NON MUSLIM MAN WHO WAS DISCUSSING ABOUT ISLAM WITH HIM WHILE HE WAS WATCHING LIVE .ON BROADCAST OF SALAT ISHA FROM KAABAH, ON TV

The American man was so amazed of how crowded is the masjid, more than 3 million Muslims were there at the last nights of the holy month of Ramadan, so crowded, so disorganized.

The sheikh asked the Non-Muslim man: How long do you think they'll take to organize themselves in rows and start the Salaat?

He answered: at least 2-3 hours

The sheikh said: but the masjid (HARAM) of Kaaba is 4 floors

The man said: OH, this's will make it about 12 hours then

The sheikh said: put in your mind that they are from countries all over the world with different languages.

The American man said: THEN IT's IMPOSSIBLE TO ORGANIZE THEM BY ANY MEANS!!

Then the Salaat time came, and sheikh Sudais of Makkah stood up and said (ESTAWOO)=Arrange yourselves

And within seconds, the whole scene changed and the crowd of 3 million Muslims arranged themselves in well-organized rows in NO TIME !!The American man stared at the TV screen for a moment, and then said:

ASH-ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAN RASOOLOLLAH.

(I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger)

Thursday, October 14, 2010

Palestine tomorrow will be free

Assalamu’alaikum wrt. wbt.
Al Fatihah buat Raden Galoh
Allah is our priority not the last resort……..Terkadang apabila membaca cerita insan2 yang diberi instinct lebih awal daripada Yang Khaliq maka memang menginsafkan…..

Kiamat sudah semakin hampir kalian…bersediakah kita dengan kedatangan dajjal al masih, ya’juj dan ma’juj? Bacalah AL Kahfi at least 10 ayat……everyday…kalau boleh hafal lagi bagus……

Jangan risau, nantikan saja kedatangan Nabi Isa A.S dan Imam Mahdi yang bila2 masa akan muncul

Yahudi Zionis laknatullah sedang kepanasan sekarang….Insya ALLAH….doalah beramai2
Boikot barang Zionis berhenti merokok….satu rokok ada hisap bermakna 1 anak palestin akan syahid tapi mereka di Palestine sanggup berjuang kerana janji ALLAH adalah syahid!…..Kawan saya seorang rakyat palestine semasa belajar di UIAM…..Isa namanya….entah2 sudah syahid..lama dah lost contact…..saya pernah bertanya beliau pernah baling batu pada tentera [have you ever throw the stone to the jews laknatullah]…every palestinian did that….now jews…beware!…the uprising of Islam is coming….ALLAHUAKBAR!
Dari Dia kita datang, kepadaNyalah kita akan kembali………………

Akhir kata hayatilah bait-bait lagu Maher Zain....Palestine tomorrow will be free.

Jazakallahu Khairan Kathira.

Aufa Humaira'

ALLAH is our first priority not the last resort

Assalamu 'alaikum wrt. wbt.

Aku telah dijemput untuk mendeklamasikan sajak di Hospital Selayang pada hari Isnin 11hb Oktober bersamaan dengan World Mental Health Day peringkat Hospital Selayang. Berikut adalah bait-bait sajaknya

Masih Adakah Sinar
Buatku dalam meniti perjalanan berliku
Menyungkil Hikmah dari ketentuan ALLAH
Melihat dengan mata hati
Perkara yang tersurat dan tersirat
Satu kenyataan, fakta perubatan
Namun ku terima takdir ilahi
Dengan lafaz Alhamdulillah
Terselit rahmat yang hanya Yang Esa mengetahuinya
Hospital Selayang menjadi saksi pemukiman sementara
Para pakar psikiatri menjalankan tugas mereka
Namun penyembuhan total hanya Yang Khaliq penentunya
Sememangnya satu hakikat tidak selamanya langit itu cerah
Terkadang mendung mewarnai perjalanan hari
Namun aku pasrah pada Yang Maha Kuasa
Kerana ia merupakan satu ketentuan
Bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan
Allah pasti akan menggantikan yang lebih baik.


Aku yakin, ALLAH pasti akan menyembuhkan penyakitku ini kerana walaupun doktor mengatakan penyakit ini tiada ubatnya tapi doktor bukanlah penentu segalanya, namun kita hanya berusaha dan bertawakkal kepadanya. Aku juga berubat melalui kaedah perubatan Islam, terima kasih Pak Mud (Perlis), Ustaz Lokman (Perubatan As Syifa Al Hidayah), Ustaz Hanafi (TV9).

Buat ibu dan bapa, maafkan anakmu kerana anakmu ini diuji ALLAH dan bukanlah niatku untuk menjatuhkan maruah kalian, aku tidak pernah pinta untuk sakit, dan bukan aku yang merosakkan tali pertunangan....segala-gala yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun ini adalah benar-benar ujian dan dugaan buat anakmu, dan sungguh anakmu ini kerdil untuk menghadapi ujian ini seorang diri....fahamilah daku, tolonglah mengerti....

Buat bekas tunang yang dihormati, maafkanku dan keluargaku, segala yang berlaku adalah di luar jangkaan, maafkanku juga kerana merahsiakan penyakitku ini.Aku mendoakan dirimu akan bertemu pengganti yang solehah dan menjadi suri hidupmu hingga ke akhir hayat.

ALLAHUMMA AJIRNI FI MUSIBATI WAKHLULI KHAIRAN MINHA, adalah doa ummu salamah semasa Abu Salamah meninggal dunia dan akhirnya Rasulullah SAW yang meminang beliau.

Buat ibu angkatku, kak ami yang tidak putus-putus memberi semangat kepada anak angkatmu ini, Syukran Jazilan, Jazakallahu Khairan Kathira.

Salam Sayang
Aufa Humaira'

Apa itu Bipolar Mood Disorder

Tahun 2005 aku disahkan menghidap Bipolar Mood Disorder [berkait rapat dengan kemurungan]....dan hanya pada tahun ini 2010 baru aku dapat menerima hakikat penyakitku ini. Di bawah ini aku mengambil sumber dari www.saifulislam.com tentang penyakitku


PENGALAMAN SILAM

Lama sebelum itu, seorang pelajar datang ke rumah saya. Beliau mahu mencadangkan kepada saya plan latihan ketenteraan yang beliau rangka. Saya hanya mampu mengangguk. Selama 6 jam beliau bersyarah di hadapan saya. Dari isu plan ketenteraan tersebut, sampailah kepada perancangan Yahudi di sebalik animasi Pokemon dan kesukaannya terhadap Doraemon. Bercakap tidak berhenti-henti, penuh semangat, tetapi tiba-tiba menangis seketika sebelum menyambung kembali syarahannya kepada saya.

Secara jujurnya, tepat jam 4 pagi, saya sudah menjadi demam akibat ‘torture’ syarahan pelajar ini.

Semasa itu, saya hanya terfikir satu perkara. Mungkin pelajar ini dirasuk jin!

Tetapi apabila plan ketenteraannya saya berikan kepada isteri, beliau dengan segera memberikan komen, “abang, rasanya budak ni ada masalah bipolar disorder. Lengkap belaka”

Saya terdiam.

Malang sekali, pelajar tersebut gagal diselamatkan. Beliau ditahan polis kerana berkelakuan agresif di khalayak ramai. Namun saya bersyukur kerana kini kehidupannya teratur kembali. Semoga beliau terus tenang dan berusaha mematuhi nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh pakar psikiatri kepadanya.

PERINGKAT HIPERMANIA

Hasil pembacaan buku dengan panduan isteri, serta bacaan di internet, saya dapat memahami serba sedikit tentang masalah Bipolar Disorder ini. Semasa seseorang itu berada di tahap mania, dia itu sering menunjukkan simptom-simptom berikut:

Bertenaga secara berlebihan, aktif dan menolak rehat
Mempunyai perasaan yang begitu tinggi bahawa dirinya itu ‘bagus’
Komunikasinya sungguh merimaskan dan mengganggu
Berfikir dengan laju dan ekstrim, bercakap dengan begitu pantas dan melompat dari satu idea ke satu idea. Ideanya boleh difahami tetapi tidak berkait di antara satu sama lain
Mudah terganggu dan sukar menumpukan perhatian
Tidak tidur kecuali sedikit atau tiada langsung
Mempunyai kepercayaan berlebihan secara tidak realistik terhadap kuasa dan keupayaan seseorang
Lemah dalam membuat keputusan
Berbelanja secara yang sangat boros
Kelakuan melampau yang berpanjangan lebih dari kadar yang biasa
Keinginan seks yang meningkat
Boleh terjebak ke dalam penggunaan dadah terutamanya kokain, juga minuman beralkohol serta pil tidur
Provokatif, intrusif dan sikap yang amat agresif
Sangat menafikan yang dirinya itu di pihak yang salah
Sudah beberapa orang yang jangkakan dirinya mengalami Bipolar Disorder ini menunjukkan hampir kesemua simptom itu. Tentu sahaja jika orang yang mengalami masalah ini merupakan suami, atau majikan kita, mereka akan sungguh menyeksa kehidupan kita.

MENCETUS KEHANCURAN SOSIAL

Inilah yang membimbangkan saya. Tanpa pengetahuan tentang masalah psikiatri ini, saya tidak tahu berapa banyak rumah tangga yang hancur, berapa banyak pekerja yang diberhentikan majikan, dan berapa banyak syarikat yang musnah, apabila suami di dalam rumah tangga, atau majikan di dalam sebuah syarikat, mempamerkan sikap yang sangat agresif.

Siapa yang tahan dengan manusia sebegini?

Sanggupkah isteri berdepan dengan perubahan mendadak seorang suami?

Tidakkah menderita seorang pekerja apabila majikannya mempraktikkan kesemua simptom di atas?

Andai segalanya difikirkan sebagai perubahan sikap, ia tentu menimbulkan 1001 kesulitan. Tetapi jika kesemua simptom itu ada, berkemungkinan suami anda, atau majikan anda mengalami gangguan emosi yang teruk, dan mereka wajar mendapatkan rawatan.

PERINGKAT DEPRESI (KEMURUNGAN)

Oleh kerana namanya Bipolar Disorder, pesakit juga akan terjun dari keaktifan yang amat tinggi itu kepada kemurungan yang menjatuhkan segala-galanya. Maka apabila beliau berada di situasi depresi, pesakit tersebut akan menunjukkan simptom-simptom berikut:

Kesedihan yang berpanjangan, gelisah dan perasaan yang kosong
Rasa putus harapan dan pesimis terhadap segala-galanya
Merasa bersalah, tidak berguna, dan tidak mungkin dapat dibantu
Hilang minat kepada aktiviti-aktiviti yang disukainya sebelum ini, termasuk terhadap seks
Kehilangan tenaga, lesu yang teruk dan beransur lemah
Sukar memberi tumpuan, sukar mengingati sesuatu dan sulit membuat keputusan
Tidak mahu berehat atau sentiasa rasa terganggu apabila cuba berehat
Tidur yang terlalu banyak, atau langsung tidak boleh tidur
Hilang selera makan, kehilangan berat badan
Sakit yang berpanjangan (kronik) terhadap tubuh badan yang bukan disebabkan oleh sakit fizikal atau kecederaan
Banyak berfikir tentang kematian, malah terfikir untuk membunuh diri, dan cuba melakukannya
KEPERLUAN PENDAKWAH DAN KAUNSELOR

Saya merasakan, bagi seorang pendakwah apatah lagi mereka yang sering didatangi oleh mereka yang cuba mendapatkan nasihat tentang krisis rumah tangga dan kerja, amat perlu untuk menambah pengetahuan tentang hal ini. Dengan itu kita akan terhindar daripada memberikan nasihat-nasihat yang memburukkan lagi keadaan.

Bayangkan jika seorang pekerja mengadu kepada anda tentang kelakuan majikannya yang sungguh menyakitkan, tanpa ada peduli kepada persoalan gangguan emosi dan masalah psikiatri ini, dengan mudah anda akan memberikan nasihat supaya pekerja itu mengambil tindakan undang-undang, berhenti kerja atau terus melawan atas alasan mempertahankan hak dan maruah diri.

Segala perbuatan pekerja itu yang membalas kelakuan agresif majikannya itu akan hanya menyebabkan masalah Bipolar Disorder beliau menjadi semakin teruk. Dan kita patut menjangkakan kesudahan yang terburuk, jika segala-galanya dibiarkan.

Begitu juga dengan isteri atau suami yang berdepan dengan hal ini. Sedikit sebanyak pengetahuan seperti ini akan membolehkan kita bertenang, tidak ‘ambil hati’ dan boleh menghulurkan bantuanmalah terus bersangka baik, biar pun dengan cara yang sungguh pelik!

“Bantulah saudaramu, sama ada dia itu zalim, atau dizalimi” (Al-Hadith)

Si zalim itu mungkin pesakit Bipolar Disorder.

Sumber : ABU SAIF @ www.saifulislam.com